Berapa Deposit atau Bayaran Buka Akaun Maybank

Posted on

Apabila Anda ingin membuka akaun Maybank, sudah tentu Anda perlu tahu berapa deposit untuk buka akaun Maybank. Membuka akaun di Maybank sememangnya mendapat permintaan ramai kerana menawarkan pelbagai jenis akaun simpanan dengan kelebihan yang berbeza.

Bayaran buka akaun Maybank ialah jumlah minimum yang perlu didepositkan sebagai syarat untuk membuka akaun simpanan. Deposit buka akaun Maybank berbeza-beza bergantung kepada jenis simpanan yang dipilih oleh pelanggan.

Di bawah ini kami kongsikan berapa deposit atau bayaran pembukaan akaun Maybank.

Bayaran Buka Akaun Maybank
Bayaran Buka Akaun Maybank

Bayaran Buka Akaun Maybank Umur 18 Tahun ke Atas

Bagi Anda yang ingin membuka akaun simpanan, Anda boleh buat pendaftaran akaun simpanan ini dengan membuat deposit minimum sebanyak RM250 bagi individu yang berumur 18 tahun dan ke atas di cawangan Maybank yang berhampiran.

Sila bawa bersama kad pengenalan berserta dokumen sokongan seperti surat tawaran bekerja atau belajar, lesen memandu atau bil utiliti.

Bayaran Buka Akaun Maybank Umur 18 Tahun Kebawah

Sekiranya Anda masih berumur 18 tahun kebawah, Anda boleh ikuti step cara buka akaun Maybank Imteen. Pendaftaran akaun Imteen (bagi remaja yang berumur 18 tahun ke bawah) boleh dilakukan dengan deposit minimum sebanyak RM50.

Sila bawa kad pengenalan asal, sijil lahir/MyKid Anda dan kunjungi cawangan Maybank yang terdekat bersama ibu/bapa/penjaga berdaftar bagi bantuan lanjut (pastikan penjaga Anda berumur 18 tahun dan ke atas).

Permohonan bagi akses M2U dan kad ATM boleh dilakukan dengan melengkapkan borang Indemnity Letter dengan duti setem sebanyak RM10. Urusniaga menerusi Maybank2U adalah terhad kepada:

  • Semakan maklumat akaun (baki/aktiviti akaun).
  • Pembayaran bil.
  • Kemaskini maklumat akaun.
  • Pindahan ke akaun sendiri.
  • Pembelian tambah nilai.
  • Lain-Lain.

Had urusniaga juga terhad kepada RM500 sehari dengan had dikongsi bersama pindahan ke akaun sendiri, pembelian tambah nilai, pengeluaran tunai serta beberapa urusniaga lain.
Sekiranya Anda ingin melakukan pindahan wang kepada pihak lain, pindahan boleh dilakukan menerusi mesin deposit tunai.

Anda akan mempunyai akses penuh menerusi Maybank2U sebaik Anda mencapai tepat 18 tahun berdasarkan kiraan hari, bulan dan tahun mengikut tarikh lahir Anda di mana akses tersebut
akan dikemaskini secara automatik.

Buka Akaun Maybank Umur 12 Tahun

Anda boleh melakukan permohonan akaun MAE melalui aplikasi Maybank MY atau aplikasi MAE by Maybank2u tanpa perlu ke cawangan. Anda hanya perlu melakukan pendaftaran menggunakan kad pengenalan atau pasport terkini Anda sahaja.

Nilai deposit minimum permohonan adalah RM10 (permohonan baru yang tidak mempunyai sebarang akaun dengan Maybank).

MAE merupakan akaun e-wallet di mana terdapat had tertentu bagi urusniaga seperti yang dinyatakan di bawah:

  • Baki maksimum tidak melebihi RM4,999.99 dalam satu- satu masa.
  • Had maksimum transaksi bulanan di bawah RM 5,000.00
  • Amaun transaksi terkumpul maksimum RM60,000.00 bagi setiap tahun kalender.
  • Had maksimum transaksi RM2,999.99 untuk setiap transaksi.

Sekiranya Anda ingin dapatkan maklumat yang detail di cawangan Maybank, Anda disarankan untuk menetapkan janji temu sebelum menghadirkan diri ke cawangan Maybank demi kelancaran urusan Anda.