Tempoh Kelulusan Pinjaman AEON

Kenapa permohonan saya untuk AEON Credit tidak diluluskan? Bagaimana nak boleh permohonan saya diluluskan?

Soalan ini sering ditanya oleh pelanggan di media sosial AEON.

Untuk menjawabnya, kami akan menerangkan secara terperinci mengapa permohonan anda tidak diluluskan, dan cara yang betul untuk mendapatkan pinjaman AEON Anda segera diluluskan.

Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh AEON Credit menawarkan proses pendaftaran yang lebih cepat dan lebih mudah dibandingkan dengan pinjaman konvensional yang lain.

Tetapi, itu tidak bermakna setiap permohonan akan sentiasa diluluskan. Terdapat beberapa perkara yang membuat permohonan Anda ditolak, salah satunya tidak memenuhi syarat, kelayakan, atau dokumen yang dihantar tidak lengkap.

Untuk itu sebelum mendaftarkan diri, sebaiknya Anda mengetahui dahulu beberapa perkara ini.

Tempoh Kelulusan Pinjaman AEON
Tempoh Kelulusan Pinjaman AEON

Syarat Mohon Pinjaman AEON

Syarat dibawah ini, harus Anda penuhi sehingga permohonan Anda boleh dengan cepat diluluskan.

Kelayakan Pinjaman AEON

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Gaji kasar minimum RM1,500 sebulan.
  • Pembiayaan minimum RM1,000 dan pembiayaan maksimum RM100,000.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon

Untuk Anda yang bekerja makan gaji, dokumen dibawah ini mesti tersedia:

  • Kad pengenalan.
  • Buku bank atau penyata bank (untuk tujuan pengesahan).
  • Slip gaji 3 bulan terkini / Slip gaji 6 bulan terkini untuk gaji tunai.
  • Borang BE dan Resit pembayaran cukai (pilihan).
  • Penyata EPF(KWSP) yang dicetak di Kiosk (jika ada).
  • Penyata bank 3 bulan terkini / Penyata bank 6 bulan terkini untuk gaji tunai.

Dan Anda yang berniaga atau bekerja sendiri:

  • Kad pengenalan.
  • Borang BE/E dan resit pembayaran cukai.
  • Penyata akaun syarikat 6 bulan terkini.
  • Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) – ROC & ROB.

Tempoh Kelulusan Pinjaman AEON

Tentunya Anda ingin mengetahui berapa lama tempoh kelulusan pinjaman AEON Credit sehingga Anda tidak merasa resah dan gelisah menunggu kepastian diluluskan atau tidak diluluskan.

AEON memerlukan tempoh 1 sampai 3 hari bekerja untuk membuat keputusan apakah permohonan pinjaman Anda diluluskan atau ditolak.

Selepas itu pihak AEON akan menghubungi Anda melalui telefon dan email untuk memberikan maklumat status pinjaman AEON Anda.

Sekiranya pinjaman Anda diluluskan, sila baca jadual pinjaman peribadi AEON Credit terkini sehingga Anda tahu bila masa untuk bayaran balik pinjaman.

Apabila Anda belum mendapatkan maklumat terkait status pinjaman AEON Credit, sila hubungi nombor telefon customer service AEON pada nombor +603 2719 9999  dan tanyakan status pinjaman Anda.

Atau Anda juga boleh membuat semakan sendiri dengan cara semak status pinjaman AEON Credit melalui SMS, online dan email.