Cara Tukar MAE Maybank Transfer Limit Maybank2u

MAE Maybank merupakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan Maybank kepada pelanggan/pengguna Maybank dan pengguna bank lain.

Bagi Anda pengguna MAE Maybank dan kerap membuat transaksi online, Anda perlu ketahui maklumat lengkap mengenai MAE Maybank transfer limit agar setiap transaksi Anda berjaya.

Berikut adalah maklumat lengkap mengenai cara tukar transfer limit MAE Maybank dan cara ubah limit transfer Maybank2u.

MAE Maybank Transfer Limit
MAE Maybank Transfer Limit

Kelebihan MAE Maybank

Ramai yang tak tahu bahawa MAE mempunyai ciri-ciri utama daripada Maybank2u, berikut adalah ciri MAE Maybank

  • Mudah digunakan
  • Hantar dan terima wang
  • Jejak setiap sejarah transaksi
  • Sahkan transaksi melalui Secure2u
  • Tubuhkan tabung untuk simpanan
  • Jejak perbelanjaan dengan Expenses
  • Split bill
  • Pautkan kad kesetiaan
  • Kadar penukaran mata wang asing yang lebih baik dengan kad MAE

Belum mempunyai akaun MAE Maybank? Jom baca cara daftar MAE Maybank.

Maybank MAE Transfer Limit

Untuk makluman Anda, akaun MAE adalah akaun e-wallet di mana terdapat had tertentu bagi urusniaga seperti yang dinyatakan di bawah:

  1. Baki maksimum tidak melebihi RM4,999.99 dalam satu- satu masa.
  2. Had maksimum transaksi RM2,999.99 untuk setiap transaksi.
  3. Had maksimum transaksi bulanan di bawah RM 5,000.00
  4. Amaun transaksi terkumpul maksimum RM60,000.00 bagi setiap tahun kalender.

Sekiranya Anda mempunyai Kad Debit MAE Visa, had pemindahan adalah maksimum RM10,000.00 setiap transaksi, RM10,000.00 sebulan dan RM120,000.00 sebulan tahun.

Walau bagaimanapun, pelanggan berpeluang untuk menaikkan jumlah had berkenaan dengan menggunakan kemudahan kad debit MAE:

  1. Baki maksimum tidak melebihi RM10,000 dalam satu- satu masa.
  2. Had maksimum transaksi tidak melebihi RM5,000 untuk setiap transaksi.
  3. Had maksimum transaksi bulanan di bawah RM 10,000.00.
  4. Amaun transaksi terkumpul maksimum RM120,000.00 bagi setiap tahun.

Oleh itu, Anda dapa melakukan permohonan kad debit MAE untuk menikmati had urusniaga yang lebih tinggi (sila lakukan permohonan pada bulan berikutnya, setelah akses dibuka semula). Anda boleh merujuk kepada langkah-langkah berikut untuk melakukan permohonan kad debit MAE menerusi aplikasi MAE by Maybank2u.

  1. Log masuk akaun MAE by Maybank2u Anda
  2. Pilih Maybank2u
  3. Pilih akaun MAE anda
  4. Klik dibahagian Elevate your MAE App experience with the MAE card. Enjoy preferential FX rates when you shop online.
  5. Sila pastikan baki akaun MAE anda mencukupi untuk melakukan permohonan kad debit MAE tersebut (RM8)

Macam mana cara keluarkan duit atau balance yang tinggal dalam akaun MAE? Sekiranya Anda ingin keluarkan semua duit dalam akaun MAE, tentu sahaja Anda perlu kena tunggu. Sebagai contoh, jika Anda telah mencapai had maksimum penggunaan bulanan, akaun akan diaktifkan secara automatik pada bulan berikutnya.

Cara Ubah Limit Transfer Maybank2u

Harap maklum penukaran had pindahan hanya dapat dibuat menerusi laman web Maybank2u, tak boleh guna apps Maybank2u. Sila rujuk kepada langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk akaun Maybank2u https://www.maybank2u.com.my
  2. Pilih Settings
  3. Pilih Pay & Transfer
  4. Pilih Transfer limit
  5. Pilih 3rd Party Transfer/Interbank Giro Transfer/Instant Interbank Transfer/Foreign Telegraphic Transfer
  6. Klik Save Changes
  7. Kemudian Request TAC
  8. Tekan Confirm

Soalan Lazim

Berikut senarai soalan lazim mengenai MAE Maybank

1. Boleh ke bayar bil air guna MAE?

Tentu sahaja boleh, Anda boleh membuat bayaran bil dalam talian melalui akaun MAE.

2. Macam mana cara dapatkan kad fizikal MAE?

Anda boleh melakukan permohonan kad MAE menerusi langkah berikut:

  1. Login MAE App
  2. Pilih Maybank2u
  3. Pilih MAE account
  4. Klik pada Elevate your MAE App experience with the MAE card
  5. Anda akan diminta untuk mengisi alamat bagi penerimaan kad dan kad akan dihantar dalam tempoh masa 5 hari bekerja.

3. Adakah kad MAE dikenakan caj?

Ya, terdapat caj tahunan RM8.00 selepas Anda berjaya melakukan permohonan kad debit MAE VISA.

4. Macam mana jika handphone hilang atau di curi dan dalam handphone tu ada aplikasi MAE, apa perlu buat agar duit saya selamat?

Apabila peranti Anda hilang atau telah dicuri, pihak Maybank menasihati Anda untuk berhubung secara terus bersama Maybank bagi bantuan lanjut.

Lazimnya, bagi tujuan keselamatan, Anda dinasihatkan untuk menetapkan screen lock serta PIN password pada peranti yang telah digunakan tersebut supaya pihak yang tidak bertanggungjawab tidak boleh mengakses sebarang aplikasi yang telah dimuat turun oleh Anda menerusi peranti berkenaan.

Selain daripada itu, maklumat akaun peribadi Anda tidak akan disimpan pada peranti mudah alih selepas sesi log masuk Anda, jadi akses kepada maklumat akaun Anda kekal terjamin walaupun Anda kehilangan telefon mudah alih Anda.

Bagi tujuan keselamatan, Anda dinasihatkan tidak menyimpan sebarang maklumat akaun peribadi atau kata laluan di dalam peranti.