Penggunaan perkhidmatan Maybank2u online banking di Malaysia dah banyak. Sebab online banking memudahkan sebarang urusan transaksi pemindahan wang, pembayaran bil dan sebagainya dengan hanya melalui online sahaja.
Sebelum Anda boleh menggunakan perkhidmatan Maybankwu online banking, Anda mestilah mempunyai akaun Maybank terlebih dahulu.
Ramai yang bertanyakan macam mana cara buka akaun Maybank online dan walk-in, kami akan berkongsi maklumat lengkap mengenai cara membuka akaun Maybank sama ada online atau offline (di cawangan).

Contents
Syarat Buka Akaun Maybank
Berikut adalah beberapa syarat dan dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun Maybank di cawangan Maybank.
- IC Original/Kad Pengenalan
- Salinan IC
- Duit RM250
- Bil elektrik
- Surat sokongan dari majikan
Bil elektrik diperlukan untuk dokumen sokongan kepada pihak bank.
Cara Daftar Akaun Maybank
Untuk membuka akaun Maybank baru sebetulnya mudah sahaja, Anda hanya perlu membawa syarat yang telah kami kongsikan diatas selepas itu sila ikuti panduan di bawah.
Cara Buka Akaun Maybank di Cawangan
Kami nasihatkan Anda untuk membuka akaun Maybank secara walk-in atau di cawangan Maybank terdekat, sebab pegawai bank akan menerangkan apa sahaja kelebihan akaun Maybank dan ajar step by step cara daftar dan gunakan Maybank2u. Jika Anda mahu, Anda boleh buat temujanji Maybank terlebih dahulu sehingga Anda tak perlu beratur lama di bank.
Sebelum Anda pergi ke cawangan bank, pastikan Anda membawa syarat dan dokumen yang telah kami beritahu sebelum ini.
- Pergi ke cawangan Maybank terdekat
- Ambil nombor giliran, apabila nombor giliran Anda telah di panggil
- Beritahu kepada staff Maybank bawah Anda ingin membuka akaun
- Pegawai bank akan berikan borang untuk Anda isikan, selepas itu Anda mesti bank in duit untuk ke akaun Maybank Anda
- Selepas itu, pegawai bank akan berikan kad ATM dan buku simpanan (buku bank)
- Sekarang Anda telah mempunyai akaun Maybank
Selepas Anda daftar akaun Maybank, pegawai bank akan membantu Anda buat Maybank online atau biasa dikenali Maybank2u (M2U).
Cara Buka Akaun Maybank Secara Online
Buka akaun Maybank melalui online mudah sahaja, sila ikuti langkah berikut:
- Lawati laman Maybank2u Open Account
- Pilih I am a Young Professional and would like to Open a Savings Account, klik Discover
- Sila pilih satu account yang Anda perlukan contoh Basic Savings Account, klik Apply Now
- Masukkan butiran maklumat pada borang yang dipaparkan
- Klik Submit
Selepas itu sila tunggu pihak Maybank menghubungi Anda untuk proses seterusnya. Kebiasaanya, pihak bank akan hubungi Anda pada hari bekerja.
Cara Buat Maybank2u
Maybank menyediakan perkhidmatan online banking yang dikenali sebagai Maybank2u (M2U) untuk kemudahan pelanggan dalam urusan transaksi kewangan.
Berikut adalah perkhidmatan yang tersedia di dalam Maybank2u:
- Pembayaran bil (air, elektrik, dan kad kredit)
- Pembayaran hutang sewa, beli kereta, perumahan dan banyak lagi.
- Pengiriman wang dalam dan luar negeri, dan banyak lagi
- Check baki Maybank2u dalam akaun
- Print penyata bank
Buat Maybank2u di Handphone
Berikut langkah-langkah cara daftar Maybank2u melalui aplikasi Maybank2u di handphone.
Pertama sekali, download aplikasi Maybank MY di Google Playstore atau App Store, selepas itu ikuti langkah berikut:
- Buka aplikasi Maybank MY
- Klik Daftar Maybank2u
- Masukkan no akaun maybank, nombor ATM dan PIN ATM Anda
- Pilih mata uang Ringgit (MYR)
- Tick bersetuju dengan Syarat dan Terma
- Masukkan User ID dan Password yang Anda mahu gunakan
- Pilih gambar keselamatan
- Sahkan bahawa nombor handphone dan alamat e-mel yang Anda gunakan adalah betul. Kemudian pilih Next
- Masukkan TAC yang dihantar ke nombor handphone Anda
- Selesai
Nota: Sekiranya Anda tidak menerima SMS TAC di telefon bimbit, Anda boleh kemaskini no telefon Maybank dahulu.
Buat Maybank2u di www.maybank2u.com.my
Sekiranya Anda tidak mempunyai handphone, Anda boleh mendaftar Maybank2u menggunakan laptop/komputer, pastikan sambungan internet di laptop/komputer Anda tiada masalah.
- Buka laman web https://www.maybank2u.com.my
- Klik REGISTER NOW
- Card/Access Number, masukkan no kad Maybank Anda
- PIN, masukkan no PIN kad ATM Maybank Anda.
- Tandakan pada bersetuju I AGREE WITH THE TERMS & CONDITONS. Tekan CONTINUE
- Pada laman Create your Profile.
- Username, masukkan user id yang Anda ingin guna sebagai nama akaun Anda.
- Password, masukkan kata laluan yang anda mahu gunakan untuk akaun anda. Kata laluan ini perlulah mempunyai kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor serta simbol. Misalnya: Hisyam12#0 (sekurang-kurangnya 8 aksara)
- Confirm Password, masukkan sekali lagi kata laluan.
- E-Mail, masukkan alamat emel Anda.
- TAC, nombor TAC perlu dimasukkan. Tekan butang Request For TAC.
- Anda akan mendapat SMS di telefon bimbit Anda mengandungi nombor TAC tersebut. Masukkan TAC, klik butang Next
- Image, masukkan gambar bagi tujuan keselamatan.
- Security Phrase, masukkan apa-apa perkataan atau frasa bagi tujuan keselamatan. Apa sahaja perkataan yang anda cipta dan boleh ingat, Misalnya, Anak Pandai.
- Memorable Question, pilih tiga soalan yang Anda boleh jawab dan jawab kesemua soalan tersebut. Sila catat dan simpan butir-butir jawapan anda untuk tujuan rujukan.
- Tekan Done.
- Selesai
Sekarang Anda boleh buat transaksi perbankan menggunakan Maybank2u.
Waktu Operasi Maybank
Berikut adalah waktu perniagaan / operasi Maybank
Semua Negeri kecuali Kelantan dan Terengganu
- Isnin – Khamis: 9:15AM – 4:30PM
- Jumaat: 9:15AM – 4:00PM
- Sabtu/Ahad/Cuti Umum: TUTUP
Kelantan dan Terengganu
- Ahad- Rabu: 9:15AM – 4:30PM
- Khamis: 9:15AM – 4:00PM
- Jumaat/Sabtu/Cuti Umum: TUTUP
Maklumat Lanjut
Untuk bantuan, masalah dan pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688.