Semak Baki Pinjaman Kereta Affin Bank

Untuk mereka yang mempunyai ansuran kereta di bank, tentu benar-benar perlu menyemak baki pinjaman kereta.

Jangan biarkan hutang pinjaman kereta membuat beg pecah kerana Anda terlambat membayar. Untuk Anda pelanggan Affin Bank, ada cara mudah untuk menyemak baki pinjaman kereta Affin Bank.

Affin Bank dikenali sebagai salah satu bank terbaik di Malaysia yang menawarkan banyak produk dan perkhidmatan yang menarik.

Pada masa ini begitu banyak orang yang mendaftar untuk mendapatkan perkhidmatan dari Affin Bank.

Salah satunya adalah perkhidmatan pinjaman kenderaan AffinBank dengan syarat yang mudah, selain itu Affin bank memberikan kadar feadah tetap serta kompetitif sepanjang tempoh pinjaman yang bersesuaian dengan belanjawan pelanggan.

Pelanggan juga boleh mendapatkan margin pembiayaan yang tinggi sehingga 90%.

Semak Baki Pinjaman Kereta Affin Bank
Semak Baki Pinjaman Kereta Affin Bank

Ciri-Ciri Pinjaman Kenderaan AffinBank

Perlindungan yang Komprehensif untuk pelanggan, sehingga apabila terjadi kemalangan kepada kenderaan dan Anda, pihak bank akan membantu Anda.

Affin Bank memastikan Anda dan mereka yang tersayang sentiasa terlindung dengan pelan-pelan perlindungan yang boleh Anda percayai

Anda boleh melakukan bayaran balik pinjaman di cawangan-cawangan AffinBank, AffinOnline dan ATM.

Semak Baki Pinjaman Kereta Affin Bank

Sekiranya Anda sudah memiliki pelan pembiayaan pinjaman kenderaan dari Affin Bank, Anda mungkin perlu untuk mengetahui baki pinjaman kereta, supaya Anda boleh mengetahui lebih detail jumlah bayaran pinjaman yang harus Anda selesaikan.

Adakah Anda tahu jika Anda boleh membuat semakan baki pinjaman kereta Affin Bank secara online?

Sudah lama Affin Bank menyediakan kemudahan tersebut melalui perkhidmatan online banking. Tetapi belum ramai orang yang tahu bagimana nak gunakan perkhidmatan tersebut.

Oleh kerana itu, kami syorkan Anda untuk segera mendaftar perkhidmatan online banking AffinOnline.

Panduan untuk mendaftar internet banking AffinOnline boleh Anda baca pada artikel cara daftar Affin Bank online.

Selesa Anda berdaftar, sila ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Buka laman AffinOnline.
  2. Masukkan username dan password.
  3. Pilih menu My Accounts > Loan/Financing.
  4. Maklumat baki pinjaman kereta AffinBank Anda akan terpapar.

Itulah maklumat terkini bagaimana nak semakan baki pinjaman kereta AffinBank online melalui perkhidmatan AffinOnline.