Temujanji Maybank

Sekiranya Anda ingin daftar dan buka akaun bank baru atau buat sebarang urusan di kaunter Maybank, Anda boleh buat temujanji terlebih dahulu.

Pastikan sebelum Anda buat temujanji Maybank secara online, Anda mestilah mengetahui urusan perkhidmatan yang disediakan melalui temujanji ini.

Temujanji Maybank online ini tersedia untuk cawangan Maybank Kedah, Perak, Selangor, Sabah, Sarawak, Penang, Perlis, Langkawi, Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Temujanji Maybank
Temujanji Maybank

Temujanji Maybank Online

Berikut adalah senarai perkhidmatan yang Maybank sediakan untuk Anda:

  1. Personal current/savings account (Akaun Simpanan)?
  2. Online banking account and services?
  3. Credit card, investment, insurance and loan/financing?
  4. Multiple banking transaction, remittance and fixed deposit?
  5. Single banking transaction and privilege banking?
  6. Hire Purchase and vehicle related services?
  7. Premier Wealth services?
  8. SME loan/financing?

Tak paham English? boleh tengok ini:

  1. Buka akaun Maybank, kad debit, dan perkhidmatan yang berkaitan dengan akaun.
  2. Online banking, pengaktifan pembukaan akaun online.
  3. Kad kredit, pelaburan, insurans, pinjaman, dan pembiayaan.
  4. Deposit tetap dan ASNB.
  5. Urusan niaga perbankan dan perkhidmatan kaunter lain.
  6. Sewa beli dan urusan kenderaan.
  7. Simpanan premium.
  8. Pinjaman dan pembiayaan SME.

Kabar baik, Maybank mengutamakan wanita hamil, warga emas, dan OKU diberi keutamaan perkhidmatan dan layanan khas walaupun tanpa temujanji online.

Cara Buat Temujanji Maybank Online

Anda boleh buat temujanji Maybank melalui laman web rasmi maybank2u atau guna aplikasi MAE.

Cara Buat Maybank Appointment Guna Maybank2u

Ikuti langkah-langkah di bawah ini untuk buat temujanji Maybank melalui Maybank2u.

  1. Sila buka pautan https://www.maybank2u.com.my/page/appointment/
  2. Pilih urusan atau perkhidmatan yang bersesuaian dengan Anda. Cara Buat Temujanji Maybank Online
  3. Kemudian isikan informasi yang diperlukan seperti:
    • State – Negeri
    • District – Daerah
    • Branch – Cawangan
    • Address – Alamat
    • Date Of Appointment – Tarikh Temujanji
    • Preferred Time – Waktu Yang Sesuai
    • Name – Nama Penuh
    • ID Type – Nombor Kad Pengenalan/Passport
    • Contact Number – Nombor Telefon
    • Email – Email yang aktif
  4. Selepas itu, sila tick pada I’m Not A Robot dan tekan Submit.
  5. Permohonan Temujanji Maybank online dah siap.
  6. Sila screenshoot atau buat tangkapan layar untuk rujukan temujanji, sekiranya Anda tak boleh screenshoot, Anda boleh semak email Anda untuk dapatkan bukti pengesahan.
  7. Pergi ke cawangan Maybank dan tunjuk nombor rujukan kepada pegawai bank untuk temujanji Anda.
  8. Untuk makluman, pastikan Anda sampai 15 minit sebelum masa temujanji di cawangan.

Panduan vide:

Cara Buat Maybank Appointment Guna MAE

Ikuti langkah-langkah di bawah ini untuk buat temujanji Maybank melalui MAE.

Langkah pertama, sila muat turun aplikasi MAE di Google Playstore atau App Store, selepas itu:

  1. Buka aplikasi MAE di handphone Anda
  2. Klik More, pada halaman utama.
  3. Klik Maybank EzyQ.
  4. Laman Make An Appointment akan terpapar.
  5. Tick pada jenis perkhidmatan yang anda mahukan.
  6. Masukkan maklumat yang diperlukan seperti:
    • State – Negeri
    • District – Daerah
    • Branch – Cawangan
    • Address – Alamat
    • Date Of Appointment – Tarikh Temujanji
    • Preferred Time – Waktu Yang Sesuai
    • Name – Nama Penuh
    • ID Type – Nombor Kad Pengenalan/Passport
    • Contact Number – Nombor Telefon
    • Email – Email yang aktif
  7. Selepas Anda lengkapkan borang tersebut, sila tick pada I’m Not A Robot dan tekan Submit.
  8. Permohonan Temujanji Maybank online telah berjaya dibuat.
  9. Check email Anda, untuk lihat bukti pengesahan dan dapatkan nombor rujukan temujanji. Anda dinasihatkan untuk print atau screenshot maklumat Temujanji tersebut untuk rujukan.
  10. Untuk makluman, pastikan Anda sampai 15 minit sebelum masa temujanji di cawangan.
  11. Pergi ke cawangan Maybank dan tunjuk nombor rujukan kepada pegawai bank untuk temujanji Anda.

Cara Semak Temujanji Maybank Online

Macam mana cara semak temujanji Maybank online? Untuk makluman, Maybank tidak menyediakan sistem untuk membuat semakan online.

Anda boleh semak email Anda yang telah didaftar untuk melihat appoitment yang telah Anda buat.

Cara Batalkan Temujanji Maybank Online

Apabila Anda mendapat halangan dan tak boleh datang ke cawangan pada hari dan waktu yang telah ditetapkan, Anda boleh batalkan temujanji tersebut dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Buka pautan https://www.maybank2u.com.my/page/appointment/
  2. Klik pada TAB Manage.
  3. Di bahagian Manage Your Appointment. Masukkan Nombor Rujukan temujanji Anda.
  4. Kemudian tick pada kotak I’m Not A Robot dan tekan Submit Cara Batalkan Temujanji Maybank
  5. Maklumat appointment Maybank Anda terpapar pada Manage Your Appointment.
  6. Pilih pilihan anda sama ada:
    • Change:  Untuk menjadualkan semula temujanji Anda.
    • Cancel: untuk membatalkan temujanji.
  7. Sila pilih Cancel untuk batalkan temujanji.
  8. Selesai.

Adakah cara lain untuk batalkan temujanji Maybank? Ada. Sekiranya Anda mahu, Anda biarkan sahaja appointment yang telah Anda buat tersebut.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai temujanji Maybank online, anda boleh:

  • Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank: 1-300-88-6688.
  • Layari website rasmi Maybank: https://www.maybank.com
  • Facebook: https://web.facebook.com/Maybank

Dengan perkhidmatan Maybank Appointment ini, Anda tak perlu bersesak-sesak atau tunggu lama untuk dapat giliran di kaunter. Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga bermanfaat.