Semak Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan

Mempunyai pembayaran balik pinjaman di kerajaan sebaik mungkin harus dibayar tepat pada waktunya sehingga tidak ada pembayaran tunggakan.

Kerana, jika ada tunggakan, maka Anda harus bersedia membayar denda.

Untuk itu, perlu dilakukan semakan sehingga Anda tahu berapa sisa ansuran yang mesti dibayar.

Jika Anda merupakan kakitangan awam yang membuat pinjaman perumahan daripada kerajaan, sekarang Anda boleh membuat semak baki pinjaman perumahan kerajaan online melalui laman yang disediakan oleh LPPSA.

Anda hanya perlu mendaftar untuk mendapatkan kemudahan tersebut di portal Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam.

Semak Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan
Semak Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan

Semak Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA

Ada 2 cara mudah yang boleh Anda lakukan untuk membuat semakan, iaitu melalui SMS dan online.

Jika melalui SMS, Anda wajib memiliki kredit agar SMS yang Anda hantar boleh terkirim, sehingga sistem LPSSA boleh langsung membalas mesej Anda. Sekiranya tidak ada kredit di nombor telefon Anda, disyorkan untuk topup kredit dahulu.

Dan jika Anda menggunakan perkhidmatan online, Anda mesti memiliki sambungan internet. Anda boleh akses perkhidmatan portal LPSSA tersebut di handphone, laptop, Ipad dan komputer.

Semakan Pinjaman Perumahan Kerajaan Melalui SMS

Langkah-langkah semakan baki pinjaman LPPSA melalui SMS menggunakan format:

LPPSA<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan

Contoh : LPPSA BAKI 770311556854

Selepas itu hantar mesej atau SMS tersebut ke 15888

Untuk semak status pinjaman perumahan LPPSA boleh menggunakan format:

LPPSA<jarak>STATUS<jarak>No Kad Pengenalan

Kemudian hantar mesej atau SMS tersebut ke 15888

Contoh : Contoh : LPPSA STATUS 770311556854

Caj penghantaran SMS ini iaitu RM0.15 untuk caj penerimaan RM0.20, perkhidmatan ini tersedia bagi Maxis, Celcom, Digi, U Mobile dan Tune Talk.

Semakan Pinjaman LPPSA Online

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, Anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Sila ikuti langkah-langkah cara daftar LPPSA online dibawah:

  1. Sila pergi ke laman Pendaftaran.
  2. Masukkan butiran pada borang tersebut, seperti Nama, Nombor Kad Pengenalan dan lain-lain.Cara Daftar LPPSA Online
  3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
  4. Beri tanda jika Anda bersetuju dengan terma dan syarat LPPSA, klik butang Daftar.

Sekiranya Anda sudah berjaya mendaftar, sila login portal LPSSA untuk membuat semakan, pilih menu Semak Baki untuk melihat baki pinjaman Anda.LPPSA Login

Untuk makluman, Anda akan mendapatkan kemudahan perkhidmatan berikut:

  • Bayaran balik pinjaman
  • Penyata tahunan
  • Penghantaran hakmilik
  • Status bayaran kemajuan
  • Status baki pinjaman
  • Semak status permohonan baru
  • Kalkulator pengiraan kelayakan
  • Status bayaran balik
  • Status bayaran pembiayaan

Sekiranya Anda memiliki sebarang pertanyaan berkaitan dengan bantuan permohonan, Anda boleh menghubungi:

Pusat Panggilan Utama : 03 – 8880 1600
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
Kompleks Kementerian Kewangan, No.9, Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya

Aduan dan Soalan Lazim

Boleh lawati halaman dibawah ini:

Baca juga syarat pinjaman ASB Maybank

Itulah maklumat terkini, bagimana nak semakan baki pinjaman perumahan kerajaan secara online dan SMS, sila kongsi atau share laman ini melalui whatsapp, facebook dan twitter.