Cara Buat Temujanji CIMB Bank Appointment Online

Macam mana cara buat temujanji CIMB Bank? Salah satu aduan pelanggan apabila berurusan dengan bank ialah beratur panjang untuk urusan bank. Bukan cerita baru jika ada pelanggan yang terpaksa menunggu sehingga 2 jam untuk menyelesaikan urusan di bank.

Bagi memudahkan pelanggan mengakses kaunter atau berjumpa dengan pegawai bank, banyak bank menyediakan perkhidmatan temu janji online.

Melalui perkhidmatan ini pelanggan hanya perlu membuat temujanji dengan kaunter secara online di cawangan yang dipilih dan kunjungi cawangan pada waktu yang telah ditetapkan.

Kewujudan perkhidmatan ini diharap dapat membantu memudahkan pelanggan dan memastikan pelanggan dapat bertemu pegawai bank tanpa perlu risau beratur.

Cara Buat Temujanji CIMB Bank
Cara Buat Temujanji CIMB Bank

Cara Buat Temujanji CIMB Bank

Adakah CIMB Bank menyediakan perkhidmatan temujanji? Pada masa ini, temujanji atau appointment CIMB bank tiada diperlukan.

Semua urusan perbankan antara renew kad debit CIMB, buka akaun CIMB, dan banyak lagi tak perlu buat appointment.

Jadi sila kunjungi terus ke cawangan CIMB yang berhampiran.

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan lazim yang sering di tanyakan.

1. Kad CIMB saya hilang, perlulah saya buat temujanji untuk ke cawangan CIMB?

Sila hubungi CIMB customer service di talian +603 62047788 untuk pengesahan dan pegawai CIMB akan membantu untuk menyekat kad Anda.

Kemudian, sila ke cawangan CIMB Bank untuk mendapatkan kad gantian. Sila bawa bersama MyKad / Pasport Anda untuk pengesahan biometrik.

Anda tidak perlu membuat sebarang temujanji bagi urusan perbankan di cawangan CIMB.

2. Macam mana nak buat temujanji untuk keluarkan ASB di CIMB?

Untuk info Anda, tiada sebarang janji temu diperlukan untuk urusan perbankan di cawangan CIMB Bank.

3. Saya nak buat kad CIMB bank baru, perlu temu janji ke?

Anda boleh ke cawangan CIMB yang berhampiran tanpa janji temu dan bawa bersama kad pengenalan serta kad bank Anda untuk membuat pertukaran kad. Proses tersebut memerlukan pengesahan cap jari di kaunter.

4. Saya nak buka akaun individu untuk pembayaran gaji bulanan, apa yang perlu saya sediakan?

Sila bawa bersama MyKad anda beserta dokumen sokongan lain seperti bil utiliti, kad kredit dan lesen memandu untuk pengesahan. Deposit minima pembukaan Akaun Simpanan ialah RM250 sahaja.

Untuk makluman anda, kelulusan pembukaan akaun adalah bergantung kepada pihak Bank. Pihak Bank boleh meminta maklumat tambahan atau dokumen sokongan dari semasa ke semasa untuk tujuan pengesahan sebelum sebarang permohonan diluluskan.

5. Saya nak ke bank atas urusan pengeluaran duit, perlukah saya buat temujanji?

Untuk info Anda, tiada sebarang janji temu diperlukan untuk urusan perbankan di cawangan CIMB Bank.

6. Kalau nak settlement loan kena buat appointment ke?

Untuk makluman, Anda tidak perlu membuat sebarang temujanji bagi urusan perbankan di cawangan CIMB.