Penyata Bank Agrobank

Devi

0 Comment

Link
Penyata Bank Agrobank

Penyata Bank atau e-Statement adalah laporan transaksi akaun bulanan elektronik yang boleh Anda dapati melalui AGRONet hanya dengan beberapa langkah sahaja. Agrobank kini memudahkan para pelanggannya untuk melakukan pelbagai transaksi secara online, salah satunya iaitu untuk download e-Statement. Walau bagaimanapun, sebahagian pelanggan belum faham cara semak penyata bank Agrobank melalui online.

Cara cetak penyata bank statement Agrobank online ini dikongsikan untuk membantu Anda. Penyata bank sangat penting apabila Anda ingin membuat urusan terutama melibatkan pinjaman wang.

Disini kami kongsikan cara semak penyata Bank Agrobank dengan mudah.

Penyata Bank Agrobank

Semak Penyata Bank Agrobank

Untuk dapatkan penyata bank secara online, Anda mestilah mempunyai akaun AGRONet terlebih dahulu. Sila baca panduan cara daftar Agrobank online banking yang pernah kami kongsikan.

Selepas Anda mempunyi akaun AGRONet, Anda boleh ikuti langkah mudah cara semak penyata bank Agrobank di bawah ini:

  1. Lawati pautan Agronet https://www.agronet.com.my
  2. Masukkan Username akaun Anda. Username semak penyata bank
  3. Klik Login.
  4. Klik Yes, this is my Security Image. Security Image Semak Penyata Bank
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Submit.
  7. Selepas Anda login, klik Account and Banking. Account And Banking Penyata Bank
  8. Kemudian, klik Deposit Account.
  9. Pilih Akaun yang ingin Anda dapatkan penyata bank.
  10. Pada butang titik 3, pilih e-Statement. Semak Penyata Bank Agrobank
  11. Seterusnya, pilih Statement Period yang Anda inginkan. Download eStatements Agrobank
  12. Klik Download.
  13. Penyata Bank Agrobank Anda akan dipaparkan.
  14. Selesai.

Di era teknologi sekarang, banyak aktiviti kita boleh dapatkan hanya dengan hujung jari sahaja. Sebagai contoh, Anda boleh print bank statment melalui online dengan mudah dalam 1 minit sahaja, sehingga Anda tak perlu keluar rumah dan pergi ke bank Agrobank.

Soalan Lazim

Beberapa soalan lazim berkaitan dengan Agrobank yang kerap orang tanyakan.

1. Adakah pelanggan menerima e-Statement dalam akaun online?

Ya. Pembukaan akaun online Agrobank adalah akaun berasaskan penyata. Bagi akaun simpanan pelanggan akan menerima penyata kertas seperti yang dijadualkan melalui pos-pos. Pelanggan juga dapat semak penyata bank melalui Agronet secara percuma.

2. Adakah akaun yang dibuka melalui permohonan online tertakluk kepada sebarang pembayaran keuntungan?

Pengiraan hibah/keuntungan (jika ada), hendaklah mula dikira dari tarikh akaun dibuat dan diaktifkan di cawangan Bank.

3. Apa yang berlaku jika pelanggan melawati cawangan selepas tamat 7 hari bekerja tempoh hari?

Tempoh sah laku permohonan iaitu dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan pembukaan akaun dengan permulaan pembayaran deposit dibuat secara online. Jika gagal, permohonan itu tidak akan sah lagi. Deposit awal aakn dikembalikan secara automatik ke akaun yang ditetapkan yang disediakan semasa permohonan dalam talian.

Diharapkan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda. Sekiranya ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda boleh hubungi Pusat Perhubungan Agrobank di 1-300-88-2476.

Tags:

Share:

Artikel Berkaitan