AEON Credit JomPAY Biller Code Cara Bayar Online

Mungkin ada di antara Anda yang tidak tahu AEON Credit JomPAY Biller Code. AEON Credit ialah syarikat yang menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman motosikal, kereta, elektronik, perabot dan pinjaman tunai.

Sekarang ini banyak bank di Malaysia telah menyediakan fungsi JomPAY. Namun, ramai pelanggan tidak tahu cara membayar AEON menggunakan fungsi JomPay dan kod bil AEON Credit.

AEON Credit JomPAY Biller Code
AEON Credit JomPAY Biller Code

AEON Credit JomPAY Biller Code

Dalam artikel kali ini kami akan tunjukan bagaimana cara bayar AEON Credit online. Jadi adakah boleh AEON Credit ni nak bayar guna JomPAY?

Di laman website AEON Credit Malaysia, ada beberapa bank yang boleh bayar AEON Credit melalui internet banking seperti Maybank2u, CIMB Clicks, PBe, MyBSN dan AmOnline.

Namun kami tak menemukan AEON Credit JomPAY Biller Code untuk buat pembayaran. Kami sudah call pihak AEON Credit dan kami sudah confirm kan, memang betul tak ada kod bil AEON Credit.

Tapi Anda tak perlu risau, sebab Anda boleh membuat pembayaran secara online melalui bank BSN, Ambank, CIMB, Maybank dan Public Bank.

Disini kami akan berikan contoh cara membuat pembayaran menggunakan BSN online atau myBSN.

Cara Bayar AEON Credit Menggunakan BSN

Sila ikuti langkah pembayaran AEON Credit guna BSN online di bawah ini:

  1. Mula-mula sila masuk akaun myBSN Anda (https://www.mybsn.com.my).
  2. Macam biasa, masukkan username dan password Anda.
  3. Bila dah masuk dalam BSN online, sila pilih Payment. Cara Bayar AEON Credit Online BSN
  4. Kemudian pilih Bill Payment.
  5. Payee Category: Pilih Loan. Cara Bayar AEON Credit Menggunakan BSN
  6. Payee Name: Pilih AEON Credit Service. Klik Submit.
  7. From Account: Pilih akaun yang Anda nak gunakan untuk bayar.
  8. Payment To: Pilih New Biller.
  9. Loan No: Masukkan nombor perjanjian atau kontrak Anda. Biasanya ada 12 digit.
  10. Amount No: Masukkan amaun yang Anda nak bayar.
  11. Klik Submit.
  12. Klik Request TAC, kemudian masukkan nombor TAC yang dihantar ke SMS Anda. Klik Submit.
  13. Selesai.

Selain melalui BSN, Anda juga boleh membuat pembayaran melalui bank lain. Sila baca ini cara bayar AEON Credit melalui Public Bank dan cara bayar AEON Credit melalui Ambank. Sila pilih sahaja bank mana yang ingin Anda gunakan.

Itu sahaja perkongsian mengenai AEON Credit JomPAY biller code dan cara bayar melalui internet banking, semoga membantu.