Cara Tukar Nombor PIN Kad ATM Debit Ambank Online

Cara menukar PIN kad ATM Ambank sangat mudah dilakukan. Setiap pelanggan perbankan mempunyai fasiliti kad debit untuk pelbagai transaksi kewangan. Pelanggan yang mempunyai kad debit dikehendaki menggunakan PIN kad ATM Ambank yang mudah diingat.

PIN ATM ialah kod keselamatan yang dimasukkan ketika berurus niaga di mesin ATM Ambank atau kaunter. PIN kad ATM Ambank terdiri daripada 6 digit supaya mudah diingati oleh setiap pelanggan.

Pihak bank sentiasa mengingatkan setiap pelanggan untuk menukar PIN kad ATM Ambank secara berkala. Langkah tersebut perlu dilakukan untuk mengelakkan penipuan, seperti skimming atau kecurian maklumat data kad ATM.

Pemegang kad ATM dinasihatkan untuk buat PIN ATM untuk jangan menggunakan tarikh lahir atau nombor telefon bimbit.

Cara Tukar Nombor PIN Kad ATM Debit Ambank
Cara Tukar Nombor PIN Kad ATM Debit Ambank

Cara Tukar Nombor PIN Kad ATM Ambank Online

Pernah tak Anda mengalami situasi dimana Anda terlupa no PIN kad ATM Ambank ataupun kad debit Ambank ketika Anda mahu membuat pembayaran di kaunter ataupun pengeluaran wang di mesin ATM?

Sekiranya Anda pernah mengalami masalah sebegini, Anda sebagai pengguna Ambank Anda boleh ikuti langkah-langkah yang kami kongsikan berikut ini.

  1. Lawati portal rasmi Ambank Online atau AmOnline
  2. Kemudian log masuk akaun AmOnline Anda
  3. Selepas Anda berjaya log masuk, dekat paparan utama sila klik bahagian Debit Card
  4. Senarai debit card Anda akan dipaparakan Tukar Nombor PIN Kad Debit Ambank
  5. Sila pilih debit card yang ingin Anda tukar no PIN nya
  6. Klik Settings
  7. Klik Change Card PIN Tukar No PIN Kad Debit Ambank
  8. Masukkan no PIN kad ATM yang baru
  9. Masukkan sekali lagi nombor PIN kad ATM baru
  10. Klik Continue
  11. Secara automatik Anda akan mendapat SMS yang mengandungi nombor TAC
  12. Masukkan nombor TAC, klik Confirm Cara Tukar Nombor PIN Kad ATM Ambank
  13. Tahniah, Anda berjaya menukar nombor PIN kad ATM

Macam mana cara kemaskini no telefon Ambank? Anda boleh ikuti panduan cara tukar no telefon Ambank yang telah kami kongsikan.

Cara Tukar Nombor PIN Kad Debit Ambank di ATM

Sekiranya Anda ingin menukar no PIN kad debit Ambank di mesin ATM, sila ikuti langkah-langkah berikut.

  1. Kunjungi mesin ATM Ambank terdekat
  2. Masukkan kad debit dan PIN Anda
  3. Pilih PIN Change/AmOnline Service
  4. Pilih PIN Change
  5. Masukkan PIN ATM baru
  6. Selesai

Mengapa pelanggan perlu tahu cara menukar PIN kad ATM Amabank? Dan mengapa kemaskini nombor PIN kad ATM perlu dibuat secara berkala?

Walaupun bagi sebahagian orang menukar nombor PIN mungkin terasa agak menyusahkan, tetapi pada asasnya menukar PIN kad ATM adalah penting dan sangat berguna untuk keselamatan akaun Ambank pelanggan.

Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga maklumat yang kami kongsikan diatas bermanfaat.