Cara Tukar No Telefon Bank Muamalat Online TAC

Kemaskini nombor telefon Bank Muamalat perlu dilakukan agar transaksi di internet banking Bank Muamalat sentiasa berjaya. Sekiranya Anda merupakan pelanggan Bank Muamalat dan ingin mengetahui cara tukar no telefon Bank Muamalat yang betul, boleh ikuti langkah-langkah dalam artikel ini.

Bank Muamalat mempunyai perkhidmatan online banking atau internet banking yang dikenali sebagai i-Muamalat. i-Muamalat merupakan perkhidamtan perbankan online yang boleh memudahkan urusan kewangan Anda.

Aktiviti seperti check baki akaun, bayar loan, bayar bil dan banyak lagi boleh dilakukan secara online menggunakan i-Muamalat. Namun, untuk dapat melakukan pelbagai transaksi online banking diperlukan TAC.

Cara Tukar No Telefon Bank Muamalat
Cara Tukar No Telefon Bank Muamalat

Apa itu TAC

TAC adalah merupakan Transaction Activation Code ialah kod yang biasanya dihantar melalui SMS, ini adalah langkah keselamatan dalam mengukuhkan pengesahan semasa membuat transaksi.

Pada masa ini, TAC turut diterapkan dalam setiap sistem perbankan dalam talian bagi mengelakkan pelbagai jenayah dan perbuatan jenayah yang merugikan pelanggan.

Penukaran No Telefon Bank Muamalat

Kemaskini nomor mestilah segera dilakukan apabila no telefon Anda hilang, disekat atau telefon bimbit dicuri. Sebelum buat pengemaskinian no handphone sila perhatikan perkara berikut:

  • Anda mestilah mendaftar no telefon Anda sahaja untuk tujuan TAC
  • Jangan mendaftarkan no telefon orang lain
  • TAC diperlukan untuk setiap transaksi online banking Bank Muamalat
  • Pastikan no telefon yang didaftarkan untuk TAC aktif

Kemaskini Nombor Telefon Bank Muamalat di Cawangan

Pada masa ini permohonan kemaskini maklumat peribadi termasuk nombor telefon perlu dilakukan di kaunter cawangan Bank Muamalat untuk urusan tersebut.

  1. Kunjungi cawangan Bank Muamalat terdekat
  2. Sila membawa kad ATM dan kad pengenalan Anda
  3. Ambil nombor giliran dan tunggu no giliran dipanggil
  4. Beritahu pegawai bank bahawa Anda ingin tukar nombor telefon lama dengan yang baru
  5. Tunggu beberapa minit, pegawai bank akan kemaskini nombor telefon

Sekiranya Anda tak dapat TAC setelah pertukaran no telefon di cawangan, sila hubungi customer care line Bank Muamalat di +60326005500 untuk semakan lanjut.

Anda dinasihatkan untuk datang ke cawangan pada hari bekerja dan waktu operasi Bank Muamalat.

Cawangan Bank Muamalat beroperasi dari 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari (Isnin – Khamis) dan 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari (Jumaat) sepanjang tempoh PKP.

Cara Tukar No Telefon Bank Muamalat Online

Anda boleh gunakan perkhidmatan i-muamalat untuk kemaskini nombor telefon, berikut langkah-langkahnya.

  1. Layari https://www.i-muamalat.com.my
  2. Masukkan Username dan Password Anda
  3. Pilih Other Service
  4. Pilih My Data
  5. Pilih Update Mobile Number
  6. Masukkan no telefon Anda
  7. Selepas kemaskini nombor telefon Anda dikehendaki menghubungi talian perkhdimatan pelanggan 03-26005500 untuk pengaktifan.

Soalan Lazim

Berikut soalan lazim yang sering ditanyakan.

1. Kalau mahu tukar no telefon perlu buat temujanji ke?

Untuk makluman, permohonan kemaskini maklumat peribadi termasuk no telefon perlu dilakukan di kaunter cawangan Bank Muamalat berdekatan dan tiada temujanji Bank Muamalat diperlukan bagi urusan tersebut.

2. Berapa kos untuk pertukaran no telefon?

Tiada kos, percuma.