Cara Tukar Limit Transfer Bank Islam

Ramai pelanggan Bank Islam yang bertanya mengenai cara tukar limit transfer Bank Islam agar dapat buat pemindahan dana dengan jumlah yang lebih besar. Sekarang ini banyak pelanggan Bank Islam yang mesti transfer wang dalam jumlah besar setiap harinya untuk pelbagai keperluan seperti beli rumah, motosikal, bayar bill dan urusan perniagaan.

Untuk mengawal kewangan dengan lebih baik, pelanggan perlu mengetahui dan memberi perhatian kepada had pemindahan Bank Islam. Bank Islam menawarkan pelbagai jenis produk/akaun yang boleh dipilih mengikut keperluan pelanggan.

Setiap jenis produk/akaun mempunyai had transaksi yang berbeza bergantung pada jenis produk yang digunakan. Bukan itu sahaja, pilihan kaedah transaksi yang digunakan turut mempengaruhi had pemindahan Bank Islam.

Untuk menukar had transfer Bank Islam dapat dilakukan secara online melalui perkhidmatan BankIslam.biz, jadi tak pergi beratur ke Bank, cukup gunakan perkhidmatan internet banking untuk menukar limit transfer Bank Islam. Sila ikuti panduan cara ubah limit transfer Bank Islam di bawah ini.

Cara Tukar Limit Transfer Bank Islam

Limit Transfer Bank Islam

Anda dapat mengubah limit harian transaksi di bawah ini dengan mudah.

  1. Bills Payment, Bills Presentment, JomPAY
  2. Prepaid Reload
  3. Own Account Transfer
  4. 3rd Party Transfer

Maksimum limit transfer yang boleh digunakan adalah:

  • RM1,000,000 Own Account Transfer
  • RM500,000 FPX
  • RM50,000 3rd Party Transfer
  • RM250 Prepaid Reload

Baca juga cara dapatkan penyata akaun Bank Islam secara online.

Cara Tukar Limit Transfer Bank Islam

Setelah Anda mengetahui jenis transfer yang boleh ditukar, sila ikuti langkah mudah cara tukar limit transfer Bank Islam yang kami sediakan berikut:

  1. Buka website rasmi Bank Islam https://www.bankislam.biz
  2. Klik Internet Banking Login.
  3. Masukkan Username akaun Anda.
  4. Klik Login.
  5. Klik Checkbox, untuk sahkan Private Image dan Private Word.
  6. Masukkan Password akaun Anda.
  7. Klik Login.
  8. Selepas Anda login, klik pada Settings. Cara tukar limit transfer Bank Islam
  9. Kemudian, klik Transaction Limit Maintenance.
  10. Masukkan Had Limit Baru pada transaksi yang Anda inginkan. Transaction Limit Maintenance Bank Islam
  11. Klik Change. Tukar Transfer Limit Bank Islam
  12. Klik Request i-Access Code.
  13. Masukkan Access Code yang dihantar ke handphone Anda melalui SMS. i Access Code Tukar Transfer Limit Bank Islam
  14. Klik Confirm.
  15. Selesai.

Baca juga cara transfer duit dari Bank Islam ke bank lain melalui online. Itulah maklumat terkini mengenai cara tukar limit transfer Bank Islam melalui online, semoga maklumat yang kami kongsikan dapat membantu Anda.