Cara Tukar Limit Transaksi Bank Rakyat

Sekarang ini semua bank di Malaysia mempunyai limit atau had transaksi maksimum. Salah satu bank terbesar di Malaysia yang menerapkan limit transaksi ialah Bank Rakyat.

Bank Rakyat mempunyai beberapa jenis perkhidmatan perbankan yang memudahkan pelanggan menjalankan pelbagai jenis transaksi. Bercakap tentang had transaksi atau transfer limit, sudah tentu setiap jenis perkhidmatan Bank Rakyat mempunyai limit harian yang berbeza.

Cara Tukar Limit Transaksi Bank Rakyat

Jenis Limit Transaksi Bank Rakyat

Apa sahaja jenis limit transaksi harian yang boleh di tukar? Berikut adalah jenis limit transaksi harian Bank Rakyat yang boleh Anda ubah.

  • Pemindahan ke akaun lain, pembiayaan, pembayaran kad
  • Pemindahan ke bank lain (IBG/IBFT)
  • JomPAY
  • Pembayaran Bil, Zakat, Derma
  • Transfer Wang
  • Tambah Nilai Prabayar
  • Direct Payment Engine (DPE)
  • Tabung Haji
  • DuitNow
  • 1Pay Issuance

Baca juga panduan cara transfer duit dari Bank Rakyat ke Bank Rakyat secara online.

Cara Tukar Limit Transaksi Bank Rakyat

Selepas Anda mengetahui apa sahaja jenis limit transaksi harian Bank Rakyat, berikut kami kongsikan langkah-langkah cara kemas kini limit transaksi Bank Rakyat melalui iRakyat.

  1. Pertama, sila layari webister irakyat.com.my
  2. Seperti biasa, Anda perlu login dulu akaun iRakyat Anda untuk membuat sebarang transaksi melalui iRakyat.com.my
  3. Untuk pertukaran limit transaksi, di paparan utama, Anda perlu klik Profile Maintenance Cara Tukar Transfer Limit Bank Rakyat
  4. Kemudian klik Daily Limits Maintenance Cara Menukar Limit Transaksi Bank Rakyat
  5. Selepas itu dia akan paparkan semua jenis transaksi yang Anda boleh ubah limit harian
  6. Contohnya Anda ingin tukar limit harian untuk transfer to Third Party Account, Anda perlu klik pada bahagian New Limit (Please Select) Cara Ubah Limit Transaksi Bank Rakyat
  7. Sila pilih had harian yang Anda inginkan, contoh set harian RM4,000, Anda bebas untuk set limit harian Anda dan Anda boleh set mengikut kesesuaian dan juga mengikut keperluan Anda
  8. Lepas Anda dah setkan semua limit harian yang Anda nak ubah, Anda perlu klik butang Request TAC
  9. Sebab untuk perubahan had harian, kita perlu TAC untuk pengesahan
  10. So, seperti biasa TAC akan di hantar ke SMS kita, kita semak SMS kita dan masukkan nombor TAC lalu klik Submit
  11. Selepas itu, Anda akan dipaparkan had transaksi yang baru. Tahniah, tukar limit transaksi harian Bank Rakyat telah berjaya

Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga maklumat mengenai cara tukar limit transaksi Bank Rakyat ini dapat membantu dan bermanfaat untuk Anda.