Cara Transfer BSN Ke Bank Lain Guna DuitNow

Artikel kali ini kami akan kongsikan cara transfer BSN ke bank lain guna DuitNow bagi tujuan instant transfer atau pindahan segera.

DuitNow merupakan perkhidmatan untuk hantar dan terima dana dengan segera untuk individu atau perniagaan. Anda boleh hantar dan terima dana pada bila-bila masa di mana saja.

Cara Transfer BSN Ke Bank Lain
Cara Transfer BSN Ke Bank Lain

Cara Transfer BSN Ke Bank Lain Guna DuitNow

Fungsi DuitNow dalam akaun MyBSN baru sahaja diperkenalkan oleh BSN, dan untuk menggunakan akaun MyBSN seperti biasa Anda perlu log masuk dulu akaun MyBSN Anda.

  1. Untuk Anda membuat pindahan wang ataupun transfer, Anda perlu ke bahagian Transfer Cara Instant Transfer BSN Online
  2. Lepas tu, pilih Interbank Fund Transfer
  3. Di bahagian Transfer Type, pilih DuitNow
  4. From Account, pilih akaun BSN Anda
  5. Transfer To, Anda boleh pilih Anda nak transfer menggunakan IC Number, Mobile Number, Pasport Number, Army/Police ID, Business Registration Number dan Account Number
  6. Sekiranya Anda pilih Account Number atau No Akaun
  7. Lepas tu pada bahagian Recepient’s Bank, Anda pilih bank penerima contohnya kami nak transfer kepada akaun Maybank
  8. Recepient’s Name, masukkan nama penerima
  9. To Account, masukkan no akaun penerima
  10. Transaction Type, pilih Fund Transfer
  11. Beneficiary ID (Optional), dia sebenarnya option so kalau Anda nak masukkan, Anda boleh masukkan tapi kalau Anda rasa tak nak Anda boleh abaikan sahaja
  12. Amount (RM), masukkan jumlah yang Anda nak transfer Transfer BSn ke Maybank Guna DuitNow
  13. Klik Submit
  14. Baca lagi sekali maklumat yang telah Anda isi tadi, pastikan semua maklumat yang Anda isi tadi dah betul dan tepat terutama sekali pada bahagian nombor akaun Cara Transfer BSN Ke Maybank Guna DuitNow
  15. So kalau dah betul dan tepat, Anda klik Request TAC, tekan Confirm
  16. Nombor TAC akan dihantar ke SMS Anda dan Anda masukkan nombor TAC. Bila dah siap isi Anda klik √ dan tekan Confirm
  17. Anda dah berjaya membuat pemindahan wang daripada akaun BSN ke bank lain dengan menggunakan DuitNow

Sekiranya dibahagian sebelah kiri Anda tiada fungsi transfer BSN online, Anda tidak perlu risau. Apa yang perlu Anda buat adalah Anda perlu call center BSN untuk mengaktifkan akaun MyBSN Anda.

Nombor hotline untuk call center BSN adalah 1300881900 ataupun Anda boleh juga rujuk dekat bahagian belakang kad ATM Anda untuk melihat nombor BSN.

Soalan Lazim

1. Kalau transfer guna IBG di ATM BSN ke maybank ambil masa berapa lama?

3 hingga 5 hari bekerja, sekiranya duit belum masuk akaun penerima sila hubungi BSN center.

2. Kalau nak buat online banking, kena pergi center BSN atau boleh buat dekat online tanpa perlu pergi BSN center?

Anda dah kemaskini nombor telefon dekat kaunter bsn ke? Kalau belum kena kemaskini dulu ye. Bila dah kemaskini baru boleh buat online banking. Dah siap daftar kena call center BSN ye untuk aktifkan akaun mybsn Anda.

3. Kalau guna DuitNow, account penerima perlu daftar duitnow sekali ke?

Tak perlu pun asalkan Anda guna account number ye, kalau pakai nombor telefon kena daftar DuitNow ye

Transfer guna duitnow ni memang automatik duit yg transfer daripada bank BSN ke bank lain tu memang akan terus transfer pada masa yang sama ke?

Iya, automatik masuk ke akaun penerima tapi kadang-kadang take time 3 hingga 5 minit jugak