Cara Transfer Bank Rakyat ke Bank Lain Guna DuitNow

Ramai pelanggan Bank Rakyat yang bertanyakan macam mana cara transfer Bank Rakyat ke bank lain guna DuitNow. Cara membuat pindahan wang atau transfer daripada akaun Bank Rakyat ke akaun bank lain melalui online sangat mudah.

Untuk membuat pindahan wang daripada akaun Bank Rakyat ke akaun bank lain, Anda perlu menggunakan website irakyat.com.my dan untuk menggunakan portal iRakyat, Anda perlu mendaftar dahulu sebagai pengguna.

Berikut kami kongsikan cara transfer duit Bank Rakyat ke Bank lain melalui DuitNow.

Cara Transfer Bank Rakyat ke Bank Lain
Cara Transfer Bank Rakyat ke Bank Lain

Apa Itu DuitNow

DuitNow merupakan salah satu perkhidmatan yang dikendalikan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), iaitu sebuah syarikat yang menguruskan perkhidmatan seperti JomPAY, Interbank GIRO (IBG), MyDebit, FPX dan sebagainya.

DuitNow membolehkan Anda membayar atau menerima wang dengan mudah, serta merta dan selamat melalui aplikasi Perbankan Internet dengan hanya menggunakan Mobile Number, I/C, Passport Number, Army/Police ID, atau nombor pendaftaran perniagaan.

Cara Daftar DuitNow Bank Rakyat

Untuk mendapatkan ID DuitNow, Anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi Bank Rakyat online banking https://www.irakyat.com.my
  2. Klik Login > Pilih Personal Banking
  3. Masukkan Username. Klik Login
  4. Sahkan Secure Phrase. Klik Yes
  5. Masukkan Password. Klik Login
  6. Klik DuitNow
  7. Pilih DuitNow ID Registration. Klik Next
  8. Pilih DuitNow ID TypeMobile Number (nombor telefon) atau  IC Number (MyKad)
  9. Pilih Receiving Account
  10. Klik pada kotak I hereby agree to Terms & Conditions. Klik Next
  11. Klik Request TAC. Masukkan kod TAC yang Anda terima di no telefon Anda. Klik Confirm
  12. DuitNow ID Registration successful. Notis ini menunjukkan bahawa pendaftaran Anda telah berjaya
  13. Klik OK
  14. Selesai

Cara Transfer Bank Rakyat ke Bank Lain Guna DuitNow

Setelah daftar sebagai pengguna iRakyat, Anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah ini.

  1. Buka portal rasmi iRakyat https://www.irakyat.com.my klik Login > Personal Banking
  2. Masukkan Username Anda, klik Login
  3. Sila pastikan Frasa Keselamatan yang dipaparkan adalah frasa keselamatan yang betul, sekiranya dah betul klik Yes
  4. Masukkan Password, klik Login
  5. Untuk transfer atau membuat pindahan wang, Anda klik Anda boleh menggunakan fungsi DuitNow atau Fund Transfer
  6. Sila pilih DuitNow klik Next Cara Transfer Duit Bank Rakyat Ke Bank Lain
  7. Transfer From (Sila pilih akaun Anda) Cara Transfer Bank Rakyat ke Bank Lain Guna DuitNow
  8. Amount (RM) masukkan jumlah yang Anda nak transfer
  9. Transfer To pilih New DuitNow ID kemudian pilih Account Number
  10. Sila masukkan semua butiran maklumat penerima
  11. Beneficiary Account Number, masukkan nombor akaun penerima
  12. Beneficiary Account Type, pilih Jenis Akaun klik Saving Account
  13. Beneficiary Bank, pilih bank yang Anda nak transfer Transfer Bank Rakyat ke Bank Lain Guna DuitNow
  14. Beneficiary Name, masukkan nama penerima
  15. Recipient Reference, masukkan rujukan (optional)
  16. Payment Type, pilih Fund Transfer
  17. Other Payment Details, sila masukkan rujukan lain (optional)
  18. Klik I hereby agree to Terms & Conditions, klik Next
  19. Anda akan dipaparkan nama pemilik dan nombor akaun penerima
  20. Sekiranya nombor yang Anda masukkan tadi salah, notifikasi error akan keluar. Anda perlu semak balik nombor akaun penerima, pastikan nombor akaun penerima betul
  21. Klik Request TAC, untuk pengesahan transaksi
  22. Nombor TAC akan di hantar ke SMS Anda, salin semula nombor TAC yang Anda terima ke dalam ruangan TAC Number. Klik Submit
  23. Status transaksi berjaya akan dipaparkan Transfer Bank Rakyat ke Bank Lain
  24. Sila klik Get Receipt untuk dapatkan resit transaksi
  25. Selesai

Baca juga panduan cara transfer duit dari Bank Rakyat ke Bank Rakyat secara online.

Untuk makluman, untuk menerima wang melalui DuitNow, Anda perlu register ID DuitNow dahulu dan untuk menghantar wang melalui DuitNow, Anda perlu ID DuitNow penerima.

Itu sahaja perkongsian mengenai cara transfer wang Bank Rakyat ke bank lain guna DuitNow, semoga membantu.