Tidak Dapat No TAC BSN Cara Request Nombor OTP

Sehingga kini ramai pelanggan atau pengguna BSN mendapatkan nombor TAC melalui SMS walaupun tidak melakukan sebarang transaksi.

Apabila Anda merasa tidak pernah membuat sebarang transaksi di perbankan internet myBSN, Anda dinasihatkan untuk tidak mendedahkan atau berkongsi nombor TAC tersebut kepada sesiapa sahaja, sebab boleh sahaja Anda menjadi salah satu mangsa dari scammer.

Tapi sekiranya Anda memang membuat sebarang transaksi di perbankan internet myBSN tapi tidak menerima nombor OTP BSN melalui SMS di telefon Anda, Anda boleh ikuti maklumat yang kami kongsikan berikut agar dapat segera mendapatkan no OTP atau TAC.

Tidak Dapat No TAC BSN
Tidak Dapat No TAC BSN

Apa itu OTP/TAC

OTP atau One Time Passcode merupakan kod yang dihantar kepada nombor telefon mudah alih berdaftar untuk tujuan pengesahan dan keselamatan.

TAC atau Transaction Authorization Code merupakan nombor 6 digit yang akan dihantar kepada pengguna, bagi mengesahkan transaksi yang ingin digunakan.

Tidak Boleh Guna BSN Internet Banking

Sekiranya Anda tidak boleh guna internet banking myBSN, jangan risau. Kerana ada pelbagai sebab yang dapat terjadi seperti:

  1. Sambungan internet Anda tidak stabil
  2. Perbankan internet myBSN mengalami aliran trafik yang tinggi daripada biasa
  3. Tersalah taip laman web rasmi, pastikan alamat rasmi myBSN adalah www.mybsn.com.my atau https://www.bsn.com.my

Untuk makluman, perbankan internet myBSN beroperasi 24 jam. Mohon log masuk ke akaun perbankan internet Anda dengan melayari pautan (link) yang betul.

Tidak Menerima No TAC/OTP

Apabila nombor telefon Anda belum berdaftar di sistem perbankan BSN, Anda dinasihatkan untuk mengemaskini nombor telefon untuk penerimaan OTP di kaunter BSN.

Kemaskini no telefon BSN sangat mudah, Anda hanya perlu kunjungi cawangan BSN yang berhampiran dan membawa kad pengenalan, selepas itu minta pegawai kaunter untuk kemaskini no telefon baru. Untuk makluman, kad pengenalan diperlukan untuk tujuan pengesahan.

No TAC BSN masih tidak sampai? sila mencuba semula (request OTP/TAC) dan Anda dinasihatkan untuk clear cache terlebih dahulu atau menggunakan browser internet lain.

Sekiranya OTP masih tidak diterima di nombor telefon yang didaftarkan dan Anda telah cuba clear cache, Anda dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1300881900 untuk semakan lanjut.

Itu sahaja perkongsian kali ini mengenai cara dapatkan nombor TAC BSN dan cara kemaskini no telefon BSN, semoga perkongsian diatas dapat membantu Anda.