Temujanji RHB Bank Online Cara Buat Appointment QMS

Ramai yang belum tahu bahawa RHB Bank telah memperkenalkan aplikasi temujanji online yang dikenali QMS (sistem pengurusan giliran). Aplikasi ini membolehkan pelanggan mendapatkan nombor giliran secara masa nyata terus di aplikasi QMS.

RHB Bank menjadi bank pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidamatan appointment/e-tiket mudah alih secara masa nyata dan temujanji pada hari yang sama.

Dengan aplikasi ini, pelanggan tidak perlu lagi beratur dan habiskan banyak masa menanti giliran mereka.

Temujanji RHB Bank
Temujanji RHB Bank

Kelebihan Temujanji RHB

Berikut adalah kelebihan temujanji RHB QMS.

  • Keselamatan: Nikmati pengalaman perbankan yang selamat
  • Keselesaan: Tempah lawatan cawangan Anda pada tarikh dan masa pilihan Anda
  • Tiket Tanpa Kertas: Kekal mementingkan alam sekitar berkat sistem tiket maya
  • Kecekapan: Masuk apabila tiba giliran Anda kerana kami tahu masa Anda sangat berharga

Perkhidmatan

Temujanji RHB Bank boleh dibuat bagi urusan:

  • Premier Banking
  • Cash Deposit/Withdrawal
  • Fixed Deposit/Remittance/Bulk Cash
  • Account Opening
  • ASNB
  • Others

Untuk pembukaan akaun RHB, kami nasihatkan Anda untuk baca artikel cara buka akaun RHB Bank

Cara Buat Temujanji RHB

Langkah untuk buat temujanji segera.

  1. Pertama sekali, sila muat turun aplikasi Queue Management System (QMS) di Google Playstore (Android) atau App Store (iPhone) Cara Buat Temujanji RHB
  2. Buka aplikasi QMS di telefon Anda, lalu pilih Service Providers > RHB
  3. Kemudian pilih Negeri (state) dan Cawangan (branch)
  4. Pilih perkhidmatan yang Anda inginkan contoh Pembukaan Akaun (Account Opening)
  5. Pilih Queue Ticket dan tunggu nombor giliran Anda dipanggil
  6. Selesai

Langkah untuk mendapatkan temujanji untuk hari lain.

  1. Buka aplikasi QMS
  2. Pilih Service Providers > RHB
  3. Pilih Negeri (state) dan Cawangan (branch)
  4. Pilih Appointment Ticket dan pilih tarikh dan masa pilihan Anda
  5. Selesai, langkah seterusnya iaitu sila kunjungi cawangan RHB yang telah Anda pilih kemudian tunjuk bukti booking Anda

Nota: Pastikan maklumat yang Anda pilih dan masukkan betul untuk memudahkan proses pengesahan/verifikasi ketika Anda berada di cawangan. Selain itu, sila bawa juga kad pengenalan/passport ke cawangan RHB untuk tujuan pengesahan.

Waktu Operasi RHB

Berikut adalah waktu operasi cawangan seluruh negeri RHB Bank.

  • 9.15 pagi – 4.15 petang, Isnin hingga Jumaat*

Cawangan di Kompleks Beli-belah:

  • RHB Bank Kenanga Wholesale City 10.00am – 5.00pm, dibuka setiap hari
  • RHB Bank Kuala Lumpur City Centre (KLCC) 9.30am – 5.30pm Isnin – Sabtu dan 9.30 pagi – 4.30 petang Ahad
  • RHB Bank Paradigm Mall 10.00am – 5.00pm, dibuka setiap hari

Pusat Hubungan Pelanggan

  • Pertanyaan telefon: 24 jam / 7 hari seminggu
  • E-mel waktu surat-menyurat: 9.00am – 4.00pm, Isnin hingga Jumaat

Itu sahaja perkongsian mengenai cara buat temujanji RHB melalui online, semoga bermanfaat.