Temujanji BSN

Temujanji BSN adakah perlu? Mengadakan temu janji dengan pelanggan selalunya diperlukan untuk membincangkan pelbagai keperluan seperti pelan bisnes, pelan marketing atau keperluan khas.

Ada banyak sebab di sebalik kepentingan temu janji ini. Pada asasnya, pertemuan ini tentunya untuk memudahkan kerjasama serta untuk mencapai matlamat bersama.

Sebagai contoh, bank atau syarikat selalunya perlu membentangkan atau menjelaskan objektif kepada syarikat lain untuk mencapai persetujuan yang boleh menguntungkan kedua-dua pihak.

Oleh sebab itu, sebelum mengadakan perjumpaan ini perlulah dipersetujui masa dan tempat bila hendak berjumpa. Oleh itu, syarikat atau bank perlu membuat temu janji atau menetapkan temu janji dengan pihak berkaitan. Lalu adakah perlu buat temujanji BSN di mybsn.com.my sebelum pergi ke bank untuk membuat urusan perbankan?

Temujanji BSN
Temujanji BSN

Adakah perlu buat temujanji BSN

Di bank lain, mungkin perlu buat temujanji sebelum datang ke bank. Tapi untuk BSN tak perlu buat apa-apa temujanji.

Kenapa? Sebab kami sudah cuba buat panggilan ke customer service atau hotline BSN di talian 1300-88-1900 untuk pastikan perkara ini, dan pihak bank maklumkan bahawa tak perlu buat temujanji BSN online.

Selain itu, BSN tidak menyediakan sistem untuk booking appointment online atau offline. Jadi sila hadirkan diri ke mana-mana bank atau cawangan BSN yang berhampiran dengan tempat tinggal Anda.

Waktu Operasi BSN

Sebelum Anda pergi ke mana-mana cawangan BSN, pastikan Anda telah mengetahui waktu operasi BSN. Waktu operasi BSN adalah mengikut negeri:

NegeriWaktu Operasi
Selangor9 pagi – 1 tengahari
Kuala Lumpur9 pagi – 1 tengahari
Kelantan9 pagi – 2 petang
Perak9 pagi – 2 petang
Pulau Pinang9 pagi – 2 petang
Pahang9 pagi – 2 petang
Terengganu9 pagi – 2 petang
Kedah9 pagi – 2 petang
Perlis9 pagi – 2 petang
Sabah9 pagi – 2 petang
Sarawak9 pagi – 2 petang
Johor9 pagi – 2 petang
Melaka9 pagi – 2 petang
Negeri Sembilan9 pagi – 2 petang

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan lazim yang kerap kami dapatkan.

1. Macam mana cara register online banking BSN?

Jika Anda ingin daftar BSN online banking (MyBSN) Anda boleh baca panduan cara daftar BSN online banking.

2. Saya nak buka account bank BSN, susah lah kalau tiada appointment. Kalau datang saja ke BSN nak kena hadap lagi org ramai-ramai kat bank sana skarang sop mok jaga juga walaupun sudah vaccine.

Sekiranya Anda ingin buka akaun simpanan bank BSN, Anda perlu sediakan beberapa syarat dan dokumen seperti kad pengenalan atau IC dan duit RM50.

Selepas itu sila pergi ke mana-mana cawangan bank BSN terdekat dengan membawa IC dan RM50. Sila pergi lebih pagi agar Anda mendapat nombor giliran lebih awal.

3. Bolehkah membuka akaun BSN hanya untuk tujuan simpanan sendiri? tanpa dokumen apa2?

Ya boleh. Bagi pembukaan akaun simpanan individu anda perlu hadir ke cawangan BSN dengan membawa bersama kad pengenalan beserta minimum deposit RM50.00.

Dokumen tambahan adalah digalakkan untuk sokongan pembukaan akaun anda.

4. Dokumen tambahan apa yang perlu dibawa jika tidak bekerja

Contoh dokumen sokongan:

  • Surat majikan
  • Bil utiliti terkini sekiranya alamat kediaman berbeza dengan alamat kediaman
  • Surat sekolah/tawaran belajar
  • Surat JKM (sekiranya berkaitan bayaran tersebut)
  • dan lain -lain dokumen yang berkaitan

5. Boleh tak bayi umur 3 bulan buka akaun BSN. Saya nak buat simpanan untuk die

Anda boleh memohon untuk membuka akaun simpanan BSN MyFirst untuk anak Anda.

6. Saya 14 tahun nak buka sekali kad debit, boleh tak?

Ya Anda boleh memohon membuka akaun simpanan individu di BSN. Sila hadir ke cawangan dengan membawa bersama kad pengenalan dan deposit minimum pembukaan akaun RM 50.00. Caj permohonan kad debit RM 12.00 akan ditolak dari amaun deposit tersebut.

7. Buka account bank BSN untuk warga asing dibenarkan?

Pembukaan akaun simpanan BSN bagi warganegara asing adalah dibenarkan. Berikut adalah syarat-syarat dan dokumen yang diperlukan semasa pembukaan akaun.

  1. Bekerja di Malaysia.
  2. Surat pengesahan majikan.
  3. Alamat tetap.
  4. Bil ultiliti
  5. Visa dan Pasport belum tamat tempoh.

8. Saya ada akaun tapi dah lama tidak aktif lebih 7 tahun boleh ke saya nak aktifkan akaun saya?

Akaun yang tiada transaksi dilakukan oleh Pelanggan dalam tempoh dua belas (12) bulan berturut-turut akan dianggap sebagai Akaun Dorman. Untuk mengaktifkan semula akaun yang tidak aktif tidak melebihi 7 tahun, sila hadir ke cawangan BSN yang berhampiran untuk mendepositkan minimum RM10 di akaun anda bagi tujuan pengaktifan semula akaun.

Mana-mana wang berbaki kredit di dalam Akaun yang tidak beroperasi selama tujuh (7) tahun dari tarikh transaksi terakhir akan diklasifikasikan sebagai Wang Tak Dituntut

Bank akan menutup Akaun tersebut dan memindahkan baki wang kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965 dan pindaan keatasnya. Sebarang tuntutan untuk wang tersebut hendaklah dilakukan oleh Pelanggan secara terus melalui Pendaftar Wang Tak Dituntut.

Terma dan syarat ini telah ditetapkan semasa anda membuat pembukaan akaun. Untuk bantuan semakan berkenaan status akaun tersebut, mohon hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di talian 1300881900. Atau baca maklumat terperinci cara aktifkan semula akaun BSN.

9. Kalau kad bank kita hilang macam mana?

Anda dinasihatkan untuk hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di talian 1300881900 terlebih dahulu bagi memohon membatalkan kad debit Anda yang hilang tersebut bagi tujuan keselamatan.

Untuk memohon kad debit gantian, Anda perlu ke cawangan BSN. Sila bawa bersama kad pengenalan Anda dan caj permohonan kad debit gantian RM 12.00 akan ditolak dari akaun simpanan Anda.