Temujanji Bank Rakyat

Bank Rakyat menyediakan perkhidmatan temujanji Bank Rakyat yang akan membantu memudahkan urusan pelanggan di setiap cawangan. Perkhidmatan e-Appointment akan membantu menjimatkan masa sebab Anda tidak perlu beratur di cawangan.

Jadi sebelum kunjungi cawangan Bank Rakyat, Anda perlu membuat temujanji Bank Rakyat online terlebih dahulu. Selepas membuat permohonan temujanji Bank Rakyat, sila Anda datang ke cawangan bank tujuan pada tarikh dan masa yang telah Anda tetapkan.

Temujanji Bank Rakyat
Temujanji Bank Rakyat

Apakah Itu Temu Janji Bank Rakyat Online

e-Appointment atau temujanji online adalah perkhidmatan online yang membolehkan pelanggan membuat permohonan janji temu secara online untuk boleh buat perkhidmatan di cawangan Bank Rakyat pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Perkhidmatan e-Appointmen ini ditawarkan oleh Bank Rakyat untuk membantu memberi kemudahan kepada pelanggan agar dapat mengurangkan tempoh masa menunggu di cawangan bank.

Jenis Perkhidmatan e-Appointment Online

Anda boleh memilih sama ada ingin membuat janji temu bagi urusan di bawah:

  • Ar-Rahnu
  • Transaksi Perbankan

Sekiranya Anda memilih transaksi perbankan, berikut adalah senarai perkhidmatan yang boleh dilakukan:

  1. Pembukaan Akaun: Buat atau daftar akaun baru Bank Rakyat (Akaun Simpanan-i, Semasa-i, Deposit-i Berjangka, iRakyat dan iBiz)
  2. Deposit Syiling: Perkhidmatan deposit duit syiling (hanya terdapat di cawangan tertentu sahaja)
  3. Permohonan Pembiayaan-i: Permohonan pembiayaan untuk Sewa Beli-i, Perumahan-i, Perusahaan Kecil dan Sederhana, Peribadi-i
  4. Susulan Kredit (Bayaran Ansuran / Perundingan): Bayaran ansuran pembiayaan atau sebarang khidmat nasihat / rundingan dengan pihak bank
  5. Penghantaran Wang (IBG / Rentas / Remittance): Pengiriman wang melalui sistem (IBG/Rentas) di kaunter
  6. Perkhidmatan Tabung Haji: Pembukaan akaun baru Tabung Haji, Proses deposit / pengeluaran akaun, Pindahan wang antara akaun Tabung Haji, Pendaftaran Haji
  7. Penggantian Kad Debit-i: Proses penggantian Kad Debit-i boleh dibuat sekiranya kad rosak, kad hilang/dicuri, terlupa nombor pengenalan persendirian atau tersilap menghubungkan no akaun
  8. Permohonan Penyata Akaun: Permohonan untuk penyata akaun simpanan, penyata akaun pembiayaan atau penyata penjelasan akaun pembiayaan
  9. Pengeluaran / Simpanan: Pengeluaran atau Simpanan bagi akaun Deposit-i Berjangka

Permohonan Temujanji Bank Rakyat Online

Bagi Anda yang ingin berurusan di kaunter Bank Rakyat, Anda boleh membuat temujanji Bank Rakyat secara online terlebih dahulu agar tak perlu beratur di bank.

Pelanggan perlulah membuat permohonan sekurang-kurangnya satu (1) hari sebelum tarikh janji temu. Tertakluk kepada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan waktu yang dimohon

  1. Layari laman https://appointment.bankrakyat.com.my
  2. Pilih New Appointment Permohonan Temujanji Bank Rakyat
  3. Pilih Negeri dan Jenis Perkhidmatan yang mahu dilakukan. Temujanji Bank Rakyat Online
  4. Pilih Kaunter Cawangan Bank Rakyat yang mahu Anda kunjungi.
  5. Pilih Tarikh dan Masa yang tersedia dalam jadual.
  6. Lengkapkan maklumat Butiran Diri pada ruangan yang disediakan. Janji Temu Bank Rakyat
  7. Semak semula semua butiran temujanji yang telah Anda masukkan dan buat pengesahan untuk menetapkan tarikh temujanji.
  8. Pastikan Anda menunjukkan tangkap layar (screen shot) atau mesej temujanji atau email bukti pengesahan apabila Anda pergi ke kaunter Bank Rakyat bagi memastikan Anda dapat berurusan dengan cepat dan pantas.

Nota:

  • Anda akan dimaklumkan melalui notifikasi permohonan untuk hadir sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa janji temu yang ditetapkan.
  • Anda dinasihatkan agar mematuhi saranan Kerajaan dengan menjalani saringan suhu badan, pemakaian pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial dan menggunakan pensanitasi tangan.
  • Anda dikehendaki untuk mendaftar masuk (check-in) dengan mengimbas kod QR yang tertera pada pintu masuk utama dengan menggunakan aplikasi MySejahtera.

Semakan Janji Temu Bank Rakyat

Selepas Anda membuat permohonan temujanji online, sila buat semakan janji temu Bank Rakyat terlebih dahulu bagi memastikan bahawa pendaftaran Anda telah berjaya masuk ke dalam sistem.

Check temujanji Bank Rakyat boleh dilakukan dengan mengikuti langkah di bawah:

  1. Sila lawati pautan https://appointment.bankrakyat.com.my
  2. Klik Semak Janji Temu
  3. Masukkan nombor tempahan Janji Temu (Booking Reference Number)
  4. Klik Search
  5. Informasi tempahan Janji Temu dipaparkan

Cara Membatalkan Tempahan Janji Temu

Anda boleh buat pembatalan janji temu yang telah Anda buat. Langkah caara membatalkan temujanji Bank Rakyat online.

  1. Sila lawati pautan https://appointment.bankrakyat.com.my
  2. Klik Semak Janji Temu
  3. Masukkan nombor tempahan Janji Temu (Booking Reference Number)
  4. Klik Batal

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bank Rakyat boleh diperolehi melalui:

  • Laman sesawang Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my
  • Perbankan Internet di www.irakyat.com.my
  • telerakyat@bankrakyat.com.my
  • Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454
  • Facebook https://www.facebook.com/myBANKRAKYAT

Soalan Lazim

Berikut adalah beberapa soalan lazim mengenai janji temu Bank Rakyat online.

1. Apakah pembukaan akaun bank rakyat perlu buat temujanji online terlebih dahulu?

Tak perlu, boleh hadir tanpa janji temu.

2. Selepas buat permohonan janji temu Bank Rakyat, mengapa saya masih perlu ambil nombor giliran dan tunggu lebih satu jam?

Sekiranya Anda telah membuat permohonan temujanji online, ketika kunjungi cawangan mohon sertakan maklumat janji temu dan butiran lanjut di pautan yang diberikan untuk pihak Bank Rakyat majukan ke cawangan yang berkenaan.

3. Apakah perkhidamtan temujanji ini mesti bayar?

Perkhidmatan ini percuma.

4. Siapakah yang boleh membuat janji temu?

Temu janji online boleh di mohon oleh pelanggan sedia ada Bank Rakyat dan pelanggan baru Bank Rakyat.