Temujanji Bank Muamalat

Bank Muamalat menyediakan perkhidmatan appointment online yang juga dikenali sebagai temujanji Bank Muamalat online. Perkhidmatan ini boleh membantu Anda untuk dapat mempercepat urusan perbankan di cawangan.

Anda hanya perlu mengisi borang online dan dapatkan nombor rujukan (bukti booking), selepas itu sila pergi ke cawangan yang Anda inginkan dengan membawa bukti nombor rujukan.

Dengan membawa nombor rujukan, Anda tak perlu bersesak-sesak dan tunggu lama untuk dapat giliran di kaunter.

Urusan seperti buka akaun bank baru, online banking, kad debit, pinjaman dan banyak lagi boleh dilakukan di cawangan.

Temujanji Bank Muamalat
Temujanji Bank Muamalat

Cara Buat Temujanji Bank Muamalat

Berikut adalah pelbagai cara buat temujanji Bank Muamalat.

Cara Buat Temujanji Bank Muamalat Online

  1. Buka pautan https://map.muamalat.com.my/appointment/
  2. Pilih urusan yang bersesuaian dengan Anda. Account Opening / Ar-Rahnu Transaction Cara Buat Temujanji Bank Muamalat
  3. Kemudian isikan informasi yang diperlukan seperti:
    • Full Name – Nama Penuh
    • NRIC No – No Kad Pengenalan
    • Contact No – No Telefon
    • Email Address – Alamat Email
    • Preferred Branch – Cawangan
    • Date Of Appointment – Tarikh Temujanji
    • Time Of Appointment – Tarikh Temujanji
    • Transaction Type – Jenis Perkhidmatan / Urusan
  4. Tekan butang Confirm.
  5. Permohonan Temujanji Maybank online dah siap.
  6. Selepas itu, screenshoot atau buat tangkapan layar untuk rujukan temujanji, Anda boleh semak email Anda untuk dapatkan bukti pengesahan.
  7. Pergi ke cawangan Bank Muamalat dan tunjuk no rujukan kepada pegawai bank untuk temujanji Anda.
  8. Pastikan Anda sampai 12 minit sebelum masa temujanji di cawangan.

Cara Buat Temujanji Bank Muamalat Melalui Khidmat Pelanggan

Temujanji di kaunter cawangan perlu dibuat terlebih dahulu bagi sebarang urusan permohonan pembukaan akaun baharu dan transaksi Ar Rahnu.

Temujanji tersebut boleh dibuat terus melalui pegawai Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600 5500

Cara Buat Temujanji Bank Muamalat Melalui Media Sosial

Temujanji juga boleh dibuat terus melalui akaun rasmi media sosial Bank Muamalat. Sila Private Message (PM) butiran maklumat Anda di ruangan mesej Facebook Bank Muamalat untuk bantuan selanjutnya.

Cara Batalkan Temujanji Bank Muamalat

Sekiranya Anda mendapat halangan dan tak dapat datang ke cawangan pada hari dan waktu yang telah ditetapkan, Anda boleh batalkan temujanji Bank Muamalat tersebut dengan cara tak perlu datang ke cawangan.

Soalan Lazim

Berikut adalah senarai soalan lazim mengenai Bank Muamalat.

1. Kalau kad bank expired kena buat temu janji tak ? Kena bayaran berapa ?

Tiada sebarang temujanji perlu dibuat bagi urusan pembaharuan Kad Debit Bank Muamalat sebaliknya Anda boleh terus berkunjung ke mana mana kaunter Bank Muamalat yang berdekatan untuk bantuan selanjutnya.

Caj perkhidmatan tahunan sebanyak RM12 akan dikenakan kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kad tersebut. Sila ambil maklum bagi cawangan Bank Muamalat beroperasi dari 9.30 pagi hingga 3.00 petang (Isnin – Khamis) dan 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari , 2.00 petang hingga 3.30 petang (Jumaat).

2. Untuk pembukaan akaun perlu buat temujanji dulu ke? Dan kalau nak buka akaun baru untuk urusan university dokumen apa yang diperlukan ya?

Adalah dimaklumkan bahawa bagi urusan pembukaan akaun simpanan untuk pelanggan yang berumur bawah 18 tahun dan bagi tujuan kemasukan ke universiti, pemohon perlu hadir ke cawangan terdekat bersama ibu bapa/penjaga dengan membawa beberapa dokumen yang berikut;

  • Salinan kad pengenalan.
  • Bil utiliti.
  • Wang deposit sebanyak RM25.
  • Surat Tawaran kemasukan Universiti.

Untuk makluman, pelanggan yang ingin membuat permohonan membuka akaun perlu membuat temu janji terlebih dahulu. Tempahan slot temu janji boleh dilakukan secara atas talian.

3. Saya nak temu janji urusan pinjaman kereta saya, untuk urusan bila akan tamat bayaran?

Bank Muamalat menasihatkan Anda untuk merujuk pegawai dari Jabatan Kutipan dan Pemulihan Konsumer Bank Muamalat bagi bantuan semakan maklumat akaun pembiayaan kenderaan.

Justeru, untuk tujuan pengesahan dan keselamatan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600-5500. Beroperasi 24 jam setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum.

4. Pengesahan akaun bank perlu bawa buku bank tak?

Anda juga boleh membawa Kad Pengenalan sahaja bagi bantuan pengesahan akaun Bank tersebut.

5. Apabila kad valid thru dah expired boleh tak Kita sebagai anak tolong renew kan card baru untuk Ibu kita sendiri?

Urusan pembaharuan Kad Debit hanya boleh dibuat oleh pemegang akaun sahaja di mana mana kaunter cawangan Bank Muamalat yang berdekatan.