Cara Buat Temujanji Ar Rahnu Bank Rakyat Cawangan

Bank Rakyat mempunyai produk popular yang dikenali Ar Rahnu. Ar-Rahnu adalah satu Skim Pajak Gadai Islam yang berlandaskan shariah.

Pada masa ini ramai orang yang menggunakan pinjaman Ar Rahnu, sebab pinjaman Ar Rahnu boleh dibayar secara ansuran sama ada mingguan atau bulanan. Asalkan bayaran dilunaskan sehingga tempoh penebusan.

Bagi Anda pelanggan Bank Rakyat dan ingin membuat urusan perbankan Ar Rahnu, kami nasihatkan Anda untuk membaca habis artikel ini. Di bawah ini kami kongsikan cara buat temujanji Ar Rahnu Bank Rakyat.

Temujanji Ar Rahnu Bank Rakyat
Temujanji Ar Rahnu Bank Rakyat

Temujanji Ar Rahnu Bank Rakyat

Berikut kami kongsikan langkah cara buat appointment Ar Rahnu secara online:

  1. Buka laman website https://appointment.bankrakyat.com.my
  2. Klik New Appoinment.
  3. Pilih State, contoh Johor. Cara Buat Temujanji Ar Rahnu Bank Rakyat
  4. Pilih service Ar-Rahnu. Klik Next.
  5. Pilih Branch atau cawangan yang ingin Anda kunjungi.
  6. Masukkan maklumat peribadi Anda.
  7. Semak semula semua butiran temujanji yang telah Anda buat.
  8. Selesai.

Setelah Anda membuat permohonan appointment Ar Rahnu Bank Rakyat, Anda mesti hadir sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa janji temu yang ditetapkan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat ditalian 1-300-80-5454.

Semak Temujanji Ar Rahnu Bank Rakyat

Anda boleh semak temujanji Bank Rakyat yang telah Anda buat secara online dengan cara:

  1. Buka laman website https://appointment.bankrakyat.com.my
  2. Pilih Check/Reschedule Appointment.
  3. Masukkan Booking Reference Number.
  4. Sekiranya Anda ingin menukar tarikh appointment, Anda boleh tukar melalui laman tersebut.
  5. Selesai.

Soalan Lazim

Di bawah ini adalah beberapa pertanyaan mengenai Ar Rahnu.

1. Urusan Ar Rahnu nak tebus semula perlu buat appointment ke?

Ya betul. Janji temu masih diperlukan.

2. Apa guna book appointment kalau sampai Arrahnu masih perlu ambil nombor giliran dan tunggu lebih satu jam?

Sila layari pautan https://enquiries.bankrakyat.com.my dan lengkapkan maklumat yang diperlukan untuk tindakan selanjutnya.

Mohon sertakan maklumat janji temu dan butiran lanjut ketika hadir ke cawangan di pautan yang diberikan untuk pihak Bank Rakyat majukan ke cawangan yang berkenaan.

3. Kalau nak buat urusan penggantian kad baru, perlu buat appointment atau boleh walk in je?

Janji temu masih diperlukan. Sila buat janji temu terlebih dahulu.