Temujanji Affin Bank Online Cara Buat Appointment

Sekiranya Anda ingin berurusan di cawangan Affin Bank, kami nasihatkan Anda untuk buat appointment terlebih dahulu. Appointment atau temujanji merupakan salah satu kemudahan yang diberikan oleh Affin Bank untuk mempercepat urusan perbankan di cawangan, kelebihan dari temujanji Affin Bank ini adalah Anda tidak perlu beratur.

Cukup tunjuk bukti booking appointment atau nombor rujukan kepada pegawai bank, selepas itu Anda boleh terus selesaikan urusan Anda di bank.

Bagi Anda yang ingin tahu macam mana cara buat temujanji Affin Bank online, berikut kami kongsikan langkah-langkahnya.

Temujanji Affin Bank
Temujanji Affin Bank

Apa Itu Temujanji Affin Bank

Temujanji Affin Bank menawarkan perkhidmatan online appointment (temujanji online) yang dikenali sebagai AffinQBooking.

AffinQBooking ialah saluran yang menawarkan platform untuk Anda menempah janji temu secara online. Perkhidmatan temujanji Affin Bank membolehkan Anda memilih cawangan terdekat, memilih masa dan tarikh pilihan mengikut keselesaan Anda.

Untuk ketenangan fikiran Anda semasa berurus niaga di cawangan Affin Bank, Affin Bank ingin memberi jaminan bahawa semua kakitangan Affin Bank yang bertugas telah divaksin sepenuhnya dan diuji setiap dua (2) minggu untuk memastikan mereka kekal bebas COVID.

Sebagai sebahagian daripada Standard Operating Procedures (SOP) Affin Bank, setiap cawangan Affin Bank sentiasa dibersihkan untuk keselamatan dan kesejahteraan pelanggan dan kakitangan Affin Bank.

Perkhidmatan

Temujanji Affin Bank boleh dibuat bagi urusan:

1. Pembukaan Akaun

Akaun Simpanan, Akaun Semasa, Simpanan Tetap, Peti Simpanan, Akaun Simpanan-i, Akaun Semasa-i, Deposit Bertempoh-i

2. Pertanyaan Produk

Pengurusan Kekayaan, Kad Kredit, Pinjaman Peribadi/Pembiayaan Peribadi, Pinjaman ASB/Pembiayaan Bertempoh Tawarruq, Bancassurance/Bancatakaful

3. Transaksi Perbankan

Deposit & Pengeluaran, Kiriman Wang, Bayaran Pinjaman/Kad Kredit ASNB

Syarat Kunjungi Cawangan Affin Bank

Anda mesti mematuhi SOP Covid-19 Bank semasa melakukan kunjungan seperti berikut:

  • Anda mestilah mengimbas Kod QR MySejahtera dengan status berisiko rendah dan dalam keadaan sihat.
  • Memakai topeng muka/mask sepanjang masa di dalam cawangan.
  • Mengekalkan social distancing sekurang-kurangnya satu (1) meter.
  • Anda mesti mmempunyai alamat e-mel aktif sebelum buat Appointment.
  • Sekiranya Anda mempunyai suhu melebihi 37.5 darjah Celsius dan/atau mempunyai sebarang gejala Covid-19, Anda dilarang memasuki cawangan Affin Bank.

Cara Buat Appointment Affin Bank

Sila ikuti langkah di bawah untuk buat temujanji Affin Bank di cawangan pilihan Anda:

  1. Lawati laman web www.affinalways.com/affinqbooking
  2. Pilih NegeriDaerahCawangan Pilihan Cara Buat Appointment Affin Bank
  3. Pilih Tarikh dan Masa (tertakluk kepada ketersediaan)
  4. Masukkan Nama Anda, Nombor Telefon dan Alamat E-mel
  5. Tandakan pada kotak untuk menerima Terma dan Syarat.
  6. Klik Next untuk melengkapkan tempahan janji temu Anda.
  7. Anda akan menerima Pengesahan Tempahan melalui E-mel.

Cara Batalkan Temujanji Affin Bank

Jika Anda mendapat halangan dan tak boleh datang ke cawangan pada hari dan waktu yang telah ditetapkan, Anda boleh cancel temujanji Affin Bank dengan cara berikut:

Anda boleh menjadualkan semula atau membatalkan selepas Anda melengkapkan tempahan janji temu Anda.

Anda juga boleh Mengurus Tempahan melalui e-mel pengesahan tempahan yang dihantar ke alamat e-mel Anda.

Soalan Lazim

Senarai soalan lazim berkaitan dengan appointment Affin Bank.

1. Bagaimana jika tarikh/masa temujanji yang saya pilih tidak tersedia?

Sila pilih tarikh atau masa alternatif. Anda masih boleh masuk ke cawangan untuk melakukan transaksi perbankan Anda.

2. Selepas saya buat temujanji, bilakah saya akan menerima resit atau bukti booking saya?

Anda akan serta-merta menerima pengesahan e-mel di alamat e-mel yang telah Anda masukkan semasa buat temujanji Anda.

3. Adakah saya akan menerima peringatan untuk janji temu yang saya buat?

Ya, Anda akan menerima peringatan e-mel yang dihantar ke alamat e-mel Anda, satu (1) hari sebelum tarikh temujanji Anda.

4. Apakah yang perlu saya lakukan apabila saya berada di cawangan untuk temu janji saya?

Apabila Anda telah sampai ke cawangan Affin Bank, sila tunjukkan e-mel pengesahan tempahan temu janji Anda kepada pegawau bank yang bertugas.

Anda akan dibimbing kepada Pegawai Khidmat Pelanggan untuk ditangani.

5. Saya lewat datang ke cawangan apakah yang berlaku dengan temujanji saya?

Sekiranya Anda lewat datang, Anda masih boleh masuk dan beratur di cawangan untuk melakukan transaksi perbankan Anda. Anda akan dilayan pada slot yang tersedia seterusnya.

Sebagai alternatif, Anda boleh menjadualkan semula janji temu Anda ke tarikh dan masa lain atau menjadualkan tempahan janji temu baharu dengan AffinQBooking.

6. Adakah pelanggan dibenarkan walk-in di cawangan?

Ya, pelanggan masih boleh masuk ke mana-mana Cawangan Affin tanpa temujanji.

7. Saya ingin buat Affin Bank online banking (AffinAlways), perlu buat temujanji ke?

Sekiranya Anda ingin daftar Affin Bank online, tidak perlu buat temujanji.

Untuk bantuan lanjut mengenai AffinQBooking, sila hubungi Pusat Perhubungan AFFINBANK Affin Bank di 03-8230 2222.