Syarat Pinjaman Peribadi Maybank Cara Mohon Online

Maybank merupakan salah satu bank terbesar di Malaysia. Nampaknya hampir semua orang mempunyai akaun simpanan di bank ini. Selain itu, ramai syarikat di Malaysia juga mempunyai akaun Maybank bagi memudahkan proses transaksi.

Maybank juga mempunyai produk pinjaman untuk tujuan peribadi atau perniagaan. Sekiranya Anda berhasrat untuk memohon pinjaman peribadi di Maybank, lebih baik Anda mengetahui terlebih dahulu apakah syarat pinjaman peribadi Maybank.

Pada kesempatan kali ini kami akan kongsikan step cara buat pinjaman peribadi Maybank agar mudah diluluskan segera.

Syarat Pinjaman Peribadi Maybank
Syarat Pinjaman Peribadi Maybank

Syarat Pinjaman Peribadi Maybank

Setiap usahawan boleh dikatakan mempunyai hutang yang digunakan untuk menyokong operasi komersial atau mungkin untuk pengembangan perniagaan.

Bukan sahaja ahli perniagaan, rakyat biasa juga mengambil kesempatan daripada pinjaman dari bank ini. Sama ada ianya diperuntukkan untuk pinjaman rumah, kenderaan, ubah suai rumah, pembiayaan pendidikan, dan lain-lain.

Siapa layak memohon? Rakyat Malaysia berusia antara 21-60 tahun, berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,500 ke atas.

1. Syarat Kelayakan Umum

Syarat untuk memohon pinjaman peribadi di Maybank tidaklah sukar, cuma beberapa keperluan standard sahaja yang perlu disediakan oleh pelanggan.

Sebelum memohon pinjaman, fahami dahulu apakah produk pinjaman yang disediakan oleh Maybank supaya Anda tidak tersalah pilih jenis pinjaman.

Berikut adalah syarat kelayakan umum yang mesti pelanggan penuhi.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur dari 21 hingga 60 tahun.
  • Berpendapatan minimum RM3,500 sebulan, atau RM42,000 setahun.
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Institusi Kewangan di Malaysia (Bank/Koperasi/AEON).
  • Tidak mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas/Special Attention Account (SAA).
  • Bukan di bawah selaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

2. Dokumen Yang Diperlukan

Setelah Anda mengetahui syarat kelayakan umum, Anda mesti ketahui juga apa sahaja dokumen yang mesti sedia ada.

Kelayakan Dokumen Pinjaman Peribadi Maybank

Dokumen untuk Kakitangan Kerajaan atau Swasta atau GLC

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKAD) depan dan belakang.
  2. Salinan 3 bulan slip gaji.
  3. Salinan 6 bulan penyata bank kemasukan gaji (gaji dikreditkan oleh syarikat ke akaun tersebut).
  4. Borang BE terkini dengan resit bayaran cukai.

Dokumen untuk Bekerja Sendiri

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKAD) depan dan belakang.
  2. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat.
  3. Salinan 6 bulan penyata bank syarikat.
  4. Borang BE atau e-Form BE dengan resit bayaran cukai.

Kelebihan Pinjaman Peribadi Maybank

Berikut adalah kelebihan pinjaman peribadi Maybank yang mesti Anda ketahui.

  • Permohonan senang dan mudah melalui aplikasi MAE.
  • Kelulusan pantas, bagi pelanggan yang gaji bulanannya dikreditkan secara terus ke akaun Maybank.
  • Bayaran bulanan serendah RM102.78
  • Pelan Insurans bagi Pengurangan Tempoh atau Perlindungan Peribadi sehingga RM100,000 secara pilihan.
  • Tiada bayaran duti setem.
  • Tiada bayaran pemprosesan.
  • Tiada penjamin atau cagaran diperlukan.

Dapatkan wang tunai tambahan yang anda perlukan, ketika Anda amat memerlukannya.

Jumlah Pinjaman Tempoh Pinjaman
Minimum: RM5,000 Minimum:2 tahun
Maksimum: RM100,000 Maksimum: 6 tahun

Bayar ansuran bulanan tetap sepanjang tempoh pembayaran.

Kadar Faedah Tetap Jumlah Pinjaman
8% setahun RM5,000 hingga RM20,000
7% setahun RM20,001 hingga RM50,000
6.5% setahun RM50,001 hingga RM100,000

Nota: Kadar keuntungan efektif mungkin akan berbeza dari 11.53% hingga 14.68% setahun, berdasarkan jumlah dan tempoh pembiayaan.

Caj Bayaran Lewat

Sekiranya tiada pembayaran dibuat setelah tiba tarikhnya, caj bayaran lewat 1% setahun akan dikenakan ke atas jumlah tertunggak yang dikira dari tarikh bayaran tertunggak sehingga tarikh penyelesaian.

Caj Penyelesaian Awal

Jika penyelesaian awal dilakukan pada separuh tempoh pertama pinjaman, caj penyelesaian awal sebanyak RM200 atau 3% daripada jumlah baki pinjaman (yang mana lebih tinggi) akan dikenakan.

Cara Mohon Pinjaman Peribadi Maybank

Bagi memudahkan pelanggan, Maybank menyediakan satu kemudahan bagi Anda yang ingin memohon pinjaman peribadi Maybank.

Kini memohon pinjaman peribadi Maybank boleh terus melalui aplikasi MAE atau melalui laman website Maybank2u sehingga Anda tidak perlu lagi mengunjungi cawangan bank.

Cukup gunakan aplikasi MAE di telefon bimbit dan mohon pinjaman peribadi segera. Sekiranya Anda belum lagi mempunyai aplikasi MAE, kami nasihatkan Anda untuk baca artikel cara daftar akaun MAE Maybank.

Untuk mohon pinjaman di aplikasi MAE Maybank2u:

  1. Buka dan lancarkan aplikasi MAE Maybank2u.
  2. Klik Apply. Pilih Loans, pilih Jenis Pinjaman.
  3. Masukkan jumlah pendapatan bulanan Anda.
  4. Pilih setuju untuk pemeriksaan kesihatan kredit. Klik Proceed.
  5. Masukkan Butiran Pembiayaan Anda. Klik Save dan Next.
  6. Ikuti langkah seterusnya.
  7. Selesai.

Langkah mohon pinjaman peribadi Maybank melalui Maybank2u:

  1. Sila log masuk ke akaun Anda di laman web Maybank2u.
  2. Buka pautan Pinjaman Peribadi Maybank
  3. Klik Next.
  4. Masukkan NRIC dan Pendapatan Bulanan Anda.
  5. Pilih jenis pinjaman, seterusnya isikan borang tersebut sehingga selesai.
  6. Setelah Anda selesai mengisi borang tersebut, Anda akan dihubungi oleh pihak Maybank.

Selain mohon pinjaman secara online, Anda juga boleh mohon pinjaman peribadi di cawangan Maybank yang berdekatan. Biasanya Maybank akan memproses permohonan Anda dan akan memberi jawapan dalam tempoh 48 jam jika semua dokumen yang Anda berikan sudah lengkap.

Sekiranya permohonan pinjaman peribadi Anda diluluskan, Anda akan dapatkan duit dalam akaunakaun Maybank Anda, simpanan (savings account) atau semasa (current account).