Syarat Pinjaman Peribadi Bank Islam Cepat Diluluskan

Bank Islam menyediakan pelbagai jenis pinjaman mengikut keperluan pelanggan. Oleh itu, pelanggan mesti mengetahui syarat pinjaman peribadi Bank Islam terkini agar proses permohonan pinjaman mudah diluluskan.

Satu jenis pinjaman yang ditawarkan oleh Bank Islam ialah pinjaman peribadi (personal loan). Melalui pinjaman ini, pelanggan dapat memenuhi pelbagai keperluan.

Dibawah ini adalah senarai syarat pinjaman peribadi Bank Islam yang perlu Anda ketahui.

Syarat Pinjaman Peribadi Bank Islam
Syarat Pinjaman Peribadi Bank Islam

Apa Itu Personal Loan Bank Islam?

Personal loan Bank Islam adalah pinjaman peribadi yang boleh digunakan untuk pelbagai keperluan pelanggan. Sistem pembayaran juga boleh dibayar secara ansuran bulanan dengan tempoh yang disesuaikan dengan kehendak pelanggan.

Pinjaman Peribadi menyediakan had pinjaman sehingga RM200,000. Pelanggan boleh menggunakan pinjaman ini untuk modal perniagaan, gadai janji, pinjaman motosikal, membeli keperluan asas, kos pendidikan, kesihatan, dan pelbagai keperluan lain.

Untuk dapatkan pinjaman peribaid Bank Islam mudah dan cepat. Biasanya permohonan pinjaman akan diproses dalam tempoh 1-21 hari bekerja.

Syarat Pinjaman Peribadi Bank Islam

Sebelum memohon pinjaman peribadi, ada baiknya Anda memahami terma dan syarat dan jadual pinjaman peribadi Bank Islam terlebih dahulu.

Personal Financing For Professional Program

  • Pemohon mestilah berumur 25 tahun ke atas dan tidak melebihi umur persaraan pada akhir tempoh pembayaran.
  • Warganegara Malaysia.
  • Bekerja sebagai profesional dalam Doktor Perubatan, Doktor Gigi, Akauntan, Jurutera, Pensyarah, Arkitek, Pegawai Keselamatan, Ahli Farmasi, Veterinar, Pakar Optometris atau Pakar Optik, Juruukur Bahan dan Aktuari.
  • Gaji pokok minimum RM4,000 untuk Bukan Pakej.
  • Gaji pokok minimum RM5,000 untuk Jurutera & Akauntan.

Dokumen Diperlukan

  • Kad Pengenalan / IC.
  • Slip gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata Bank (gaji) 3 bulan terkini.
  • Surat Pengesahan Majikan (ECL).
  • Penyata Akaun KWSP.

Personal Financing-i Non Package

JADUAL ANSURAN BULANAN PEMBIAYAAN PERIBADI-i BUKAN PAKEJ

Kelayakan

  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan tidak melebihi umur persaraan pada akhir tempoh pembayaran.
  • Warganegara Malaysia.
  • Mendapat pendapatan tetap minimum RM4,000 sebulan.
  • Pemohon mestilah pekerja berterusan dalam mana-mana yang berikut Syarikat Tersenarai Awam.

Dokumen Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan.
  • Slip gaji 3 bulan terkini.
  • Surat pengesahan majikan terkini.
  • Borang cukai pendapatan terkini (Borang B atau Borang EA/EC) atau akaun pengkreditan gaji Penyata Bank 3 bulan terkini, atau mana-mana dokumen sokongan terkini seperti penyata KWSP (atau kesemua 3 dokumen ini, jika diperlukan).

Personal Financing-i Package

JADUAL ANSURAN BULANAN PEMBIAYAAN PERIBADI-i BANK ISLAM PAKEJ PROGRAM

Kelayakan

  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan tidak melebihi umur persaraan pada akhir tempoh pembayaran.
  • Warganegara Malaysia.
  • Mendapat pendapatan tetap minimum RM2,000 sebulan.
  • Pemohon mestilah pekerja berterusan dalam mana-mana yang berikut: Sektor Kerajaan, Syarikat Tersenarai Awam Terpilih, Subsidiari Kerajaan atau Syarikat Terpilih Tersenarai Awam,
    atau Syarikat Sendirian Terkemuka Lain yang dikategorikan di bawah syarikat pakej yang disenaraikan oleh Bank Islam

Dokumen Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan.
  • Slip gaji 3 bulan terkini.
  • Surat pengesahan majikan terkini.
  • Akaun pengkreditan gaji Penyata Bank 3 bulan terkini.
  • Borang cukai pendapatan terkini (Borang B atau Borang EA/EC) atau sebarang dokumen sokongan terkini seperti penyata KWSP (atau kedua-duanya jika diperlukan).

Pinjaman peribadi Bank Islam ini hanya ditawarkan kepada kakitangan kerajaan dan swasta, hanya kakitangan syarikat swasta yang terpilih sahaja yang boleh memohon.