Syarat Pinjaman ASB Maybank

Adakah Anda tahu apa itu pinjaman ASB? Pinjaman ASB Fleksi adalah pinjaman berjangkamasa untuk membeli unit ASB dengan pilihan untuk membiayai semula pinjaman melalui skim Flexi Cash.

Produk pinjaman ASB hanya ditawarkan di Maybank kiosk sahaja.

Sekiranya Anda ingin mengetahui syarat pinjaman ASB, berikut adalah maklumat terkini tentang Pinjaman ASB yang boleh menjadi rujukan.

Syarat Pinjaman ASB Maybank
Syarat Pinjaman ASB Maybank

Syarat Pinjaman ASB Maybank

Perkara yang perlu Anda ketahui mengenai ASB Fleksi :

Dokumen Yang Diperlukan

Untuk memohon pinjaman ASB ini, Anda wajib memiliki senarai dokumen dibawah:

  • Salinan muka depan ASB.
  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Borang Permohonan.
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini atau mana-mana bukti pendapatan contoh: penyata akaun bank.

Bayaran dan Yuran

Yuran dan bayaran yang pada masa kini:

  • Surat Tawaran: RM10
  • Arahan Tetap: RM10
  • Sijil ASNB: RM50 per sijil

Jumlah: RM70 (Yuran dan bayaran akan dibayar kepada pihak ASNB dan Lembaga Hasil Dalam Negeri)

Bayaran Yuran Keluar

Sebanyak 3% bayaran yuran keluar akan dikenakan, daripiada jumlah pinjaman yang diselesaikan di dalam tempoh 2 tahun selepas pinjaman bermula.

Pembayaran Semula Pinjaman

Pembayaran bulanan akan dibuat melalui Arahan Tetap daripada salah satu akaun peminjam.

Kadar Faedah

  • Pada masa ini, kadar pinjaman asas bank adalah 6.60%. Tetapi pada bila-bila masa, kaedah tersebut mungkin diubah mengikut budibicara bank Maybank.
  • ASB Fleksi memberikan Kadar Pinjaman Asas -1.65% setahun atas baki bulanan untuk baki bulanan seterusnya sehingga pinjaman selesai bagi jumlah pinjaman RM30,000 ke atas dan KPA – 1.35% (3 tahun pertama) KPA – 1.30% (selepas 3 tahun) bagi jumlah pinjaman dibawah RM30,000.
  • Kadar faedah semasa yang dikenakan kepada sekurangkurangnya KPA (Kadar Pinjaman Asas) + 0% berhak dinaikkan oleh pihak bank sekiranya perbezaan antara KDS (Kadar Dasar Semalaman) BNM (Bank Negara Malaysia) semasa tempoh pinjaman kurang dari 2.0%.
  • KPA + 0% tersebut akan berbalik kepada kadar faedah semasa yang di kenakan sekiranya perbezaan antara KPA Bank dan KDS BNM adalah 2.0% atau lebih.

Tempoh Pinjaman ASB Fleksi

Tempoh pinjaman ini berlaku selama 20 tahun atau maksimum umur 60 tahun, yang mana lebih awal.

Perlindungan Insurans ASB Reducing Term Assurance (ASBRTA)

Peminjam ASB akan mendapat ASBRTA (ASB Reducing Term Assurance )

Sekiranya terdapat perubahan data pada butiran diri peminjam, silakan segera memberitahu pihak Maybank, sehingga maklumat tersebut boleh dikemaskini. Sehingga butiran diri peminjam adalah tepat dan terkini.

Borang Permohonan ASB Maybank Online

Anda boleh mengisi borang permohonan pinjaman ASB Maybank melalui laman Amanah Saham Bumiputera Loan Online Application

Borang Permohonan ASB Maybank Online

Adakah Anda sudah memiliki akaun Maybank online? Sekiranya belum sila baca cara daftar Maybank2u online banking

Itulah maklumat terkini syarat pinjaman ASB Maybank dan sekiranya Anda memerlukan maklumat tambahan, sila hubungi ke Kiosk Maybank terdekat.