Syarat Buka Akaun Bank Islam Online atau Cawangan

Posted on

Bank Islam menawarkan pelbagai jenis akaun simpanan mengikut keperluan. Setiap jenis akaun Bank Islam mempunyai kelebihan dan kekurangan. Selain itu, setiap jenis akaun tersebut mesti sesuai keperluan pelanggan.

Bagi Anda yang ingin membuka akaun Bank Islam, Anda mesti mempertimbangkan terma dan syarat pembukaan akaun Bank Islam.

Berikut kami kongsikan syarat buka akaun Bank Islam terkini.

Syarat Buka Akaun Bank Islam
Syarat Buka Akaun Bank Islam

Syarat Buka Akaun Bank Islam

Pembukaan akaun dalam talian tersedia untuk semua pelanggan individu sedia ada yang mempunyai sebarang akaun (seperti Akaun Pembiayaan, Kad Kredit, Simpanan, Semasa & Pelaburan) dengan Bank Islam.

Hanya pelanggan sedia ada Bank Islam boleh membuka akaun dalam talian. Pada masa ini Bank Islam sedang menaik taraf sistem untuk membolehkan pelanggan baharu membuka akaun secara online.

Apakah akaun yang boleh di buka dalam talian? Berikut adalah akaun yang boleh dibuka secara online serta jumlah minimum yang Anda perlu depositkan berbeza dari satu akaun ke akaun yang lain. Berikut adalah senarai deposit awal yang diperlukan:

Deposit Account

Jenis akaun deposit.

1. Qard Savings Account-i

Syarat buka akaun Qard Saving Account-i:

  • Pembukaan Minimum: RM100.
  • Baki Minimum: RM10.
  • Terbuka kepada semua umur.
  • Akaun  Individu (12 tahun ke atas).
  • Akaun Amanah (untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, mesti dibuka dengan ibu bapa/penjaga yang sah).
  • Akaun Bersama untuk membuka akaun bersama-sama dengan orang lain.

2. Basic Savings Account-i

Syarat buka akaun Basic Savings Account-i:

  • Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap.
  • Pembukaan Minimum: RM20.
  • Baki Minimum: RM20.
  • Terbuka kepada semua umur.
  • Untuk Individu, Bersama dan Amanah (untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun dibuka dengan ibu bapa/penjaga yang sah).

3. Qard Current Account-i

Syarat buka akaun Qard Current Account-i:

  • Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap.
  • Deposit Permulaan Minimum RM500.00 untuk akaun individu dan RM1,000.00 untuk akaun bukan individu.
  • Baki Minimum: Tiada baki minimum.
  • Terbuka kepada semua, berumur 18 tahun ke atas.
  • Jenis Akaun: Akaun Individu, akaun gabungan, akaun perkongsian, akaun kerajaan, akaun persatuan, akaun syarikat persendirian dan akaun syarikat.

4. Basic Current Account-i

Syarat buka akaun Basic Current Account-i:

  • Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap SME.
  • Pembukaan Minimum: RM500.
  • Baki Minimum: Tiada baki minimum.
  • Keperluan Umur: 18 tahun ke atas.
  • Jenis Akaun: Terpakai kepada Individu, Bersama dan SME.

Investment Account

Jenis akaun pelaburan.

1. Al-Awfar Account

Syarat buka akaun Al-Awfar Account.

  • Penempatan Minimum: RM100.
  • Baki Minimum: RM50.
  • Yang boleh membuka akaun: individu / Bukan Individu – Persatuan / Sekolah / Kelab Universiti / Persatuan / Kumpulan Agama

2. iGAIN Account

Syarat buka akaun iGAIN Account.

  • Jumlah Penempatan Minimum: RM1000 (Individu) dan RM2000 (Bukan Individu).
  • Baki Minimum: RM1000 (Individu dan Bersama-Individu) dan RM2000 (Bukan Individu).
  • Syarat Umur: 18 tahun ke atas.
  • Jenis Akaun: Individu, Bersama, Bukan Individu.

Anda boleh membuka akaun dalam talian antara 6:01 pagi hingga 11:30 malam (waktu Malaysia) setiap hari.

Dokumen

Dokumen yang mesti sedia ada:

  • Kad Pengenalan/MyKad/IC/Passport
  • Bil elektrik
  • Slip gaji

Cara Buka Akaun Bank Islam Secara Online

Bagi Anda yang ingin membuka akaun Bank Islam melalui online, Anda boleh baca panduan cara buka akaun Bank Islam online.

Anda boleh menetapkan janji temu dengan mudah melalui online untuk pembukaan akaun dan pembaharuan kad debit-i Bank Islam.

Ingat Anda mempunyai 30 hari untuk mendepositkan wang selepas pembukaan akaun melalui online, jika tidak, akaun Anda akan ditutup secara automatik selepas 30 hari.

Untuk deposit wang, Anda boleh melakukan pindahan akaun sendiri atau pindahan DuitNow daripada bank lain. Anda juga boleh menggunakan mesin CDM untuk mendepositkan wang tunai ke dalam akaun baharu Anda.