Semakan Kelulusan Pinjaman Aeon Credit

Seperti yang kita korang ketahui Aeon Credit merupakan syarikat pembiayaan yang ramai korang gunakan untuk membuat pinjaman.

Walau bagaimanapun tidak semua pinjaman yang masuk ke pihak Aeon Credit dapat dengan mudah diluluskan, ada pelbagai syarat yang mestilah dipenuhi oleh pelanggan.

Berikut adalah syarat pinjaman Aeon Credit, Ciri dan Faedah.Semakan Kelulusan Pinjaman Aeon Credit

Ciri dan Faedah Aeon Credit

  • Kelulusan segera.
  • Amaun pembiayaan tinggi.
  • Kadar menarik.
  • Tempoh bayaran balik sehingga 84 bulan.
  • Dokumen mudah.
  • Mudah percuma.
  • Berdasarkan konsep syariah Tawarruq.

Syarat Pinjaman Aeon Credit

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun hingga 65 tahun.
  • Berpendapatan RM1,500 sebulan (gaji kasar) ke atas atau RM18,000 setahun (gaji kasar) ke atas.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.
  • Tidak disenaraihitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.

Selepas mengajukan pinjaman Aeon Credit pastilah Anda mahu tahu hasil atau status pinjaman Anda adakah diluluskan atau tidak.

Semakan Kelulusan Pinjaman Aeon Credit

Ada pelbagai kaedah yang boleh Anda gunakan untuk mengetahui status pinjaman Aeon Credit diluluskan atau tidak diluluskan, iaitu melalui SMS, Telefon dan Email.

Cara yang paling mudah boleh gunakan perkhidmatan SMS, maklumat yang Anda perlukan akan di dapat secara cepat dan automatik.

Semak Kelulusan Pinjaman Aeon Credit SMS

Taip mesej dengan format : AEON CCSTS (PIN) hantar ke 63633, PIN sesuai I.C/Passport pada masa membuat pendaftaran.

Contoh : AEON CCSTS 7777 hantar ke 63633

*Caj dikenakan sebesar RM0.15 per SMS.

Selain membuat semakan keputusan pinjaman peribadi Aeon Credit, berikut adalah senarai maklumat yang boleh Anda guna pada perkhidmatan SMS.

AEON Credit Card Inquiry

Format SMSMaklumat
AEON CCSTS 1234*Application Status
AEON CCBAL 1234*Outstanding Balance
AEON CCMIN 1234*Minimum Payment Amount
AEON CCAVA 1234*Available Limit
AEON CCACT 5678**1234*Card Activation
  • *1234 = 4 digit terakhir I.C or passport.
  • **5678 = 4 digit terakhir nombor credit card Anda.

AEON-XPRESS Easy Payment/Personal Financing Inquiry

Format SMSMaklumat
AEON STS 1234*Application Status
AEON BAKI 1234*Outstanding Balance
AEON BAYAR 1234*Payment Amount
AEON AKHIR 1234*Final Payment Date

Contoh : Taip mesej dengan format AEON<jarak>STS<jarak>7777 hantar ke 63633

Semak Kelulusan Pinjaman Aeon Credit Telefon

Cara kedua iaitu menghubungi call center Aeon Credit di nombor +603 2719 9999. Pastikan Anda menghubungi customer service Aeon Credit pada hari dan jam kerja sahaja.

Semakan Kelulusan Pinjaman Aeon Credit Email

Sila buat email yang berisi maklumat ID Aeon Credit dan jelaskan tujuan menghantar email, seterusnya hantar email tersebut ke customer.service@aeoncredit.com.my

Contoh email :

To : customer.service@aeoncredit.com.my

Subject : Semakan Kelulusan Pinjaman Aeon Credit – ID

Isi Email : Hello team Aeon Credit, saya bermaksud ingin mengetahui status kelulusan pinjaman Aeon Credit dengan ID XXXXXXXX.

Itulah maklumat terkini bagaimana nak semak kelulusan pinjaman Aeon Credit yang boleh Anda cuba untuk mendapatkan kepastian status pinjaman Anda.