Semakan Baki Pinjaman Bank Rakyat

Bank Rakyat adalah salah satu bank terbaik di Malaysia. Reputasinya baik, kredibilitinya hebat dan pelanggannya sangat banyak.

Bank Rakyat mempunyai banyak produk dan kemudahan untuk pelanggannya, baik yang ingin menyimpan dan meminjam wang.

Meminjam wang di bank Rakyat cukup mudah dan pantas. Di antara banyak perkhidmatan yang ditawarkan, ada yang dikenali sebagai Pinjaman Bank Rakyat.

Produk paling popular untuk rakyat Malaysia yang memerlukan wang untuk modal perniagaan dan keperluan lain.

Pinjaman wang di bank Rakyat mempunyai banyak kelebihan. Pinjaman ini tidak hanya memberikan pinjaman tanpa cagaran, ansuran juga ringan dengan had kredit yang cukup besar.

Bank Rakyat memberikan tempoh pembayaran sehingga 3 tahun.Semakan Baki Pinjaman Bank Rakyat

Semakan Baki Pinjaman Bank Rakyat

Tidak dinafikan Internet telah merevolusikan sektor perbankan sehingga pihak bank Rakyat mencipta perkhidmatan online banking yang diberi nama i-Rakyat.

Perkhidmatan i-Rakyat wajib Anda miliki kerana mudah, pantas dan efisien. i-Rakyat menyediakan pelbagai peringkat dengan ciri yang hebat, mudah digunakan serta kepelbagaian fungsi, i-Rakyat membolehkan Anda melakukan transaksi perbankan dengan mudah, setiap masa dan di mana saja.

Dengan i-Rakyat Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti menghantar wang, semak baki akaun, top up kredit, semakan penyata dan semakan baki pinjaman.

Ramai korang yang bertanya macam mana cara semak baki pinjaman bank Rakyat paling cepat? Jawapannya tentu melalui perkhidmatan i-Rakyat.

Sekiranya Anda belum memiliki akaun internet banking di i-Rakyat, sila daftar akaun bank Rakyat online dahulu.

Selepas mendaftar Anda boleh melakukan semakan baki pinjaman bank Rakyat. Berikut langkah langkah yang perlu Anda buat:

Semak Baki Pinjaman Bank Rakyat Online

  1. Buka laman i-Rakyat.
  2. Masukkan User ID dan Password Anda.
  3. Selepas berjaya login, sila pilih menu Semakan Baki (Akaun simpanan, Akaun semasa, Saham keanggotaan, Kad kredit, Kad debit, Akaun pembiayaan dan Pinjaman pajak gadai.)
  4. Sila pilih semakan baki yang Anda ingin lihat.

Anda boleh membuat semakan secara online dengan menggunakan komputer, laptop, tablet dan handphone. Pastikan peranti tersebut memiliki sambungan internet.