Semak Status Pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia

Modal adalah salah satu faktor utama yang mesti disediakan oleh seseorang jika mereka akan memulakan perniagaan atau bisnes.

Penyediaan modal yang mencukupi dapat membantu Anda menjalankan perniagaan Anda dengan lancar untuk mencapai kejayaan.

Jika Anda tidak menyediakan perancangan modal dengan teliti, perniagaan Anda mungkin dihentikan di tengah-tengah jalan kerana perkara-perkara yang tidak diingini yang biasanya berlaku di dunia bisnes.

Menjalankan perniagaan dengan modal yang minima tidak mudah dilakukan, walaupun terdapat beberapa usahawan yang berjaya yang memulakan perniagaan mereka dengan modal yang minimum atau tidak tanpa modal sama sekali.

Ini bergantung kepada kesediaan usahawan dalam menghadapi segala masalah yang mungkin timbul ketika menjalankan perniagaan.

Banyak cara yang boleh dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan pinjaman modal perniagaan secara tunai, seperti pinjaman perniagaan melalui bank atau institusi kewangan, pinjaman koperasi, pinjaman dari kerajaan dan pinjaman peribadi.

Semak Status Pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia
Semak Status Pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia

Semak Status Pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia

Sekiranya Anda sudah memohon pinjaman wang ke Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk modal usaha, Anda mungkin perlu mengetahui status pinjaman Amanah Ikhtiar Malayasia adakah sudah diluluskan atau tidak diluluskan.

Semak status pinjaman ini berlaku untuk pelbagai produk lain seperti:

Jenis Pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia

  • Skim i-Mesra
  • Skim i-Srikandi
  • Skim i-Wibawa
  • Skim i-Sejahtera
  • Skim i-Bestari
  • Skim i-Penyayang
  • Skim i-Emas

Objektif penubuhan AIM adalah untuk mengurangkan kemiskinann di Malaysia melalui pembiayaan kecil-kecilan atau kredit mikro yang digunakan untuk membiayai kegiatan ekonomi yang boleh menambah pendapatan.

Setelah Anda berjaya diterima menjadi sahabat AIM dan memasuki Mesyuarat Pusat, Anda boleh terus membentangkan cadangan pembiayaan.

AIM menetapkan kelulusan pembiayaan dalam tempoh selama 28 hari daripada tarikh pembiayaan ini dibentang di pusat.

Bagaimana nak semak status pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia?

Cara paling umum digunakan adalah dengan menghubungi terus ke nombor talian khidmat pelanggan 1-300 888 246.

Seterusnya Anda akan diminta maklumat peribadi seperti nombor IC, nama dan jumlah pinjaman untuk pengesahan data.

Tetapi tidak jarang, tanpa Anda hubungi pihak AIM, pihak AIM akan sentiasa menghubungi Anda melalui SMS atau telefon untuk memberitahu status pinjaman Anda diluluskan atau tidak diluluskan jadi tenang je.

Baca juga cara dapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan kecil kecilan dari TEKUN

Bayaran Balik Pinjaman AIM

Sekiranya Anda sudah diluluskan, jangan lupa untuk membuat bayaran balik pembiayaan.

Cara bayaran balik pembiayaan AIM boleh dibuat secara mingguan dan Anda boleh memilih tempoh diantara 25 minggu hingga 250 minggu berdasarkan jenis dan jumlah pembiayaan yang diambil.

Khusus untuk i-Wibawa bayaran balik boleh dibuat secara mingguan, bulanan atau sekaligus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *