Semak Status Bankrap Online

Ramai yang tak tahu bahawa ada pelbagai cara yang bolehkan Anda untuk membuat semakan status bankrap online. Melalui portal-portal ini, Anda boleh ketahui maklumat yang bankrap secara cepat dan pantas.

Sehingga Anda tak perlu kena pergi ke cawangan JIM (Jabatan Insolvensi Malaysia) terdekat hanya untuk sekadar membuat semakan bankrap. Sebelum itu kami akan berkongsi apa itu Bankrap atau Muflis.

Semak Status Bankrap Online
Semak Status Bankrap Online

Apakah Itu Bankrap dan Muflis

Dalam dunia perniagaan, istilah muflis bukan lagi asing. Kebankrapan adalah keadaan dalam syarikat atau individu yang kadangkala membawa kepada kebankrapan.

Syarikat atau individu diisytiharkan muflis, maksudnya apabila penghutang (pemilik hutang) mempunyai dua atau lebih pemiutang (penghutang) yang tidak membayar hutang yang tertunggak dan boleh ditagih (bankruptcy).

Maklumat terbaru yang kami dapatkan iaitu, seorang individu boleh diisytiharkan bankrap atau muflis sekiranya mempunyai hutang sebanyak RM50,000 atau lebih pada masa kini.

Sekiranya individu tersebut telah diisytiharkan bankrap, pihak Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) akan membantu menyelesaikan hutang yang ditanggung oleh individu dengan cara mentadbir, menghasilkan dan menjual semua harta milik individu.

Selepas itu, hasil dari penjualan harta individu tersebut akan diagihkan kepada pemiutang yang mengemukakan bukti hutang sekiranya berlaku status bankrap terhadap individu terbabit.

Kriteria seseorang individu diisytiharkan muflis di Malaysia:

  • Tempoh masa lebih daripada 6 bulan hutang tidak dibayar.
  • Tidak berupaya untuk melangsaikan hutang berjumlah tidak kurang dari RM50,000.
  • Individu tersabut bermastautin di Malaysia sekurang-kurangnya selama setahun.

Jangan terkejut jika Anda diisytiharkan muflis tanpa pengetahuan Anda. Kerana seseorang individu akan diisyitharkan muflis tanpa pengetahuan melalui cara berikut:

  • Dokumen undang-undang dihantar ke alamat lama.
  • Pengisytiharan muflis diserahkan melalui prosedur penyampaian ganti.
  • Individu tersebut tidak hadir ke mahkhamah.
  • Individu tersebut tidak menerima atau tidak membuka dokumen undang-undang yang telah dihantar kepadanya.

Semak Status Bankrap Online di Portal e-Insolvensi

Portal e-Insolvensi Jabatan Insolvensi Malaysia menyediakan perkhidmatan atas talian bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan Keputusan Carian Rasmi (KCR) bagi carian status kebankapan individu dan penggulungan syarikat.

Cara Daftar Portal e-Insolvensi

Bagi Anda yang ingin membuat semakan status bankrap online di Portal e-Insolvensi, Anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Langkah-langkah pendaftaran sangat mudah dan hanya perlu dilakukan sekali sahaja.

  1. Sila klik Daftar Baru
  2. Borang pendaftaran akan dipaparkan, sila isikan atau lengkapkan maklumat tersebut, pastikan maklumat yang Anda masukkan betul. Semak Status Bankrap Online di Portal e-Insolvensi
  3. Selepas itu klik butang Hantar.
  4. Log masuk semua menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah berjaya didaftarkan.

Login Portal e-Insolvensi

Selepas Anda berjaya membuat pendaftaran, langkah seterusnya iaitu log masuk portal.

  1. Buka laman https://e-insolvensi.mdi.gov.my
  2. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan
  3. Klik butang Login

Cara Check Status Bankrap Secara Online

Jika Anda telah berjaya log masuk, langkah seterusnya iaitu membuat semakan status bankrap.

  1. Sila pilih menu Kemaskini Profil untuk mengemaskini maklumat akaun Anda.
  2. Klik Lihat Rekod Pembayaran untuk melihat maklumat lengkap rekod pembayaran lalu.
  3. Anda boleh pilih senarai servis yang ditawarkan untuk memulakan transaksi di Portal e-Insolvensi.
  4. Untuk membuat semakan kebankrapan Individu, Anda boleh klik Carian Status Kebankrapan Individu
  5. Selepas itu, masukkan Nama Individu (Nama perlu Anda isikan oleh pengguna berdasarkan rekod MyKad)
  6. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Baru tanpa (-)
  7. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Lama (jika ada)
  8. Untuk carian menggunakan No Tentera / No Polis / No Passort sila masukkan di ruangan berkenaan. Klik butang Tambah.
  9. Maklumat yang telah dikunci masuk akan dipaparkan di dalam jadual seperti di bawah. Check Status Bankrap Secara Online
  10. Jika Anda ingin mencarai maklumat lebih daru satu individu, sila ulang semula proses 1-4 di atas.
  11. Klik Teruskan selepas selesai mengunci masuk nama carian. Check Status Bankrap Online
  12. Caj yang dikenakan adalah RM10 untuk setiap semakan kebankrapan. Semakan Status Bankrap Online
  13. Makluman: Maklumat carian mesti dicetak dalam sebaik sahaja pembayaran selesai dilakukan. Fungsi ceta akan dipaparkan selama 3 haru dari tarikh pembayaran selesai. Cetak KCR Kebankrapan
  14. Pengguna boleh klik pada Cetak KCR untuk membuat cetakan Status Kebankrapan bagi carian apabila status bayaran berubah menjadi Berjaya.

Semak Status Bankrap Online untuk Syarikat

Jika Anda ingin membuat semakan status bankrap untuk syarikat, Anda boleh ikuti langkah di bawah:

  1. Layari laman https://e-insolvensi.mdi.gov.my
  2. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
  3. Klik butang Login.
  4. Sila pilih pekhidmatan Carian Status Penggulungan Syarikat.
  5. Selepas itu kunci masuk maklumat syarikat bagi carian status Penggulungan syarikat
  6. Kemudian, isikkan Nama Syarikat, No. Pendaftaran Syarikat (Baru) dan No. Pendaftaran Syarikat (Lama) seperti rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Klik butang Tambah.
  7. Maklumat yang telah dikunci masuk akan dipaparkan di dalam jadual
  8. Klik teruskan selepas selesai mengunci masuk nama carian

Semak Status Bankrap Online di MYEG

MYEG merupakan portal online yang menyediakan perkhidmatan semakan status bankrap secara online. Langkah semakan status bankrap online di MYEG adalah sebagai berikut:

  1. Layari laman https://www.myeg.com.my
  2. Klik Register (Create Account) (Anda perlu mendaftar terlebih dahulu jika Anda belum mempunyai akaun profil di MYEG) Semak Status Bankrap Online di MYEG
  3. Sila lengkapkan borang pendaftaran, pastikan maklumat yang Anda masukkan betul.
  4. Setelah selesai membuat pendaftaran, Anda boleh cuba log masuk.

Login MYEG (Semakan Bankrap)

Selepas Anda membuat pendaftaran, langkah seterusnya iaitu login MYEG untuk membuat semakan status bankrap.

  1. Layari laman https://www.myeg.com.my
  2. Masukkan Username dan Password, klik butang Login
  3. Klik pada bahagian Jabatan Insolvensi Malaysia, selepas itu klik pada ruangan bankcruptcy status enquiry untuk menyemak status bankrap secara individu.
  4. Selepas itu Anda akan melihat paparan untuk mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama penuh dan alamat. Klik Proceed.
  5. Caj yang dikenakan adalah RM12.12 untuk setiap semakan kebankrapan.
  6. Selepas itu, Anda akan melihat paparan untuk isikkan nama dan no kad pengenalan, dan klik Proceed apabila semuanya sudah selesai.
  7. Sila selesaikan proses pembayaran untuk dapatkan maklumat keputusan status bankrap Anda.

Itulah langkah cara semakan status bankrap secara online, baca juga adakah bankrap boleh buka akaun bank? Semoga maklumat yang kami kongsikan dapat bermanfaat.