Semak Baki Pinjaman Toyota Capital

Toyota Capital Malaysia Sdn. Bhd. merupakan salah satu anak syarikat Toyota Financial Services Corporation (TFSC).

Toyota Capital menyediakan perkhidmatan pembiayaan kenderaan Toyota Motor Corporation (TMC) di seluruh dunia, dengan kehadiran global meliputi 37 negara.

Semak Baki Pinjaman Toyota Capital

Perkhidmatan Toyota Capital

Berikut adalah senarai perkhidmatan yang disediakan oleh Toyota Capital iaitu:

1. Toyota EZ Beli

Toyota EZ Beli merupakan pelan pembiayaan kenderaan terkini daripada Yoyota Capital. Tempoh pinjaman 9 tahun dibahagikan kepada 3 atau 2 peringkat. Bayaran balik yang rendah tanpa tekanan pada tahun pertama.

2. Toyota Flexi Plan

Kurangkan kadar faedah dan tempoh pinjaman dengan membayar ekstra apabila Anda berkemampuan.

3. Toyota Drive

Pelan pembiayaan Islam inovatif yang pertama seumpamanya di Malaysia bagi memandu Toyota pertama Anda.

4. Al-Ijarah Thumma Al-Bai

Pelan pembiayaan kenderaan Islam yang memberikan keselesaan kepada pemilik Toyota beragama Islam.

5. Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan

Kadar yang menarik dan kompetitif yang ditawarkan kepada pelanggan yang membeli kenderaan Toyota.

6. Full Service Lease

Penyelesaian pembiayaan kenderaan untuk pemilik perniagaan yang menjaga segala-galanya dari A-Z.

Semak Baki Pinjaman Toyota Capital

Jika Anda adalah pelanggan Toyota Capital dan ingin mengetahui maklumat baki pinjaman, kami akan kongsi cara check baki pinjaman Toyota Capital melalui online.

Adakah Anda tahu bahawa Toyota Capital mempunyai aplikasi mudah alih EZ Connect Toyota? Aplikasi ini boleh bantu Anda untuk melakukan pelbagai maklumat terkini, seperti:

  • Dapatkan penyata dalam masa singkat.
  • Pengurusan akaun 24/7.
  • Buat pembayaran dan setiasa kemaskini ansuran.
  • Pengesahan bayaran segera, transaksi bayaran akan dipaparkan pada hari bekerja berikutnya.
  • Semak perincian pinjaman dalam satu skrin.
  • Terima notifikasi.
  • Semak sejarah transaksi.

Anda boleh dapatkan aplikasi EZ Connect Toyota di Google Playstore dan App Store, sila muat aplikasi EZ Connect Toyota secara percuma.

Cara Daftar Aplikasi Ez Connect Toyota

  1. Muat turun aplikasi EZ Connect Toyota
  2. Sila mendaftar.
  3. Masukkan Nama Penuh (seperti dalam Kad Pengenalan)
  4. Masukkan No. Kad Pengenalan/Pasport.
  5. Masukkan No. Telefon bimbit/Handphone (untuk keperluan OTP).
  6. Masukkan No. Pendaftaran Kenderaan.
  7. Masukkan Alamat Email.
  8. Setelah pendaftaran berjaya sila log masuk.

Atau Anda boleh isi borang berikut untuk kemaskini maklumat terkini.

https://www.toyotacapital.com.my/bm/EZconnectapp#section-form

Semakan Baki Pinjaman Toyota Capital

Semakan Baki Pinjaman Toyota Capital

  1. Buka aplikasi Ez Connect Toyota di handphone Anda.
  2. Pilih menu Account Semak Baki Pinjaman Toyota Capital Online
  3. Pilih menu Pinjaman/Loan untuk semak perincian pinjaman.

Sekiranya Anda telah melakukan transaksi perbankan.xyz untuk pembayan ansuran, Anda boleh check status pembayaran secara online melalui aplikasi ini, jadi Anda tahu transaksi pembayaran tersebut telah berjaya atau tidak diluluskan.

Soalan Lazim

1. Saya tak boleh masuk atau mendaftar aplikasi EZ Connect Toyota apa perlu buat?

Jika masalah tersebut berlaku kepada Anda, sila hantar perincian lengkap akaun Anda (Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, Nombor Telefon dan Alamat Emel) ke alamat email ask@toyotacapital.com.my untuk proses pengesahan. Pastikan nama, no kad pengenalan adalah betul.

2. Saya tak menerima OTP dari EZ Connect Toyota, apa perlu buat?

Anda perlu hantar email yang berisi maklumat (Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, Nombor Telefon dan Alamat Emel) ke alamat emel ask@toyotacapital.com.my, untuk proses kemaskini nombor handphone Anda. Pastikan maklumat yang Anda berikan betul.

3. Adakah perlu saya masukkan kod rujukan?

Ketika mendaftar, Anda tidak perlu untuk mengisi bahagian kod rujukan sekiranya anda bukan diperkenalkan oleh rakan yang merupakan pelanggan Toyota Capital bagi pinjaman sewa-beli dengan TCAPM seperti yang telah dinyatakan dalam laman yang sama. Kod rujukan hanya digunakan jika anda menperkenalkan rakan untuk mengambil pembiayaan sewa-beli.

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah lain, sila hubungi pejabat Toyota Capital Service.

WILAYAH TENGAH & PANTAI TIMUR

(Ibu Pejabat)
Petaling Jaya
Level 20, Plaza IBM,
First Avenue, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya,
Selangor
Tel : 6-03-7962 6000
Fax : 6-03-7962 6076

WILAYAH SELATAN

Johor Bahru
Unit 18.02, 18th Floor, Menara Zurich,
15 Jalan Dato Abdullah Tahir,
80300 Johor Bahru,
Johor
Tel : 6-07-335 5578/79
Fax : 6-07-335 5576

WILAYAH UTARA

Pulau Pinang
Level 20, Unit 1B,
Menara Boustead Penang,
39 Jalan Sultan Ahmad Shah,
10050 Georgetown, Pulau Pinang
Tel : 6-04-2268 828
Fax : 6-04-2268 810

WILAYAH SARAWAK

Kuching
Suite G07, Ground Floor, Crown Towers
88, Jalan Pending,
93450 Kuching,
Sarawak
Tel : 6-082-337 777
Fax : 6-082-332 000

WILAYAH SABAH

Kota Kinabalu
Lot No. R-5-01 Block B Level Fifth,
Riverson Suites, Off Coastal Highway
88100 Kota Kinabalu,
Sabah
Tel : 6-088-276 328
Fax : 6-088-276 330

Toyota Captial sentiasa bersedia untuk mendengar maklum balas Anda.