Semak Baki Pinjaman Rumah Public Bank

Dahulu semak baki akaun bank dan check pinjaman rumah kita kena pergi ke bank dan beratur untuk mendapatkan maklumat yang kita inginkan. Tapi kini segalanya lebih mudah dengan kemudahan yang disediakan oleh Public Bank.

Ramai orang yang bertanyakan macam mana cara semak baki pinjaman rumah Public Bank secara online, dan apa perlu buat? Sekiranya Anda merupakan pelanggan Public Bank atau mempunyai ansuran/hutang pinjaman di Public Bank dan ingin mengetahui maklumat baki hutang terkini, Anda boleh ikuti panduan yang kami kongsikan berikut ini.

Semak Baki Pinjaman Rumah Public Bank

Syarat

Anda mesti sediakan 3 benda di bawah ini agar Anda dapat semak baki loan rumah Public Bank secara online.

  1. Nombor akaun loan Anda
  2. Note number loan tersebut
  3. Kad pengenalan

Cara Link Akaun Loan Rumah ke PBe

Selepas Anda sediakan senarai syarat di atas, langkah seterusnya iaitu Anda perlu link akaun loan rumah ke Public Bank online banking/PBe, sila ikuti langkah berikut:

  1. Login PBe atau Public Bank online banking seperti biasa.
  2. Selepas berjaya log masuk, klik Profile Maintenance.
  3. Kemudian klikManage Profile.
  4. Klik Add/Delete Account.
  5. Pilih jenis akaun Hire Purchase Rumah.
  6. Masukkan maklumat seperti no kad pengenalan, number akaun loan dan note nombor.
  7. Request PAC, masukkan kod TAC, selesai.

Setelah ini bolehlah Anda semak berapa baki hutang bank yang tinggal terus dari PBe online banking atau aplikasi PB engage MY.

Semak Baki Pinjaman Public Bank

Ikuti langkah-langkah semak baki pinjaman rumah Public Bank:

  1. Lawati pautan rasmi Public Bank https://www.pbebank.com
  2. Klik Login>PBe.
  3. Masukkan User Id Akaun Anda.
  4. Klik Next.
  5. Sahkan Login Phrase.
  6. Masukkan Password akaun Anda.
  7. Klik Login.
  8. Selepas Anda login, pilih menu Account.
  9. Kemudian, klik Loan&Financing.
  10. Maklumat baki pinjaman akaun Anda akan dipaparkan.
  11. Selesai.

Sekiranya lupa User ID dan kata laluan PBe, boleh baca artikel lupa User ID dan oassword Public Bank PBe

Check Baki Pinjaman Public Bank Guna PB engage

Pastikan Anda sudah pasang/install aplikasi PB engage MY di hanphone Anda, jika belum pasang, sila muat turun aplikasi tersebut di Google Playstore atau App Store.

  1. Selepas Anda pasang aplikasi PB engage di handphone Anda.
  2. Buka aplikasi tersebut, masukkan User ID dan Password Anda.
  3. Sila pilih menu Loan & Financing untuk melihat baki hutang terkini.

FAQ Pinjaman Public Bank

Beberapa soalan lazim berkaitan dengan Pinjaman Public Bank:

1. Macam mana jika saya menyelesaikan sepenuhnya pembiayaan sebelum tempoh matang?

Bank akan menawarkan ibra (rebat) yang lebih rendah bagi keuntungan yang tidak diperoleh. Ibra (rebat) merujuk kepada tindakan seseorang yang melepaskan haknya untuk mengutip pembayaran yang terhutang daripada orang lain.

Bank juga boleh memberi ibra kepada pelanggan  pembiayaan berasakan jualan yang menyelesaikan pembiayaan mereka sebelum tempoh penyelesaian yang dipersetujui seperti yang dinyatakan di dalam perjanjian.

2. Adakah yang mesti saya lakukan jika terdapat perubahan dalam maklumat untuk menghubungi saya?

Penting untuk tuan/puan memaklumkan kepada Bank mengenai apa-apa perubahan dalam maklumat tuan/puan bagi memastikan semua surat-menyurat sampai kepada tuan/puan tepat pada masanya.

3. Bagaimana jika saya gagal memenuhi kewajipan saya?

Kerana gagal untuk membayar ansuran bagi kemudahan mulai tarikh pengeluaran pertama sehingga tarikh kemudahan tersebut matang, kadar ta’widh (ganti rugi) yang dikenakan ialah satu peratus (1%) setahun atas apa apa amaun yang lampau tempoh, atau kadar yang lain yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

Itulah langkah cara semak baki loan rumah Public Bank melalui online. Sekarang Anda tak perlu beratur panjang di bank  hanya untuk sekedar semak baki loan Anda.