Semak Baki Pinjaman Aeon Credit Online

Untuk memulakan perniagaan pasti memerlukan wang. Seorang usahawan yang akan memulakan perniagaan baru mesti berusaha memiliki modal yang mencukupi, dan tahu bagaimana dan di mana untuk mendapatkan modal tersebut.

Aeon Credit adalah salah satu pilihan yang ada dan merupakan salah satu produk syarikat yang dibuat khusus untuk membantu usahawan memulakan perniagaan atau membantu memulakan modal perniagaan.

Selain untuk memulakan pinjaman, Aeon credit juga membantu Anda untuk pembayaran yuran sekolah, kos perubatan dan lain-lain.

Aeon Credit memang sering menjadi tujuan untuk usahawan kerana di situlah mereka boleh mendapatkan bantuan modal dalam bentuk pinjaman atau pembiayaan.

Namun, satu perkara yang harus selalu diingat adalah kenyataan bahawa tidak setiap permohonan pinjaman akan diterima atau diluluskan oleh pihak Aeon Credit.

Aeon Credit memberikan pelbagai syarat kepada pelanggan yang ingin memohon pinjaman.Semak Baki Pinjaman Aeon Credit Online

Ciri dan Faedah

  • Kelulusan segera.
  • Amaun pembiayaan tinggi.
  • Kadar menarik.
  • Tempoh bayaran balik sehingga 84 bulan.
  • Dokumen mudah.
  • Mudah percuma.
  • Berdasarkan konsep syariah Tawarruq.

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman Aeon credit.

Untuk Kerja Sendiri

  • Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  • Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini.
  • Borang BE/E dan resit pembayaran cukai.
  • Salinan pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia – Borang ROC & ROB.

Untuk kerja makan gaji dibayar tunai

  • Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  • Penyata slip gaji 6 bulan terkini.
  • Penyata EPF terkini (minimum 6 bulan potongan).

Untuk kerja makan gaji dibayar ke bank

  • Penyata slip gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata bank 3 bulan terkini.
  • Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  • Penyata EPF terkini (minimum 6 bulan potongan).

Semak Baki Pinjaman Aeon Credit Online

Sekiranya Anda sudah mempunyai pinjaman Aeon credit, Anda boleh membuat semakan baki pinjaman Aeon credit online dan SMS untu mengetahui maklumat baki pinjaman.

Semak Baki Pinjaman AEON SMS

Untuk membuat semakan pinjaman Aeon Credit sila gunakan format SMS dibawah:

AEON Credit Card Inquiry

Format SMSMaklumat
AEON CCSTS 1234*Application Status
AEON CCBAL 1234*Outstanding Balance
AEON CCMIN 1234*Minimum Payment Amount
AEON CCAVA 1234*Available Limit
AEON CCACT 5678**1234*Card Activation
  • *1234 = 4 digit terakhir I.C or passport.
  • **5678 = 4 digit terakhir nombor credit card Anda.

Contoh : Taip mesej dengan format AEON<jarak>CCBAL<jarak>1234 hantar ke 63633

AEON-XPRESS Easy Payment/Personal Financing Inquiry

Format SMSMaklumat
AEON STS 1234*Application Status
AEON BAKI 1234*Outstanding Balance
AEON BAYAR 1234*Payment Amount
AEON AKHIR 1234*Final Payment Date

Contoh : Taip mesej dengan format AEON<jarak>BAKI<jarak>1234 hantar ke 63633

Kadar & Caj

  • Caj Biasa: RM0.15 setiap SMS diterima.
  • Kadar SMS standard akan dikenakan untuk setiap SMS yang gagal diterima.
  • Kadar SMS standard berdasarkan pada penyedia rangkaian

Semak Baki Pinjaman AEON Online

Sekiranya Anda sudah memiliki akaun berdaftar dai Aeon Credit Service, Anda boleh membuat semakan melalui laman rasmi Aeon Credit.

Tetapi jika Anda belum memiliki akaun berdaftar, sila buat pendaftaran terlebih dahulu. Nombor kad pengenalan diperlukan semasa membuat pendaftaran.

Itulah cara semakan baki pinjaman Aeon Credit online yang boleh Anda cuba.