Cara Reset Password Public Bank Online Banking

Anda dinasihatkan untuk menukar password PBe secara berkala untuk menjaga akaun Public Bank Anda agar tetap selamat. Namun, macam mana jika saya tak ingat password PBe saya, apa yang perlu saya buat?

Terlupa password PBe kerap terjadi dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tapi tak perlu risau, sebab untuk menyelesaikan masalah tersebut Anda hanya perlu lakukan beberapa langkah sahaja.

Berikut kami kongsikan panduan detail cara reset password Public Bank online banking dalam 1 minit.

Cara Reset Password Public Bank Online Banking

Syarat Reset Password Public Bank Online

Beberapa syarat yang mesti Anda penuhi sebelum reset password Public Bank online:

  • Mempunyai Kad ATM/Kad Kredit/Debit Public Bank
  • Memiliki akaun Semasa/Simpan
  • Mempunyai akaun Pinjaman/Pembiayaan atau akaun Sewa Beli
  • Mempunyai ID Sementara dan Kata Laluan yang Anda peroleh daripada cawangan

Syarat di atas berlaku kepada Anda yang mendaftar PBe menggunakan ID dan kata laluan sementara. Bagi Anda yang mendaftar menggunakan kad debit/kredit boleh terus ikuti langkah di bawah ini.

Cara Reset Password PBe

Sekiranya Anda terlupa kata laluan atau password PBe, tak perlu risau sebab cara reset password berikut ini sangat mudah.

  1. Buka website https://www.pbebank.com
  2. Klik Login pada bahagian kanan atas.
  3. Klik PBe.
  4. Klik Reset Password/Reactivate User ID.
  5. Klik Reset using your Account Number or ATM/Debit/Credit Card Number.
  6. Kemudian, masukkan User ID akaun Anda.
  7. Product Type, sila pilih jenis Kad Anda.
  8. Masukkan nombor New IC/Old IC/Passport No/Armed Forces No/Business Registration No. Cara Reset Password PBe
  9. Masukkan Security Code.
  10. Klik Next.
  11. New User ID, masukkan User ID baru yang Anda inginkan.  Cara Reset Kata Laluan PBe
  12. New Password, masukkan kata laluan baru yang Anda inginkan.
  13. Confirm New Password, sahkan sekali lagi kata laluan baru Anda.
  14. Isikan Memorable Question dan Memorable Answer.
  15. Masukkan Personal Login Phrase.
  16. Email Address, masukkan alamat email akaun Anda.
  17. Klik Next.
  18. Masukkan Kod PAC.
  19. Klik Next.
  20. Reset Password/Reactive PBe User ID Successful.
  21. Sekarang Anda boleh log masuk ke akaun Public Bank Anda.

Macam mana jika ingin tukar no telefon Public Bank? Anda boleh baca panduan cara tukar no telefon Public Bank online.

Cara Menukar Password Public Bank Online

Jika Anda hanya ingin menukar password PBe, Anda boleh ikuti langkah di bawah:

  1. Buka rasmi Public Bank https://www.pbebank.com
  2. Klik Login > PBe.
  3. Masukkan User ID Anda.
  4. Klik Next.
  5. Klik Yes untuk sahkan Login Phrase Correct.
  6. Masukkan Password Anda.
  7. Klik Login.
  8. Selepas Anda login, klik Profile Maintenance.
  9. Kemudian, klik Manage Profile.
  10. Klik Change Password.
  11. Sila buat Password baru Anda.
  12. Masukkan sekali lagi Password baru untuk mengesahkan.
  13. Selesai.

FAQ Password Public Bank

Berikut ini beberapa soalan lazim berkaitan dengan Password Public Bank:

1. Saya tidak boleh login ke akaun PBe untuk menetapkan semula kata laluan saya walaupun saya sudah memasukkan ID pengguna dan Password yang betul, apa yang patut saya buat?

Jika Anda tidak login lebih daripada 6 bulan, akses PBe Anda akan dinyahaktifkan. Anda dapat hubungi pelanggan Pbe di 03-2179-9999 untuk mengaktifkan semula profil Anda. Sekiranya Anda tidak login lebih daripada 1 tahun, akses PBe Anda akan dibersihkan oleh sistem. Anda dinasihatkan untuk memohon semula akses PBe di mana-mana ATM atau cawangan pemegang akaun Anda.

2. Saya tidak dapat meneruskan ke akaun saya walaupun saya memasukkan ID sementara dengan betul. Apa yang mesti saya buat?

ID sementara Anda hanya sah selama 30 hari. Sila mohon semula untuk ID sementara dan Password baharu di cawangan Public Bank yang berhampiran.

3. Bolehkah saya menukar User ID saya?

Anda hanya dibenarkan menukar User ID Anda semasa login kali pertama Anda.