Cara Renew Insurans Kereta Online Etiqa Motor Takaful

Insurans kereta adalah satu hal yang penting untuk memastikan keselamatan dan keselesaan kita sewaktu berkendara. Namun, proses memperbaharui insurans kereta boleh menjadi pening dan memakan masa.

Oleh itu, pada kesempatan kali ni kami akan berkongsi kepada Anda cara renew insurans kereta Etiqa secara online. Pertama sekali sebelum Anda memperbaharui insurans kereta, Anda mesti mengetahui tarikh tamat tempoh insurans.

Anda boleh mencari maklumat ini dengan meminta bantuan pihak insurans, untuk membantu Anda memastikan bahawa Anda memperbaharui insurans sebelum tarikh tamat tempoh.

Cara Renew Insurans Kereta Online Etiqa
Cara Renew Insurans Kereta Online Etiqa

Cara Renew Insurans Kereta Online Etiqa

Sila ikuti step cara perbaharui insurans kereta Etiqa secara online di bawah ni:

  1. Layari laman web https://www.etiqa.com.my/v2/car-insurance-takaful
  2. Anda akan melihat 2 jenis bahagian iaitu Takaful Kereta dan Insurans Kereta. Sila baca maklumat yang tertera pada kedua-dua bahagian. Lepas tu klik Apply Online pada insurans yang Anda inginkan.
  3. Masukkan Nombor Plat Kenderaan pada ruangan, klik Find My Vehicle. Macam kami, memang guna insurans dari Etiqa jadi dia ada record. Sekiranya Anda belum pernah daftar ataupun renew, Anda boleh klik New Car With No Plate Number.
  4. Jumlah harga insurans dan maklumat kenderaan Anda akan dipaparkan. Renew Insurans Kereta Online Etiqa
  5. Pilih Sum Covered, lepas tu klik Add Bank Account. Renew Insurans Kereta Etiqa Online
  6. Masukkan maklumat akaun bank. Klik Continue.
  7. Sila baca maklumat yang dinyatakan dalam laman Declaration dengan berhati-hati. Lepas tu tAnda bahagian declaration.
  8. Pilih payment method, macam kami guna Maybank2u. Klik Pay Now. Cara Perbaharui Insurans Kereta Online Etiqa
  9. Sila klik Download transaction summary untuk memuat turun semua dokumen insurans Anda yang diperlukan.
  10. Selesai.

Lepas Anda berjaya perbaharu insuran kereta Etiqa, kami nasihatkan Anda untuk semak insurans kereta Etiqa secara online, untuk pastikan kalau insurans Anda dah betul-betul dikemaskini.

Sebelum tamat tempoh, pastikan bahawa Anda memperbaharui maklumat insurans seperti alamat, nombor telefon, dan maklumat kereta. Langkah ni untuk pastikan bahawa Anda mendapat perlindungan yang sepenuhnya sekiranya terjadi kemalangan.

Kelebihan Insurans Kereta Etiqa

Berikut adalah beberapa kelebihan jika Anda memperbaharui insurans dengan Etiqa:

  1. Etiqa menawarkan pelbagai jenis takaful dan insurans untuk memenuhi keperluan Anda, termasuk perlindungan kereta, rumah, dan pelancongan.
  2. Etiqa menawarkan banyak cara untuk membuat pembelian dan memperbaharui insurans, termasuk melalui laman web, aplikasi, dan cawangan. Proses pembelian dan pembaharuan insurans juga mudah dan pantas.
  3. Etiqa menawarkan pelbagai pilihan plan dan tahap perlindungan yang disesuaikan dengan keperluan dan bajet Anda.
  4. Etiqa mempunyai pasukan bantuan dan sokongan pelanggan yang berkualiti tinggi yang sentiasa sedia untuk membantu dan membimbing Anda sepanjang proses pembelian dan pembaharuan insurans.

Dengan memperbaharui insurans dengan Etiqa, Anda boleh memastikan bahawa Anda mendapat perlindungan yang lengkap, mudah, dan berpatutan. Etiqa juga menawarkan bantuan dan sokongan pelanggan yang berkualiti tinggi, sehingga Anda boleh merasa yakin dan selesa dengan proses pembaharuan insurans.

Itulah cara renew insurans kereta Etiqa secara online. Anda boleh memastikan bahawa insurans kereta Anda selalu dalam keadaan yang baik dan memastikan keselamatan dan keselesaan Anda sewaktu berkendara.