Pinjaman RM500 Segera Online Guna IC

Macam mana cara dapatkan pinjaman RM500 segera tanpa dokumen, betul ke ada bank atau syarikat yang beri pinjaman RM500 guna IC duit terus masuk akaun? Memang pening jika terdesak perlukan duit segera untuk keperluan urgent/kecemasan.

Kami faham perasaan Anda, sebab cari duit RM300, RM500 atau RM1000 tu sukar betul. Tapi tak perlu risau, sebab kami akan berkongsi cara mudah dapatkan pinjaman wang segera online tanpa dokumen atau guna IC sahaja.

Mari kami kongsikan beberapa cara yang Anda boleh cuba untuk dapatkan pinjaman duit RM500.

Pinjaman RM500 Segera
Pinjaman RM500 Segera

Cara Buat Pinjaman RM500 Segera Online BigPay

Sekarang ini ramai syarikat yang menawarkan pinjaman wang segera, namun Anda perlu waspada sebab tidak semua syarikat pinjaman tersebut berlesen. Apabila Anda tengah tercari-cari syarikat atau bank yang memberikan pinjaman duit segera, Anda boleh cuba aplikasi BigPay.

Untuk makluman, dahulu BigPay dikenali sebagai Air Asia Berhad. Bigpay merupakan salah satu syarikat di bawah Capital A Berhad Malaysia.

Nak mohon pinjaman BigPay ini juga teramatlah mudah. Walau bagaimanapun, ia bukan boleh dapat sekelip mata kerana kau perlu daftar BigPay secara online terlebih dahulu dan tunggu kad tersebut sampai ke rumah.

Untuk membuat pinjaman BigPay mudah sangat, Anda hanya perlu muat turun aplikasi BigPay di Google Playstore atau App Store selepas itu buat pinjaman (loan). Tapi sebelum mohon pinjaman, tentu sahaja Anda mestilah membuat pendaftaran secara online, selepas itu kad BigPay akan di hantar ke rumah Anda.

Syarat Pinjaman BigPay

Yang perlu Anda ketahui iaitu, Anda tak perlu siapkan dokumen seperti kad pengenalan (IC) untuk Anda upload/muat naik untuk proses pengesahan. Itu sahaja? Ya itu sahaja.

Pinjaman RM500 Segera Online

Untuk membuat pinjaman di aplikasi BigPay, boleh ikuti langkah berikut:

  1. Selepas Anda muat turun aplikasi BigPay dan install di handphone Anda, langkah seterusnya ialah buat pendaftaran online.
  2. Apabila pendaftaran dah berjaya.
  3. Buka aplikasi BigPay.
  4. Klik Payments
  5. Klik Loans
  6. Di bahagian I want to borrow, masukkan 500
  7. Sekiranya tak boleh masukkan 500, masukkan amaun 1000
  8. Di bahagian I want to repay in, pilih samada 6 bulan, 9 bulan atau 12 bulan. Klik Get a quote, akan keluar paparan Loan Offer
  9. Kami beri contoh, apabila Anda memohon RM1000 dan bayaran balik selama 6 bulan, Anda mesti bayar RM173.34 sebulan. Ini adalah dengan interest rate sebanyak 8% setahun.
  10. Klik Apply for this loan
  11. Baca Privacy Policy, Klik Accept
  12. Jawab soalan dan assessment yang diberikan antaranya How will you be using RM1,0000
  13. Sila jawab semua soalan dengan betul dan ikuti arahan sehingga selesai.
  14. Sekiranya permohonan Anda diluluskan, duit akan segera masuk akaun.

Cara Mohon Pinjaman RM500 Segera Online AEON

AEON merupakan salah satu syarikat terbesar dan terbaik di Malaysia. AEON Credit menawarkan pinjaman peribadi untuk keperluan Anda, proses pinjaman yang mudah dan berbaloi menjadi salah satu ciri yang ditawarkan oleh AEON.

Kami menasihatkan Anda untuk membuat pinjaman peribadi AEON, sebab kaedah pinjaman AEON lebih mudah berbanding dengan bank-bank besar seperti Public Bank, Maybank, CIMB, BSN, dan RHB Bank.

Syarat Pinjaman AEON

Berikut adalah syarat utama untuk membuat pinjaman di AEON.

  1. Pemohon merupakan seorang warganegara Malaysia.
  2. Pemohon berusia sekurang-kurangnya 18 tahun dan ke atas.
  3. Pemohon mempunyai pendapatan sebulan sekurang-kurangnya RM800.
  4. Pemohon mempunyai Kad Pengenalan yang sah.
  5. Jumlah pinjaman yang ingin dipohon adalah RM1,000 sehingga RM100,000.

Macam mana jika saya tidak mempunyai slip gaji, boleh ke saya buat pinjaman AEON? Tentu sahaja boleh, pinjaman peribadi AEON boleh Anda pohon, namun untuk proses pinjaman peribadi tanpa slip gaji biasanya mengambil masa kira-kira 3 hari.

Sebelum membuat pinjaman wang segera AEON tanpa slip gaji, pastikan bahawa dokumen yang Anda sertakan lengkap dan rekod peribadi Anda baik sehingga proses permohonan mudah diluluskan.

Sekiranya Anda seorang penganggur, Anda boleh baca pinjaman wang segera untuk penganggur.

Caj Pinjaman

Pastilah Anda ingin tahu berapa caj bayar pinjaman lewat RM500, berikut kami kongsikan:

  • Pembayaran dibuat selepas bulan ke-18 sebelum akhir bulan: RM40.00
  • Bonus tambahan untuk setiap bulan berikutnya jika akaun timbul tunggakan dari bulan sebelumnya: RM23.00

Kami nasihatkan Anda untuk membuat pembayaran (bayaran balik) melalui perbankan internet seperti CIMB Clicks, MyBSN, RHB Bank atau bank lain. Sila buat pembayaran 5 hari sebelum tarikh tamat.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai AEON Credit boleh hubungi

  • +6 03-2719-9999 (Local & Overseas)
  • Emel: customer.service@aeoncredit.com.my

Maklumat lanjut mengenai BigPay boleh hubungi melalui:

  • Emel: support.my@bigpayme.com
  • Facebook: http://www.facebook.com/bigpayme
  • Instagram: http://instagram.com/bigpayme
  • Twitter: https://twitter.com/bigpaymeapp

Untuk makluman, sebetulnya tidak banyak syarikat yang menawarkan pinjaman RM500 Guna IC online. Kebanyakannya pemohon dan pemberi pinjaman perlu bersemuka. Tapi 2 syarikat diatas boleh Anda cuba untuk dapatkan wang segera online.

Itu sahaja perkongsian mengenai pinjaman kecemasan segera online semoga perkongsian diatas dapat membantu Anda.