Pinjaman Perniagaan

Semasa memulakan perniagaan, sudah tentu Anda memerlukan pinjaman modal perniagaan yang jumlahnya tidak sedikit.

Kerana tanpa modal, perniagaan tidak akan berkembang dengan pesat.

Masalah seperti ini sangat biasa berlaku, terutamanya bagi usahawan pemula dengan modal yang hampir tidak mencukupi.

Tetapi untungnya halangan ini dapat diatasi dengan penyelesaian pintar yang dapat Anda pertimbangkan, salah satunya dengan memohon pinjaman perniagaan.

Untuk mendapatkan pinjaman modal perniagaan terbaik, Anda memerlukan kajian atau riset yang panjang. Tujuannya adalah untuk mengelakkan risiko penipuan yang sedang berlaku di masyarakat.

Anda boleh melakukan perbandingan terlebih dahulu dari segi proses mohon hingga jumlah kadar faedah yang ditentukan oleh penyedia pinjaman perniagaan.

Dan jangan lupa untuk memeriksa keberadaan pejabat rasminya, dan mencari ulasan dari orang yang telah menggunakan perkhidmatan penyedia pinjaman perniagaan tersebut.

Sekiranya semua itu telah dilakukan, maka Anda dapat menentukan jenis pinjaman yang ingin Anda gunakan.

Kerana sebenarnya terdapat banyak jenis pinjaman modal perniagaan.

Untuk mempermudah Anda memilih produk pinjaman perniagaan, berikut kami meringkaskan jenisnya bersama dengan senarai pinjaman perniagaan terbaik di Malaysia.Pinjaman Perniagaan

Senarai Pinjaman Perniagaan

Sekiranya pada masa lalu Anda hanya dapat melakukan pinjaman perniagaan di beberapa bank sahaja, sekarang ada lebih banyak pilihan untuk mendapatkan pinjaman perniagaan.

Sebilangan dari mereka bahkan menawarkan proses permohonan yang praktikal dengan kadar faedah rendah dan wang segera. Berikut adalah pelbagai jenis pinjaman perniagaan yang boleh Anda ambil kesempatan.

Pinjaman Perniagaan TEKUN NASIONAL

Pinjaman Perniagaan TEKUN NASIONALTEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Skim pinjaman TEKUN Nasional

  • Skim Pembiayaan Program TemanNita
  • Skim Pembiayaan TEKUN Niaga
  • Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN
  • Skim Pembiayaan Kontrak-i
  • AR-RAHNU Tekun
  • Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI)
  • Program Khas
  • Kelab Komuniti Usahawan TEKUN (KKUT)
  • Institut Keusahawanan TEKUN Nasional

Pinjaman bermula dari RM10,000 sehingga RM100,000.

PembiayaanYuran Wakalah
> RM 10,000 – RM 20,000RM 150
> RM 20,000 – RM 30,000RM 200
> RM 30,000 – RM 40,000RM 250
> RM 40,000 – RM 50,000RM 300
> RM 50,000 – RM 100,000RM 500

Baca cara mudah dapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan

Pinjaman Perniagaan SUPERB TERAJU

Pinjaman Perniagaan SUPERB TERAJUSkim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif.

SUPERB terbuka kepada individu atau usahawan Bumiputera dan syarikat permulaan (start-up) Bumiputera yang beroperasi kurang dari 3 tahun yang mempunyai idea atau produk yang inovatif dan kreatif serta berpotensi untuk diketengahkan.

Syarat Kelayakan SUPERB

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 21 tahun hingga 40 tahun dan tidak muflis.
  • Permohonan boleh dibuat secara individu atau menerusi syarikat yang ditubuhkan tidak lebih daripada tiga (3) tahun dari tarikh permohonan.
  • Fasa projek:
    – Idea / Prototaip (Nilai geran perniagaan sehingga RM100 ribu); atau
    – Pra Komersial / Komersial (Nilai geran perniagaan sehingga RM500 ribu)

Maklumat detail sila lawati portal rasmi SUPERB TERAJU

Pinjaman Perniagaan Amanah Ikhtiar Malaysia

Pinjaman Perniagaan Amanah Ikhtiar MalaysiaAmanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan Amanah Persendirian yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258).

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyediakan pinjaman perniagaan sehingga RM30,000.

Jenis Pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia

  • Skim i-Mesra
  • Skim i-Srikandi
  • Skim i-Wibawa
  • Skim i-Sejahtera
  • Skim i-Bestari
  • Skim i-Penyayang
  • Skim i-Emas

Syarat Kelayakan AIM

  • Warganegara Malaysia yang mempunyai kad pengenalan (MyKad) yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,855 (RM838 per kapita).
  • Pemastautin (kawasan kediaman) sekurang-kurangnya 1 tahun.

Sekiranya Anda sudah berdaftar dan ingin mengetahu status pinjaman AIM, sila buat semak status pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia secara online.

Maklumat detail sila lawati portal rasmi Amanah Ikhtiar Malaysia.

Pinjaman Perniagaan MARA

Pinjaman Perniagaan MARAKewajipan MARA ialah sebagai Majlis bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.

Majlis Amanah Rakyat atau MARA menyediakan skim pembiayaan perniagaan sehingga RM5 juta.

VISI

Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa.

MISI

Menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera.

Syarat Kelayakan MARA

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 18 tahun ke atas.
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi.
  • Usahawan perlu melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan.
  • Berdaftar dengan PKK, CIDB dan Kementerian Kewangan (yang berkaitan).

Skim Pinjaman MARA

  • Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Kepada OKU
  • Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan IPMa (SEMAi)
  • Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)
  • Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
  • MARA Entrepreneur Guarantee Scheme (MEGS)
  • Skim Pembiayaan Usahawan Global MARA – EXIM (GEMS)
  • Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM)

Maklumat detail sila lawati portal rasmi MARA.

Pinjaman Perniagaan TERAJU Dana Teras

Pinjaman Perniagaan TERAJU Dana TerasPembiayaan di bawah Dana Teras adalah untuk modal kerja dan pembelian aset. Dana ini disediakan secara kolaborasi antara TERAJU dan institusi kewangan dan diuruskan sepenuhnya oleh SME Bank, RHB Islamic, MIDF dan Maybank Islamic.

Visi dan Misi TERAJU adalah sejajar dengan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dari aspek pembangunan sosio ekonomi dan kesejahteraan Bumiputera.

Maklumat detail sila lawati portal rasmi Dana Teras.

SME Corp Malaysia

Pinjaman Perniagaan SME Corp MalaysiaProgram Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. Ia tercetus sewaktu Kongres Usahawan Muda Bumiputera pada 27 – 29 Mac 2014.

Semasa Majlis Penutup Kongres pada 29 Mac 2014, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM10 juta kepada SME Corp. Malaysia bagi melaksanakan Program Tunas Usahawan Bumiputera pada tahun 2014.

Program ini direka khas bagi mempersiapkan belia yang ingin memulakan perniagaan agar mempunyai daya tahan dari segi mental dan fizikal, selain didedahkan dengan lanskap dan cabaran dunia perniagaan yang sebenar.

Itulah senarai syarikat pinjaman perniagaan yang boleh Anda cuba untuk memohon pinjaman perniagaan.