Cara Mohon Pinjaman Maybank Tanpa Slip Gaji Online

Secara amnya, apabila memohon pinjaman di bank atau pinjaman wang online, peminjam dikehendaki memberikan slip gaji sebagai salah satu syarat. Tetapi sekarang, terdapat banyak pilihan pinjaman wang tanpa slip gaji dan syarat yang diperlukan lebih mudah.

Bukan sahaja slip gaji, cagaran juga sering dijadikan syarat utama untuk memohon pinjaman di bank. Slip gaji boleh dijadikan rujukan kepada pemberi pinjaman dalam menentukan had kredit dan tempoh pembayaran. Slip gaji juga boleh memberi jaminan kepada pemberi pinjaman bahawa peminjam boleh membayar balik pinjaman. Jadi orang yang ada slip gaji sudah tentu lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman.

Anda mungkin mempunyai mempunyai pertanyaan, boleh ke mohon pinjaman Maybank tanpa slip gaji? Di bawah ini kami kongsikan maklumat lengkap mengenai pinjaman peribadi Maybank tanpa slip gaji.

Pinjaman Maybank Tanpa Slip Gaji
Pinjaman Maybank Tanpa Slip Gaji

Pinjaman Maybank Tanpa Slip Gaji

Pertama sekali, Anda perlu mengetahui apa sahaja syarat pinjaman peribadi Maybank.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Anda mestilah warganegara Malaysia berumur 21-60 tahun.
  • Pendapatan minima RM42,000 setahun.

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan ini:

1. Bekerja Sendiri

  • NRIC Malaysia yang sah.
  • Borang BE dengan Resit Cukai rasmi.
  • Penyata Bank 6 Bulan Terkini.
  • Salinan Pendaftaran Perniagaan.

2. Pekerja

  • NRIC Malaysia yang sah.
  • Slip Gaji Terkini atau Borang EA atau Penyata KWSP (EPF Statement).

Boleh Anda lihat dalam senarai dokumen yang diperlukan diatas, slip gaji sentiasa diperlukan untuk mohon pinjaman Maybank. Tapi untuk yang bekerja sendiri tiada diperlukan slip gaji, yang diperlukan adalah penyata bank.

Tidak Semua Orang Yang Bekerja Mempunyai Slip Gaji

Di Malaysia ramai orang yang mempunyai pendapatan, tetapi tidak mempunyai slip gaji. Contohnya orang yang bekerja sebagai freelancer atau pekerja harian, yang tidak terikat dengan syarikat.

Sudah tentu, lebih sukar untuk mohon pinjaman peribadi Maybank kerana mereka tidak mempunyai slip gaji.

Tetapi, jangan risau! Kerana berita baiknya, kini terdapat banyak syarikat pemberi pinjaman yang menyediakan perkhidmatan pinjaman online yang tidak memerlukan slip gaji.

Sila baca artikel pinjaman peribadi untuk swasta gaji rendah, dalam artikel tersebut Anda boleh mohon pinjaman walaupun pendapatan Anda RM1000 sebulan.

Adakah pinjaman tanpa slip gaji ini selamat? Sudah tentu ia selamat dan sah di sisi undang-undang terutama jika syarikat tersebut berlesen dan berdaftar dengan KPKT, jadi ia boleh melindungi kedua-dua peminjam dan pemberi pinjaman.