Cara Dapatkan Penyata Bank Muamalat Statement Bank

Posted on

Bagaimana cara dapatkan penyata Bank Muamalat? Sekiranya Anda merupakan pelanggan Bank Muamalat dan perlukan penyata bank atau statement bank untuk suatu keperluan, Anda boleh ikuti langkah-langkah yang kami kongsikan dalam artikel ini.

Penyata bank adalah rekod transaksi kewangan untuk akaun bank Anda yang memaparkan aliran keluar masuk duit ke dalam akaun Anda. Transaksi seperti bayar bil, belanja, bayar pinjaman, pengeluan dan sebarang transaksi yang berkaitan dengan akaun Anda akan direkodkan secara detail.

Kebiasaannya, penyata kewangan ini diperlukan apabila Anda hendak membuat pinjaman atau beli rumah dan sebagainya.

Cara Dapatkan Penyata Bank Muamalat
Cara Dapatkan Penyata Bank Muamalat

Cara Dapatkan Penyata Bank Muamalat

Ada beberapa cara yang boleh Anda gunakan untuk mendapatkan statement Bank Rakyat pada akaun Anda.

  1. i-Muamalat
  2. ATM
  3. Cawangan

Cara Semak Duit Keluar Masuk Bank Muamalat

Bagi Anda yang ingin check sejarah transaksi duit keluar masuk Bank Muamalat secara online berikut langkah-langkahnya.

Pastikan Anda telah mempunyai akaun internet banking Bank Muamalat, jika belum mempunyai sila daftar Bank Muamalat online terlebih dahulu.

  1. Log masuk i-Muamalat Anda
  2. Klik My Accounts > Accounts Summary
  3. Klik pada bahagian Nombor Account (Account Number) / Current Account
  4. Sistem akan keluarkan detail akaun Anda
  5. Klik Transaction History
  6. Pada bahagian View Transaction For, Anda perlu pilih tempo transaksi yang mahu Anda lihat
  7. Klik Submit
  8. Sejarah Transaksi yang Anda pilih akan dipaparkan
  9. Klik Print untuk cetak sejarah transaksi

Print Penyata Bank di ATM

Jika ada mesin ATM Bank Muamalat yang berhampiran dengan Anda, Anda bisa dapatkan penyata kewangan terus melalui perkhidmatan yang disediakan di mesin ATM tersebut.

Penyata bank di mesin ATM ini dikenali sebagai penyata mini. Berikut langkah-langkahnya.

  1. Masukkan kad ATM Bank Muamalat
  2. Masukkan No PIN
  3. Tekan Lain-lain Urusniaga / Others
  4. Tekan Khidmata Penyata/ Statement Bank
  5. Tekan Penyata Mini
  6. Tekan Cetak

Apabila Anda inginkan penyata kewangan yang lebih lengkap, Anda boleh mengikut cara lain yang dinyatakan di bawah ini.

Cara Dapat Statement Bank Muamalat di Cawangan

Untuk makluman, permohonan bagi mendapatkan penyata akaun yang melebihi 90 hari perlu dilakukan di kaunter cawangan.

Justeru, Anda boleh terus berkunjung ke mana-mana kaunter cawangan Bank Muamalat yang berhampiran untuk bantuan selanjutnya.

Caj sebanyak RM1.00 bagi setiap muka surat akan dikenakan bagi permohonan penyata tersebut.

  1. Kunjungi cawangan Bank Muamalat terdekat
  2. Bawa kad pengenalan dan kad ATM Anda
  3. Ambil nombor giliran, sekiranya nombor giliran dah dipanggil
  4. Beritahu pegawai bank bahawa Anda ingin print penyata bank
  5. Tunggu 5 minit, penyata bank dah siap

Di sepanjang tempoh PKP cawangan Bank Rakyat beroperasi dari 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari (Isnin – Khamis) dan 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari (Jumaat).