Cara Dapatkan Penyata Bank Maybank

Terdapat beberapa cara untuk melihat penyata akaun Maybank tanpa perlu pergi ke bank untuk mencetak buku simpanan yang boleh Anda lakukan, iaitu melalui Mobile Banking Maybank dan Internet Banking (Maybank2u).

Pemeriksaan sejarah urus niaga akaun Maybank mungkin diperlukan apabila Anda ingin tahu apa sahaja transaksi yang telah dibuat sama ada pengeluaran tunai di ATM, pembayaran menggunakan kad debit dan transfer wang dengan mudah dan cepat.

Tetapi ada yang perlu Anda ketahui iaitu, tidak semua sejarah transaksi akaun Maybank dapat memaparkan data secara penuh, contohnya jika Anda menggunakan Mobile Banking Maybank, ia hanya boleh digunakan untuk melihat sejarah akaun selama 7 hari sahaja.Cara Dapatkan Penyata Bank Maybank

Cara Dapatkan Penyata Bank Maybank

Berikut adalah senarai cara untuk mengetahui history transaksi atau sejarah transaksi akaun Maybank yang boleh Anda pilih dan boleh dilakukan sama ada dari telefon Android atau komputer tanpa harus pergi ke bank.

Cara Print E-Statement Maybank Online

Sebelum Anda boleh dapatkan penyata akau Mayabank, Anda harus memiliki akaun yang berdaftar terlebih dahulu. Sila baca panduan cara daftar maybank2u online banking.

Sekiranya Anda sudah memiliki akaun berdaftar, lanjutkan langkah-langkah dibawah:

  1. Masuk ke Maybank2u.
  2. Pilih menu e-Bills & Statements
  3. Bergantung pada e-statement yang Anda cari, pilih Statement untuk Akaun Simpanan/Semasa/Akaun Pelaburan, Bills & Cards untuk Kad Kredit atau Loans untuk akaun Pinjaman/Pembiayaan Peribadi, Sewa Pembelian & Lain-lain Pinjaman/Pembiayaan
  4. Pilih akaun/kad pilihan Anda dengan mengklik View

Kelebihan semak akaun Maybank dalam talian melalui Maybank2u ialah Anda dapat melihat transaksi masuk dan keluar yang lengkap termasuk dapat melihat siapa yang transfer ke akaun Maybank Anda.

Anda hanya dapat melihat nama penghantar akaun, tarikh dan amaun, sementara nombor akaun penghantar wang itu tidak dapat diketahui.

Cara Langgan Penyata Maybank Online

  1. Log masuk Maybank2u
  2. Pilih e-Bills & Statements
  3. Pilih Statements
  4. Pilih alamat email yang ingin digunakan untuk tujuan penerimaan penyata
  5. Masukkan kata laluan

Cara Dapatkan E-Statement Maybank Mobile Banking

Sila muat turun dahulu aplikasi mobile banking Maybank di Google Playstore atau App Store.

  1. Sila buka aplikasi Maybank2u di handphone Anda.
  2. Masukkan username dan password.
  3. Pilih menu Statement untuk melihat penyata akaun Maybank Anda.
  4. Klik menu View untuk melihat secara detail.

Itulah 2 cara dapatkan penyata bank Maybank online menggunakan internet banking dan mobile banking.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *