Penyata Bank Hong Leong

Hong Leong Bank (HLB) menyediakan penyata bank kertas dan elektronik (e-Penyata) yang boleh Anda dapatkan secara percuma. e-Penyata adalah versi elektronik penyata akaun dalam bentuk file PDF.

Hong Leong menawarkan pilihan untuk pelanggan yang ingin dapatkan penyata bank secara online iaitu melalui HLB Connect dan dihantar ke email.

Bagi Anda yang ingin dapatkan penyata bank Hong Leong atau bank statement HLB boleh ikuti panduan yang kami kongsikan berikut ini.

Penyata Bank Hong Leong
Penyata Bank Hong Leong

Jenis Akaun Hong Leong

e-Penyata tersedia bagi Anda yang mempunyai atau melanggan jenis produk di berikut:

  • Kad Kredit
  • Kad Debit/Kad Debit-i
  • Akaun Simpanan/ Akaun Simpanan-i
  • Pembiayaan Hartanah/ Pembiayaan Hartanah-i
  • Pinjaman Kereta/ Pembiayaan Kereta-i
  • Pinjaman Peribadi/ Pembiayaan Peribadi-i
  • Akaun Semasa/ Akaun Semasa-i (individu sahaja)
  • Akaun Semasa Mata Wang Asing/ Akaun Semasa Mata Wang Asing-i (individu sahaja)

Keperluan

Keperluan perisian atau perkakasan di bawah diperlukan untuk melihat e-Penyata dalam talian:

  1. Laptop atau handphone atau komputer dengan akses internet
  2. Browser atau pelayar internet seperti Google Chorme, Edge, Mozilla Firefox, Opera atau Safari
  3. Adobe Acrobat Reader

Cara Dapatkan Penyata Bank Hong Leong

Sebelum boleh dapatkan penyata bank melalui HLB Connect, Anda perlulah mempunyai akaun profil HLB Connect.

HLB Connect

Bagi Anda yang telah mempunyai akaun profile HLB Connect boleh ikuti panduan di bawah:

  1. Log masuk https://www.hongleongconnect.my
  2. Pilih menu Statement/Invoice
  3. Klik Online Statement
  4. Lihat pada akaun yang anda gunakan untuk kegunaan harian sama ada Savings atau Current Account.
  5. Pilih Download Statement untuk muat turun penyata bank terbaru Download Penyata Bank Hong Leong
  6. Apabila Anda ingin tukar tempoh penyata bank, Anda boleh tekan pada anak panah kecil lalu pilih View History  Penyata Bank HLB
  7. Selepas itu, Anda akan dibawa ke laman penyata dengan tempoh waktu yang Anda mahukan, sila klik Download untuk muat turun penyata.

Macam mana jika saya tidak mempunyai akaun HLB Connect, apa perlu buat? Sekiranya Anda tidak mempunyai akaun HLB Connect, Anda boleh mendaftar terlebih dahulu.

Langkah cara daftar Hong Leong Connect:

  1. Buka laman https://www.hongleongconnect.my
  2. Klik Register Here
  3. Pilih Produk yang ingin Anda gunakan untuk mendaftar
  4. Ikuti langkah pendaftaran sehingga selesai.

Sekiranya Anda pening, Anda boleh hubungi pusat hubungan Hong Leong di 03-7626 8899 atau kunjungi mana-mana cawangan Hong Leong Bank/Hong Leong Islamic Bank bagi tujuan mendaftar HLB Connect dan dapatkan Statement Bank Hong Leong.

e-Penyata boleh didapati untuk dilihat dan dimuat turun di HLB Connect:

Jenis AkaunKekerapan Penyatae-Penyata boleh didapati untuk dilihat
Akaun Semasa/ Akaun Semasa-i (individu sahaja)Bulanan24 bulan terkini +1 bulan (bulan semasa)
Akaun Semasa Mata Wang Asing/ Akaun Semasa Mata Wang Asing-i (individu sahaja)Bulanan24 bulan terkini +1 bulan (bulan semasa)
Akaun Simpanan/ Akaun Simpanan-iBulanan24 bulan terkini +1 bulan (bulan semasa)
Kad KreditBulanan24 bulan terkini
Pembiayaan Hartanah/ Pembiayaan Hartanah-i (bil berperingkat)Bulanan24 bulan terkini +1 bulan (bulan semasa)
Pembiayaan Hartanah/ Pembiayaan Hartanah-i (dibayar sepenuhnya)Separuh tahunan6 rekod terkini
Pinjaman Kereta/ Pembiayaan Kereta-iSetiap tahun3 rekod terkini
Pinjaman Peribadi/ Pembiayaan Peribadi-iSetiap tahun3 rekod terkini

Email

Bagi Anda yang ingin dapatkan penyata bank melalui email (melanggan), Anda boleh ikuti cara berikut:

  1. Log masuk HLB Connect
  2. Klik Statement/Invoice
  3. Pilih Email Subscription
  4. Pilih Statement Subscription
  5. Sila check atau beri tanda email subscription

Anda akan menerima e-Penyata pertama Anda pada tarikh penyata berikutnya apabila mendaftar untuk HLB Connect atau mendaftar untuk langganan e-mel.

Apabila Anda ingin berhenti melanggan penghantaran penyata bank ke alamat email Anda, Anda boleh ikuti langkah berikut:

  1. Log masuk HLB Connect
  2. Klik Statement/Invoice
  3. Pilih Email Subscription
  4. Pilih Statement Subscription
  5. Uncheck email subscription

Untuk makluman, penyata kertas akan terus tersedia untuk pelanggan yang tidak muat turun atau melanggan untuk e-penyata dan perkhidmatan e-Penyata diberikan kepada Anda tanpa caj atau percuma.

Salinan bercetak atau penyata salinan bercetak akan terus tersedia untuk pelanggan yang tidak muat turun atau melanggan untuk e-penyata.

Untuk membuka atau melihat penyata bank elektronik PDF, Anda memerlukan kata laluan. Kata laluan tersebut mengikut ke ke tarikh lahir Anda contoh 15AUG2000 format yang digunakan adalah DDMMMYYYY.