Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank

Bank Negara Malaysia (BNM) menyampaikan penangguhan bayaran balik pinjaman bank yang secara khusus diberikan kepada peminjam perniagaan dan individu yang terjejas oleh penyebaran virus corona atau covid-19. Penangguhan bayaran balik pinjaman bank bermula dari menunda pembayaran ansuran kredit/pinjaman hingga 6 bulan.

Penangguhan bayaran balik pinjaman bank atau lebih dikenali sebagai moratorium yang boleh membantu Anda meringankan beban bayaran balik akibat PKP yang diumumkan kerajaan Malaysia.

Penangguhan ini tidak dilaksanakan secara automatik, Anda sebagai peminjam perlu memohon penangguhan bayaran balik pinjaman bank secara manual.

Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank

Terdapat sekitar 20 bank yang memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman selama 6 bulan. Berikut adalah senarai bank yang menawarkan penangguhan pinjaman balik:

NomborNama BankNo Telefon
1.CIMB / CIMB Islamic03-62047788
2.Maybank / Maybank Islamic1-300-88-6688
3.Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic03-76268899
4.Affin Bank / Affin Islamic03-82302222
5.AmBank03-21788888
6.Bank Islam03-26900900
7.Standard Chartered Saadiq1-300-88-8888
8.Alliance Bank03-55169988
9.Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB)03-26113888
10.SME Bank03-26037700
11.AIBIM03-20268002
12.Bank Simpanan Nasional (BSN)1300-88-1900
13.Agro Bank1-300-88-2476
14.Bank Muamalat1-300-88-8787
15.Bank Rakyat1-300-80-5454
16.HSBC Amanah1-300-88-2626
17.Public Bank1-800-22-5555
18.OCBC Al Amin Bank Berhad03-83149310
19.MBSB Bank03-20963000
20.RHB Bank / RHB Islamic03-9206 8118

Dokumen Untuk Mohon Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank

Berikut adalah senarai dokumen yang Anda perlukan untuk membuat permohonan penangguhan bayaran balik bank.

Untuk Pemilik PerniagaanUntuk Individu
Penyata bank sebelum dan selepas Covid-19Surat tunjuk sebab majikan (tiada bayaran/pengurangan OT/gaji dilucutkan)
Jualan bulanan sebelum dan selepas Covid-19Slip gaji yang menunjuk pengurangan sebelum dan selepas Covid-19
Pesanan atau tempahan yang dibatalkanPenyata bank sebelum dan selepas Covid-19

Untuk dapatkan penyata bank, sila rujuk artikel berikut contoh cara dapatkan penyata bank Rakyat secara online.

Cara Mohon Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank

  1. Pergi ke bank tempat Anda membuat pinjaman atau hubungi pihak bank yang terlibat.
  2. Bagitau pegawai bank bahawa Anda ingin buat penangguhan bayaran pinjaman.
  3. Pihak bank akan berikan jadual dan terma pembayaran balik yang baru.
  4. Jika Anda bersetuju dengan jadual dan terma tersebut, Anda boleh menyatakan persetujuan.
  5. Sekiranya Anda tidak bersetuju, langkah lain yang boleh diambil iaitu menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) atau memohon bantuan Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil.

Ramai rakyat Malaysia yang hilang punca pendapatan kerana terjejas oleh virus covid-19, semoga virus covid-19 cepat hilang sehingga kewangan Anda membaik semula.