Nombor Pinjaman PTPTN

Terlupa no pinjaman PTPTN sering dialami oleh banyak orang. Sudah tentu ada banyak sebab mengapa seseorang melupakan nombor pinjaman PTPTN, mungkin dalam jangka masa yang panjang tidak membuka akaun PTPTN secara dalam talian, dan tidak mengingat nombor itu lagi.

Sekiranya ini berlaku kepada Anda, pihak PTPTN telah menjangkakannya melalui 4 pilihan yang berbeza untuk mendapatkan nombor pinjaman Anda dengan segera.

Tenang, jangan panik, nombor akaun pinjaman PTPTN Anda pasti akan berjumpa kembali sekiranya Anda mengikuti langkah-langkah di bawah:Nombor Pinjaman PTPTN

Cara Semak Nombor Pinjaman PTPTN

Sekiranya Anda sudah mempunyai akaun PTPTN online, boleh guna cara dibawah ini:

  1. Pergi ke laman web PTPTN.
  2. Sila masuk menggunakan akaun PTPTN Anda.
  3. Pilih menu Penyata Baki.Penyata Baki PTPTN
  4. Klik menu Pendaftaran untuk Direct Debit.
  5. Klik Permohonan Baru.Permohonan Baru PTPTN
  6. Klik Mohon.Cara Dapatkan No Pinjaman PTPTN
  7. Maklumat Pinjaman akan terlihat beserta No Pinjaman.

Cara Dapatkan No Pinjaman PTPTN

Cara ini boleh Anda cuba sekiranya dahulu Anda mendaftar PTPTN secara manual dan Anda masih menggunakan email yang sama semasa buat akaun PTPTN dahulu.

  1. Sila buka laman PTPTN.
  2. Pilih Terlupa Kata Laluan.Terlupa No Pinjaman PTPTN
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan.
  4. Tick I’m not a robot, Teruskan.Lupa Nombor Akaun Pinjaman PTPTN
  5. Sila buka email yang berdaftar di perkhidmatan PTPTN (Email Anda yang dahulu didaftarkan semasa buat akaun PTPTN).
  6. Sila buat kata laluan baru, lepas tu login.
  7. Klik menu Penyata Baki.Penyata Baki PTPTN
  8. Klik menu Pendaftaran untuk Direct Debit.Lupa No Akaun Pinjaman PTPTN
  9. Klik Permohonan Baru.Permohonan Baru PTPTN
  10. Kemudian akan keluar nama dan IC Anda. Klik MohonCara Dapatkan No Pinjaman PTPTN
  11. Maklumat no baki pinjaman PTPTN Anda akan terlihat, sila salin dan simpan nombor.

Careline PTPTN

Tugas careline PTPTN untuk membantu pelanggan menyelesaikan pelbagai masalah. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk mendapatkan nombor PTPTN.

  1. Hubungi careline PTPTN di nombor 0321933000.
  2. Anda akan diarahkan kepada perunding careline PTPTN.
  3. Maklumkan kepada perunding careline, Anda ingin mempunyai nombor PIN atau nombor pinjaman Anda.
  4. Perunding careline akan menanyakan beberapa soalan untuk pengesahan.
  5. Setelah disahkan, perunding careline akan memberi Anda nombor pin atau nombor pinjaman.

Whatsapp PTPTN

Whatsapp PTPTNAnda dapat menghubungi pihak PTPTN melalui aplikasi whatsapp. Whatsapp PTPTN

Sila pilih negeri di Malaysia, seperti Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan lain-lain.

Seterusnya sila klik pautan whatsapp tersebut, secara automatik Anda akan terhubung kepada nombor tersebut.

Itulah langkah-langkah cara dapatkan nombor pinjaman PTPTN yang boleh Anda cuba, semoga berjaya.