No TAC CIMB Kena Block

Sebagai salah satu bank terbaik di Malaysia, CIMB tentunya sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pelanggannya. Salah satu perkhidmatan ini termasuk menyediakan perkhidmatan online yang dipanggil Internet Banking CIMB Clicks.

Dengan CIMB Clicks, pelanggan akan lebih mudah melakukan pelbagai transaksi. Sebagai contoh, buat transaksi untuk semak baki, check penyata, pembayaran, pemindahan atau transfer wang dan banyak lagi.

Untuk menggunakan perkhidmatan CIMB Clicks, pelanggan memerlukan kod keselamatan TAC semasa berurus niaga. Namun, penggunaan TAC kadangkala mengalami beberapa masalah, dan antara perkara yang sering berlaku ialah TAC CIMB disekat atau no TAC CIMB kena block (User TAC status is blocked).

No TAC CIMB Kena Block

No TAC CIMB Kena Block

Mempunyai fungsi utama untuk memaksimumkan keselamatan semasa membuat transaksi kewangan melalui perkhidmatan CIMB Clicks. Sudah tentu, jika nombor TAC disekat, maka pelanggan CIMB akan sedikit terganggu dengan aktiviti transaksi.

Secara automatik transaksi pembayaran yang pelanggan buat akan ditangguhkan/dihentikan sehingga no TAC berjaya aktif atau diuruskan semula.

Nombor TAC CIMB Kena Block

Sebab No TAC Kena Block

Kenapa CIMB blocked TAC? Berdasarkan portal CIMB: Anda boleh meminta TAC baru melalui SMS/Messenger (sehingga 5 kali) untuk meneruskan transaksi Anda. Atas sebab keselamatan, TAC Anda akan dinyahaktifkan selepas 5 percubaan.

Apa perlu dilakukan jika nombor TAC CIMB kena sekat atau kena block. Cara pantas nak aktifkan balik TAC ini ada satu sahaja. Pelanggan mesti kena call nombor CIMB +603 6204 7788 (local dan overseas).

Langkah Cara Unlock No TAC CIMB

Sebelum hubungi pihak bank CIMB, pastikan baki kredit di telefon bimbit Anda tersedia, selepas itu ikuti langkah di bawah:

  1. Call +603 6204 7788
  2. Pilih Operator
  3. Ikuti arahan yang diberikan pegawai bank, pegawai bank akan tanya nama penuh, no kad pengenalan dan duit masuk dan duit keluar dalam akaun yang terbaru.
  4. Kenapa pegawai tanya maklumat tersebut? Untuk proses pengesahan bahawa Anda betul pemilik akaun tersebut.
  5. Selepas itu pegawai bank akan aktifkan semula TAC No akaun CIMB yang telah disekat sebelum ini.

Baca juga panduan cara tukar no telefon CIMB.

Selepas itu, boleh lah sudah membuat transaksi online seperti biasa. Itulah langkah cara aktifkan TAC CIMB Clicks disekat, semoga perkongsian diatas dapat bermanfaat.