Minimum Balance CIMB Agar Akaun Sentiasa Aktif

Satu perkara yang penting untuk diketahui oleh Anda sebelum membuka akaun bank ialah minimum balance CIMB. Baki minima akaun simpanan CIMB berbeza-beza, bergantung pada jenis simpanan yang Anda pilih.

Daripada banyak jenis akaun CIMB, Anda boleh memilih jenis simpanan mengikut keperluan Anda, sama ada Anda akan menggunakannya untuk transaksi harian dengan jumlah yang kecil atau membuat transaksi perniagaan dengan jumlah yang lebih besar.

Berapa baki minimum CIMB dalam akaun simpanan? Di bawah ini kami kongsikan maklumat lengkap mengenai baki minimum setiap produk di CIMB Bank.

Minimum Balance CIMB
Minimum Balance CIMB

Minimum Balance CIMB

Untuk makluman Anda perlu mengekalkan baki minima sebanyak RM20 pada setiap masa di dalam akaun Anda. Sila rujuk pada Available Balance sebelum melakukan sebarang transaksi.

Jadi CIMB minimum balance ini berlaku untuk semua jenis akaun CIMB:

  • Akaun Simpanan-i OctoSavers
  • Akaun Simpanan PETRONAS
  • Akaun Simpanan EcoSave-i
  • Akaun AirAsia Savers
  • Akaun Simpanan-i Plus
  • Akaun Junior Savers
  • Akaun Junior Savers-i
  • Akaun YOUth Savers
  • Akaun YOUth Savers-i
  • Akaun Simpanan Senior
  • Akaun Simpanan Senior-i
  • Akaun Simpanan
  • Akaun Simpanan Asas
  • Akaun Simpanan Asas-i
  • Akaun Simpanan Asas Senior
  • Akaun Simpanan Asas Senior-i
  • Akaun Simpanan-i Preferred

Sekiranya Anda nak buka akaun CIMB, sila baca artikel cara buka akaun CIMB online.

Soalan Lazim

Di bawah ini adalah beberapa soalan mengenai baki CIMB Bank.

1. Saya punya balance RM20. Lepas tu tengok dekat online banking tinggal RM6, boleh saya tahu kenapa dan RM14 kemana?

Jika Anda ingin menyemak dengan lebih lanjut mengenai perkara ini, Anda perlu disahkan oleh Pusat Panggilan CIMB. Oleh itu, pihak CIMB sarankan Anda untuk hubungi Pusat Panggilan CIMB di +603 6204 7788 (7 pagi – 11.30 malam) untuk pengesahan dan menyemak akaun Anda dengan lebih lanjut.

2. Dalam acc ada RM 400.60 saya nak transfer 400 tapi tak boleh kenapa ye?

Sila maklum bahawa Anda perlu mengekalkan baki minima sebanyak RM20 pada setiap masa di dalam akaun Anda. Sila rujuk pada Available Balance (bukan Current Balance) sebelum melakukan sebarang transaksi. Sila klik pada jenis akaun Anda itu untuk melihat Available Balance Anda.

3. Boleh tak saya nak tukar had baki CIMB saya dari RM20 ke RM10 melalui CIMB Clicks?

Anda tidak dibenarkan menukar had baki minima akaun Anda.

4. Saya punya balance RM21, lepas tu tengok tinggal RM6. RM15 dia tolak tulis ATM/debit card fee. Tolak setahun sekali betul ke?

Ini adalah yuran tahunan sebanyak RM15 dikenakan untuk CIMB Bank/CIMB Islamic Debit MasterCard. Ia akan didebit dari Akaun Semasa/Simpanan anda pada tarikh ulang tahun kad.