Maybank2u Kena Block

Maybank2u kena block? Maybank merupakan salah satu bank terbaik di Malaysia yang mempunyai perkhidmatan yang lengkap untuk pelanggannya. Maybank telah menyediakan perkhidmatan yang memudahkan pelanggannya untuk berurus niaga.

Kemudahan perkhidmatan yang disediakan oleh Maybank ialah Maybank2u. Maybank2u memberikan kemudahan dalam transaksi kerana ia dapat menjimatkan masa.

Dengan Maybank2u pelanggan boleh membuat transaksi di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa tanpa perlu kena pergi ke bank atau ATM.

Maybank2u Kena Block

Sebab Maybank2u Kena Block

Namun, masalah yang sering terjadi daripada Maybank2u ialah perkhidmatan tersebut disekat. Ramai pengguna Maybank2u memasukkan kata laluan yang salah sehingga 3 kali, sehingga Maybank2u disekat secara automatik.

Selain memasukkan kata laluan yang salah, memasukkan Username/User ID yang salah juga akan mengakibatkan akaun Maybank2u Anda disekat secara automatik. Tujuan sistem secara automatik menyekat akaun Maybank2u Anda adalah untuk mengelakkan kecurian atau jenayah.

Cara Unlock Maybank Kena Block

Sekiranya Maybank2u Anda telah disekat, Anda tidak boleh membuat pelbagai transaksi dengan perkhidmatan ini. Agar pengguna boleh menggunakan semula perkhidmatan Maybank2u, Anda boleh cuba selesaikan masalah M2u blocked dengan salah satu cara di bawah ini.

1. Reset Password Maybank2u

Anda boleh dapatkan semula hak akses akaun Maybank2u Anda dengan menggunakan ciri reset password.

  1. Buka website maybank2u.com.my
  2. Klik Reset Password
  3. Masukkan 16 digit no kad debit/kredit ATM Anda.
  4. Masukkan No PIN kad ATM Anda. Tekan Submit.
  5. Klik butang Reset Password.
  6. Masukkan Password Baru.
  7. Klik Request OTP, masukkan nombor OTP dan klik Confirm.
  8. Sila log masuk akaun seperti biasa menggunakan password baru.

Nota: Pastikan no telefon Anda ada didaftarkan untuk online banking, sebab password dan nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon Anda.

2. Customer Service

Sila hubungi Customer Service Maybank2 untuk selesaikan maybank2u kena block. Sila hubungi Maybank pada talian berikut:

  • Customer Care Hotline : 1-300 88 6688 (Malaysia)
  • +603-7844 3696 (Luar Negara)

Sila maklumkan masalah Anda kepada pegawai bank, selepasi itu pegawai bank akan minta butiran berikut:

  • No IC
  • No telefon
  • Alamat semasa buat akaun
  • No kad Maybank.

Selepas Anda berikan maklumat tersebut, akaun Maybak2u Anda boleh digunakan semula.

Baca juga panduan cara aktifkan semula Maybank2u yang sudah lama tak log masuk.

3. Langkah Elak Maybank2u Blocked

Untuk mengelakkan perkara seperti di masa yang akan datang, kami nasihatkan Anda untuk ingat atau catatkan butiran maklumat:

  • Username
  • Password
  • Gambar keselamatan
  • Frasa keselamatan
  • Nombor kad atm
  • Nombor PIN kad atm
  • Nombor telefon

Selepas Anda catatkan maklumat tersebut, jangan didedahkan kepada orang lain kerana dikhuatiri akaun Maybank Anda akan disalahgunakan.

Cara Aktifkan Semula Akaun Maybank2u

Berikut langkah cara aktikan semula akaun Maybank2u jika akaun Maybank2u Anda disekat atau kena block. Pertama sekali, Anda perlu telefon careline Maybank di talian 1-300 88 6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).

Selepas itu, Anda bagitahu masalah yang Anda hadapi secara terperinci kepada pegawai bank. Untuk aktifkan semula akaun Maybank2u Anda, Anda perlu berikan beberapa malumat seperti

  • Nama penuh
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Nombor telefon
  • Alamat semasa membuka akaun
  • Nombor akaun
  • Nombor kad ATM Maybank (16 digit)

Langkah ini perlu dilakukan bagi mengesahkan bahawa Anda adalah pemegang akaun yang sah. Selepas itu, pihak bank akan meminta anda untuk log masuk di Maybank2u untuk memastikan akaun anda telah aktif. Jika akaun Anda masih lagi tak aktif, pastikan Anda baca panduan cara daftar Maybank2u bagi pastikan langkah-langkah pendaftaran yang telah Anda buat adalah betul.

Itu sahaja perkongsian mengenai maybank2u kena block, semoga membantu.