Maybank Customer Service Chat Cara Sembang Online

Posted on

Maybank customer service chat boleh diakses oleh pelanggan dan bukan pelanggan Maybank. Cara mengaksesnya boleh dilakukan melalui laman web Maybank2u atau aplikasi Maybank2u.

Perkhidmatan ini tersedia dalam 2 bahasa iaitu Malaysia dan Inggeris. Maybank customer service chat juga melayani pelanggan dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari.

Dengan perkhidmatan ini Anda boleh mengakses pelbagai maklumat tentang Maybank, mengemukakan permintaan atau aduan, dan meminta nasihat.

Maybank Customer Service Chat
Maybank Customer Service Chat

Maybank Customer Service Chat

Anda kini boleh menghantar mesej kepada ejen Khidmat Pelanggan Maybank melalui Sembang Langsung (Live Chat) di Maybank2u dan aplikasi Maybank.

Dapatkan maklumat lanjut tentang transaksi Anda, produk Maybank dan banyak lagi, terus dari akaun Anda.

Cara Akses Live Chat di Maybank2u

Untuk dapat menggunakan perkhidmatan live chat di Maybank2u, Anda mesti mempunyai akaun Maybank2u. Sekiranya Anda sudah punya akaun Maybank2u, Anda boleh ikuti langkah dibawah:

  1. Buka laman https://www.maybank2u.com.my
  2. Log masuk ke akaun Maybank2u Anda.
  3. Klik pada Contact Us untuk memulakan Live Chat.

Jika Anda tidak mempunyai akaun Maybank2u, sila baca cara daftar Maybank2u online banking.

Cara Akses Live Chat di Aplikasi Maybank

Pertama sekali, pastikan Anda dah mempunyai aplikasi Maybak2u. Apabila Anda belum mempunyai app Maybank, sila muat turun app di Google Playstore atau App Store.

  1. Log masuk ke aplikasi Maybank Anda.
  2. Tap pada menu laci (drawer) dan pilih Need Help.
  3. Tap pada ikon Live Chat untuk memulakan sembang.

Live Chat Maybank Facebook

Hanya ada satu Facebook rasmi milik Maybank iaitu di pautan https://www.facebook.com/Maybank dengan tanda biru (@Maybank) menandakan akaun tersebut adalah rasmi.

Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan Maybank di Facebook melalui DM (direct message) atau mesej peribadi.

Cara Buat Aduan Penipuan

Jika Anda ingin membuat aduan kepada Maybank, contohnya seperti mengalami penipuan, Anda boleh mengikut prosedur berikut.

Hubungi +603 5891 4744
Data pelanggan akan disahkan
Aduan akan diselesaikan dengan segera

Sekiranya aduan tidak dapat diselesaikan oleh Maybank, pelanggan akan diberikan nombor aduan untuk aduan selanjutnya di kemudian hari dan akan disusuli mengikut SLA bagi kategori aduan pelanggan.