Maybank Credit Card Application Status Check Online

Terdapat beberapa cara untuk mengetahui permohonan kad kredit Maybank diluluskan atau tidak. Biasanya pihak bank memaklumkan status permohonan kad kredit melalui SMS.

Bagaimana jika bank tidak menghantar SMS selepas sekian lama? Kami nasihatkan Anda untuk bertanya terus melalui pusat panggilan Maybank. Kemungkinan besar, jika tiada pemberitahuan selepas sebulan, ini bermakna permohonan kad kredit Anda telah ditolak atau tidak diluluskan.

Maybank Credit Card Application Status
Maybank Credit Card Application Status

Semak Status Permohonan Kad Kredit Maybank

Untuk mengetahui status permohonan kad kredit, Maybank akan menghantar pemberitahuan SMS selewat-lewatnya 10 hari bekerja daripada waktu apply permohonan. Maybank hanya akan menghantar SMS sekiranya permohonan kad kredit Anda diluluskan.

Bank tidak akan memberitahu apa-apa jika kad kredit tidak diluluskan. Seperti sebab penolakan, kecuali atas sebab sukar dihubungi dan kekurangan dokumen.

Sekiranya sehingga 10 hari bekerja, Anda tidak menerima SMS pengesahan. Sila hubungi pusat panggilan Maybank untuk bertanya tentang status permohonan kad kredit Anda.

Jika Anda tidak membuat sebarang kemas kini selepas 10 hari bekerja, Anda boleh menghubungi Maybank melalui saluran ini:

  • Talian Perkhidmatan Pelanggan: 1-300 88 6688 atau +60378443696 (Luar Negara)
  • E-mel: mbbcardservices@maybank.com.my
  • Facebook Maybank: https://www.facebook.com/Maybank
  • Twitter Maybank: https://twitter.com/MyMaybank
  • Sembang Langsung Maybank: https://www.maybank2u.com.my

Cara Mohon Kad Kredit Baru atau Tambahan

Anda boleh memohon kad secara dalam talian melalui laman website atau aplikasi Maybank2u atau membuat permohonan di cawangan Maybank terdekat. Sila baca cara apply credit Maybank online dan walk-in agar mudah diluluskan.

Untuk menambah kad tambahan, Anda boleh memohon melalui kaedah berikut:

Website Maybank2u

  1. Log masuk melalui www.maybank2u.com.my dan klik Kad (Cards).
  2. Klik tiga titik di sebelah kad pilihan Anda.
  3. Klik Add Supp Card.
  4. Isikan borang permohonan dan muat naik sebarang dokumen yang diperlukan.
  5. Serahkan permohonan Anda untuk semakan dan Anda akan dimaklumkan tentang status permohonan Anda tidak lama lagi.

Aplikasi Maybank2u MY

  1. Log masuk melalui aplikasi Maybank2u MY Anda.
  2. Klik pada 3 baris (sebelah kiri atas).
  3. Klik Apply Online.
  4. Klik Apply Supplementary Cards dan lengkapkan borang dalam talian.

Cawangan Maybank

  1. Isi Borang Permohonan Kad Tambahan (Card Application Form). Anda boleh dapatkan borang tersebut dari cawangan Maybank terdekat.
  2. Setelah diisi, serahkan di kaunter.
  3. Maybank akan menghubungi Anda semula untuk memaklumkan status kelulusan Anda.

Cara Aktifkan Kad Kredit Maybank

Sekiranya Anda telah menerima notifikasi bahawa permohonan kad kredit Anda telah diuluskan, langkah seterusnya yang perlu Anda lakukan ialah aktifkan kad kredit Maybank.

  1. Anda boleh mengaktifkan kad kredit Anda melalui laman web Maybank2u dengan mengikuti langkah berikut:
  2. Login melalui www.maybank2u.com.my
  3. Klik Settings.
  4. Pilih Manage Credit Cards.
  5. Pilih More Options Menu (tiga titik).
  6. Pilih Activate Card.
  7. Masukkan butiran kad Anda untuk mengesahkannya, kemudian bersetuju menerima Terma & Syarat.
  8. Sila request Secure TAC atau SMS TAC.
  9. Klik Confirm untuk melengkapkan perubahan.

Semoga perkongsian diatas dapat membantu Anda.