Maksud OTP TAC Cara Request Kod Melalui SMS Telefon

Posted on

Kali ni, kami nak berkongsi habis tentang maksud OTP dan TAC ni dan kenapa ia penting dalam menjaga keselamatan akaun dan transaksi Anda.

Dalam dunia teknologi sekarang ni, banyak perkara yang kita kena ambil kira untuk pastikan akaun dan transaksi kita selamat dari ancaman pihak yang tak bertanggungjawab.

Salah satu cara yang popular dan penting adalah melalui penggunaan OTP (One-Time Password) dan TAC (Transaction Authorization Code).

Maksud OTP
Maksud OTP

Maksud OTP

OTP (One-Time Password) Ia merupakan satu jenis kata laluan yang hanya boleh digunakan sekali sahaja untuk satu transaksi atau log masuk.

Bila Anda memohon OTP, sistem akan menghasilkan kod unik yang akan dihantar ke nombor telefon, SMS atau e-mel yang berkaitan dengan akaun Anda.

Anda kena masukkan kod OTP ni dalam masa yang terhad sebelum ia tamat tempoh.

OTP sering digunakan sebagai lapisan tambahan keselamatan untuk mengelakkan pihak yang tidak sah daripada mengakses akaun Anda.

Maksud TAC

TAC (Transaction Authorization Code) TAC ni merupakan satu kod unik yang dihantar melalui SMS atau aplikasi mudah alih untuk mengesahkan transaksi perbankan atau transaksi atas talian yang lain.

Apabila Anda melakukan transaksi, seperti pemindahan wang atau pembelian dalam talian, pihak bank akan menghantar TAC kepada Anda untuk pastikan Anda benar-benar meluluskan transaksi tu.

Dengan menggunakan TAC, Anda boleh pastikan transaksi Anda dilakukan dengan selamat dan tidak dibuat tanpa kebenaran Anda.

Kenapa Kita Perlukan OTP dan TAC

OTP dan TAC berfungsi sebagai kunci tambahan untuk akaun Anda. Anda dapat memastikan hanya pemegang akaun yang sah sahaja yang boleh mendapatkan akses dan mengesahkan transaksi atau log masuk.

Dengan adanya OTP dan TAC, ia menjadi lebih sukar bagi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menggodam akaun Anda.

Dalam urusan perbankan dan transaksi dalam talian, TAC adalah satu mekanisme pengesahan yang penting.

Ia membantu untuk mengurangkan risiko transaksi palsu dan penipuan kewangan.

Kelebihan OTP dan TAC

Dengan menggunakan OTP dan TAC, Anda mendapatkan lapisan tambahan keselamatan yang membantu melindungi akaun dan transaksi Anda daripada akses tidak sah.

Sebagai pengguna, kadang-kadang kita tersilap atau melupakan kata laluan kita.

Dengan penggunaan OTP, Anda tidak perlu mengingati kata laluan tambahan, kerana ia akan dihantar setiap kali Anda memerlukan pengesahan.

Selain itu, OTP dan TAC adalah cara yang mudah dan pantas untuk mengesahkan transaksi.

Anda hanya perlu memasukkan kod yang dihantar, dan Anda boleh melengkapkan transaksi dengan lancar.

Kelemahan OTP dan TAC

OTP dan TAC dihantar melalui nombor telefon atau e-mel. Jika Anda tidak mempunyai akses kepada peranti ini, Anda tidak dapat menerima kod pengesahan.

Dan sekiranya Anda berada di kawasan dengan sambungan rangkaian yang lemah, mungkin Anda akan mengalami masalah untuk menerima kod OTP atau TAC dalam masa yang sesuai.

Cara Request OTP

Kami kongsikan contoh cara request OTP di perbankan internet UOB. Berikut adalah langkah-langkah untuk meminta OTP di UOB (United Overseas Bank) untuk pengesahan transaksi.

Nota: Sebelum dapat menerima SMS-OTP, pastikan nombor telefon bimbit Anda telah didaftarkan dengan UOB. Untuk memastikan bahawa OTP dapat dihantar ke nombor telefon yang betul.

  1. Pertama sekali, buka laman utama Perbankan Internet (PIB) UOB https://pib.uob.com.my
  2. Setelah berada di laman utama PIB, masukkan maklumat log masuk yang betul seperti Username dan Password Anda. Cara Request OTP
  3. Klik pada butang Login untuk akses akaun perbankan Anda.
  4. Setelah berjaya log masuk, Anda akan dibawa ke laman utama akaun perbankan Anda.
  5. Pada laman ini, Anda boleh membuat sebarang transaksi seperti pemindahan, topup, bayar bil dan lain-lain.
  6. Lepas Anda masukkan maklumat transaksi, cari dan klik pada butang Request TAC dalam laman utama akaun perbankan Anda.
  7. Sistem akan menghantar SMS-OTP ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan dengan UOB. Buka mesej SMS dan masukkan kod OTP yang diterima di ruang yang disediakan dalam laman perbankan Anda.
  8. Selepas memasukkan kod OTP yang betul, laman perbankan akan mengesahkan transaksi Anda. Pastikan kod OTP yang dimasukkan adalah tepat untuk elakkan sebarang ralat.
  9. Transaksi Anda telah berjaya disahkan dengan menggunakan SMS-OTP. Maklumat tentang transaksi tersebut akan dipaparkan dalam laman perbankan.

OTP dan TAC adalah dua alat keselamatan yang penting dalam dunia digital kita sekarang.

Ia memberikan perlindungan tambahan untuk akaun dan transaksi Anda daripada ancaman kecurian dan penipuan dalam talian.

Walaupun ia bukan penyelesaian sempurna, namun ia merupakan langkah maju dalam membantu kita menjaga keselamatan akaun dan transaksi dalam dunia digital yang semakin kompleks.